Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Tanpa kita sedari, ia berlaku dalam sekelip mata. Anak kecil yang ditinggalkan dalam kereta biarpun untuk seketika tanpa pengawasan kadang-kadang boleh buat perkara yang tak pernah kita jangka.
Seperti yang diceritakan oleh Faiza Tuban ini, ketika dia sedang mengunci pintu rumah untuk keluar, dia tinggalkan anak sebentar dalam kereta.
Menurut Faiza, dia tidak meletakkan anaknya di dalam car seat lagi kerana memikirkan cuma sekejap sahaja masa untuk mengunci pintu.
TOLONG JANGAN KECAM
Cerita ni adalah untuk iktibar semua. Manusia hanya hanya boleh merancang dan kita selalu melakukan kesilapan.
Kadang kadang Allah memang akan beri kita peringatan dengan ujian ujian yang akan menjentik hati kita. Supaya kita sedar akan kesilapan kita.
Hari ni anak saya yang baru je berusia 1 tahun 6 bulan telah berjaya reverse kereta yang saya parking dalam garaj.
Saya nak keluar rumah dengan anak anak. Lepas masukkan anak anak dalam kereta, saya hidupkan enjin kereta dan buka aircond.
Sementara saya masuk ke dalam rumah sebentar untuk ambil beg dan kunci pintu rumah.
Silap saya adalah saya tak terus letak anak di carseat sebab saya plan untuk letak bila dah nak gerak.
BUNYI DENTUMAN KUAT!
Tiba-tiba bunyi dentuman kuat datang dari luar rumah. Hampir gugur jantung mendengar bunyi tersebut.
Sepantas kilat saya berlari keluar dan dapati kereta telah berundur dan bonet kereta melekat di pintu pagar.
Allahuakhbar. Habis semua roti jala, beg dan kunci rumah saya campak ke lantai. Saya terus buka pintu kereta. Dan saya dapati anak saya yang kecil ni sedang duduk di tempat duduk pemandu sambil bermain stereng kereta.
Ya Allah. Saya terus peluk anak sebab Allah masih jaga mereka. Kerana pintu pagar yang masih tertutup ini lah kereta tidak berundur sampai ke jalan utama yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang.
ANAK TIRU APA KITA BUAT
Saya silap sebab saya sangka anak saya kecil lagi dan tidak pandai untuk menggerakkan gear kereta.
Tapi anak anak yang kecil ni lah yang akan memerhati dan tiru apa sahaja yang kita buat.
Anak saya dah mula pandai tiru saya cara membawa kereta.
So nasihat saya kepada ibu atau ayah yang ada anak anak kecil seperti saya:
1. Jika ingin tinggalkan anak kecil khususnya di bawah 3 atau 4 tahun sebentar di dalam kereta, pastikan mereka duduk menetap di kerusi mereka atau car seat.
2. Pastikan ada anak anak yang lebih besar menjaga mereka di dalam kereta.
3. Kenal pasti kebolehan anak dan perkara perkara yang mungkin anak kecil kita boleh lakukan dan boleh membahayakan keselamatan mereka.
4. Sentiasa ajar anak yang lebih besar untuk kunci pintu daripada dalam.
5. Kenal pasti segala macam keadaan yang mungkin berlaku apabila kita tinggalkan anak anak walaupun sebentar.
Ini adalah sekiranya ibu atau ayah terpaksa keluar bersama anak anak dan tinggalkan mereka sebentar di dalam kereta.
Jika boleh dielakkan itu lebih baik.
Faiza Tuban
Work at Home Mom
#faizakongsi