Bagi peminat Master Chef, anda pasti mengenali barisan juri-juri Master Chef. Jock Zonfrillo antara juri yang diminati ramai kerana tutur katanya yang sopan ketika memberi pendapat dan penampilan yang tampan.
Namun kita baru sahaja dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan apabila Jock ditemui meninggal dunia pada Ahad lalu, jam 2 pagi. Juri MasterChef Australia (M.A) tersebut ditemui berseorangan dalam sebuah bilik hotel di Melbourne.
Mendiang turut meninggalkan dua cahaya mata Alfie dan Isla yang masih kecil serta isteri, Lauren Fried.
Ketika kejadian, Isteri dan 2 anaknya saat itu menyambung percutian mereka di Rome, Itali manakala Jock terbang pulang ke Australia untuk menghadiri sidang media khas pelancaran musim terbaru M.A.
Ads
Anak lelaki Jock, Alfie antara yang paling terkesan dengan pemergian beliau kerana Alfie sangat rapat sehingga memanggil bapanya “best friend”.
Jock Zonfrillo dikenali sebagai ‘family man’ kerana sentiasa bersama keluarga dan sangat rapat dengan anak-anak. Mendiang semasa hayat sentiasa berkongsi momen bersama anak-anak di laman media sosialnya.
Sentiasa mengkritik secara profesional dan tidak pernah menengking peserta, peribadi Jock sentiasa dalam ingatan sepanjang menjurikan M.A. Namun siapa sangka disebalik senyum manis yang terukir, rupanya Jock menghidap barah usus beberapa tahun kebelakangan ini dan komplikasi tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
“Bila akak bersalin?”, tanya Imah kepada rakan sekerjanya, Rozita. “Ikut ‘due’, in shaa Allah, hujung bulan ni,” jawab Rozita. “Wah, ‘bestlah’ cuti lama lepas ni,” balas Imah selepas mendengarkan jawapan daripada Rozita. ‘Best’ cuti lama, tetapi kenapa cuti bersalin perlu lama? Adakah ia penting?
Adakah cuti bersalin atau maternity leave adalah waktu untuk bersuka ria? Adakah cuti yang diberikan itu membolehkan wanita yang bersalin itu berehat sepuas-puasnya seperti andaian kebanyakan individu?
Tidak! Tidak sama sekali. Jika itu adalah dakwaan dan andaian yang bermain di fikiran anda berkaitan dengan cuti yang diberikan kepada kaum wanita yang bersalin, anda adalah dalam kalangan individu yang tidak memahami keperluan berpantang dan penjagaan diri selepas bersalin bagi wanita.
Tahu ‘tak’ cuti untuk wanita bersalin di Malaysia ini; 60 hari bagi kakitangan swasta dan 90 hari bagi pekerja kerajaan adalah cuti bersalin yang paling singkat berbanding luar negara?
Perbezaan cuti
Daripada pembacaan penulis, kebanyakan negara seperti Singapura dan United Kingdom memperuntukkan purata maternity leave sekurang-kurangnya 120 hari. Wah…banyak bukan?
Itu baru ‘sikit’, dekat negara Vietnam maternity leave diberikan sebanyak enam bulan. ‘Giler’ lama, kan? Haa…sebelum ini ibu yang bersalin dekat sana dapat cuti empat bulan. Empat bulan pun dah kira banyak, apatah lagi enam bulan.
Kalau duduk di Eropah pula, diperuntukkan cuti untuk individu yang bersalin ini sebanyak 14 minggu atau bersamaan 98 hari. Keluar topik sikit, menariknya dekat Eropah, ada peraturan yang membolehkan ibu bapa mengambil parental leave sekurang-kurangnya 18 minggu untuk setiap anak. Baguskan?
Sebab perlunya cuti panjang
Seperti yang dikatakan awal tadi, cuti bersalin paling lama pun adalah sebanyak 90 hari, itu kalau ibu yang bersalin itu adalah kakitangan kerajaan. Adakah tempoh itu mencukupi? Sebenarnya tidak.
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri ketika melahirkan anak 4 tahun lepas yang ketika itu bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan akhbar, dengan cuti bergaji sebanyak 60 hari adalah tidak mencukupi.
Tempoh 60 hari yang bersamaan dua bulan itu belum cukup sesuai dirasakan penulis untuk menghantar anak; yang masih kecil dan lembut lagi kepalanya kepada pengasuh. Jadi atas sebab itu penulis mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Inilah dikatakan pengorbanan seorang ibu (puji diri sendiri).
Maternity leave bukan untuk kaum ibu yang baru bersalin berehat seperti anggapan kebanyakan individu. Tetapi cuti bersalin yang panjang itu adalah untuk memastikan bayi dilahirkan bersedia sebelum dihantar untuk jagaan pengasuh.
Mengeratkan hubungan
Tahukah anda terdapat risiko wujudnya masalah berkaitan kesihatan semasa tempoh kehamilan? Antara masalah yang sering berlaku adalah seperti kemurungan, postnatal blue melibatkan tekanan, diabetes melitus gestational, asma dan hipotiroidisme.
Malah, selepas melahirkan, hampir 50 peratus wanita akan berdepan dengan masalah kemurungan dan ia boleh bertukar menjadi situasi yang serius seperti post-partum depression (PPD). Antara simptom PPD adalah:
-Insomnia
-Menangis tanpa sebab
-Ketidakupayaan untuk menguruskan tugasan harian
-Wujud keinginan untuk mencederakan bayi atau diri
-Rasa tidak bernilai dan putus asa
-Kehilangan tenaga dan kelesuan
-Hilang selera atau penurunan berat badan
-Kepentingan maternity leave yang panjang bukanlah semata-mata untuk memberikan rehat kepada ibu yang baru melahirkan anak kerana sesungguhnya tidak wujud istilah rehat selepas melahirkan anak. Ini terutama bagi individu yang terpaksa menjaga anak sendirian tanpa bantuan pihak lain.
Tetapi dengan cuti bersalin yang lebih panjang, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan manfaat terhadap kualiti kesihatan wanita. Ini kerana mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian bagi memulihkan kesihatan ibu sebelum memulakan tugas dan mengelakkan tekanan kerja yang boleh memberi impak kepada bayi dan diri sendiri.
Maternity leave juga adalah untuk membolehkan ibu memberikan penyusuan yang eksklusif kepada anak dengan sebaiknya dan dalam masa yang sama dapat membantu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Perjalanan kisah wanita ini berbeza. Menunggu satu tempoh yang begitu lama sebelum kehadiran si comel yang dinantikan, Musa dalam hidupnya.
Mahu Musa mencintai al-Quran, begitu kongsi Mizz Nina yang turut sama membawa anak kecil kesayangannya itu untuk mengerjakan umrah.
Melalui laman Instagramnya, ibu cantik manis ini turut memuat naik sekeping gambarnya ketika berada di Tanah Suci sambil memangku Musa.
Menurut kata Mizz Nina melalui perkongsiannya di Instagram, dia amat bersyukur kerana akhirnya dapat membawa Muda ke sana.
“Alhamdulilah ya Rabb kerana mengizinkan kami berada di sini bersama-sama.
“Musa telah berbulan-bulan melihat dan mendengar cerita haji, alhamdulilah dia dapat melihat Kaabah yang sebenar,” tulisnya.
Dalam pada itu, Mizz Nina juga turut memanjatkan doa buat Musa tersayang malah mahu anak kesayangannya itu turut sama mencintai al-Quran dan agamanya kelak.
“Ya Allah. Jadikan Musa sebagai cahaya untuk ummah, dengan ahlaq yang baik, warisan yang kuat dan kehidupan yang dijalani dengan iman, taqwa, soleh dan tawakkal.
“Kurniakan tarbiyyah yang baik dan semoga al-Quran mengajarnya semua yang perlu dia ketahui untuk mengharungi arus hidup ini dan seterusnya aamiin,” tulisnya lagi.
Melewati Instagram wanita yang cekal dan tabah ini, kehadiran Musa seakan menjadi pelengkap bahagia hidupnya kini. Malah banyak gambar-gambar menarik yang kerap dikongsikan Mizz Nina bersama anaknya yang dilihat kini sudah pandai merangkak.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
“Patutlah setiap kali barang yang saya order sampai, dia nak buka, cakap barang dia, rupanya ada yang dia nantikan tanpa pengetahuan kami suami isteri..”
Tak sangka anak berusia 4 tahun membuat pesanan barang permainan melalui online tanpa pengetahuan ibu bapanya. Kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Sharifah Cut Nur Hastaty Said Nasir, 28, boleh dijadikan peringatan buat ibu bapa lain agar sentiasa peka. Kadang anak diam jangan disangka tiada apa-apa.
Menurut Sharifah, anak sulungnya, Luth Harris Aufa berusia 4 tahun membeli barang permainan secara dalam talian tanpa pengetahuannya sebanyak RM700. Sewaktu dapat tahu jumlah itu agak terkejut juga tetapi cuba untuk tenangkan diri.
Bukan apa kalau saya terus marah dan melatah tanpa tahu hal sebenar, tak elok untuk anak. Mungkin kesilapan tu dari kita juga sebagai ibu bapa. Jadi selidik dulu dan bila tahu puncanya, barulah sama-sama beringat lepas ni.
Tiba-tiba ada penghantaran barang
Sharifah berkata, pada awalnya dia berasa hairan kerana secara tiba-tiba ada penghantaran barang pada 18 Mac lalu meskipun dia atau suami tidak membeli sebarang produk daripada syarikat e-dagang.
“Suami ada bertanyakan kepada saya, adakah saya yang membeli barang untuk anak-anak kerana melihat ada penghantaran barang permainan kanak-kanak.
“Saya jawab memang tidak beli, kemudian suami melihat akaun dan terkejut senarai pembelian barang hingga mencecah RM700. Namun suami sempat melakukan pembatalan pembelian selebihnya iaitu RM200,” katanya.
Anak buat pesanan ketika iklan terpapar
Ibu kepada dua anak ini memberitahu, Luth melakukan pembelian barang-barang terbabit ketika menonton YouTube kerana pada masa sama iklan terpapar pada video berkenaan.
“Anak saya memang tidak pandai membuka portal syarikat e-dagang tetapi puncanya ketika dia bermain game dan menonton video di YouTube. Ini kerana terdapat paparan iklan yang menarik perhatiannya. Bila keluar iklan mainan kegemaran, dia terus ‘klik dan beli’.
“Suami juga tidak menerima sebarang Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau sebarang pemberitahuan dari syarikat berkenaan. Tetapi kami sempat batalkan beberapa item dan sehingga kini masih ada beberapa item belum sampai kerana barang itu dari luar negara,” katanya.
Jadi pengajaran buat kami
Selepas kejadian berkenaan, dia dan suami mengambil pendekatan lebih berwaspada kerana bimbang perkara sama berulang kembali.
“Hendak marah pun dia masih kecil, cakap masih pelat lagi. Tetapi kejadian ini menjadi pengajaran buat kami untuk lebih berhati-hati dan menasihatkan dia agar tidak sesuka hati klik sebarang iklan,” ujarnya.
Pa&Ma harapkan perkongsian ini boleh dijadikan peringatan bersama oleh ibu bapa lain. Tolong jangan berikan persepsi negatif kerana sebagai ibu bapa kita tetap ada kesilapan. Tak semuanya sempurna. Mana yang salah kita sama perbetulkan kerana mendidik anak adalah proses yang sangat mencabar buat ibu bapa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!