Ramai ibu bapa ambil risiko dengan tinggalkan sekejap anak-anak dalam kereta atau motosikal dengan niat tak mahu rasa susah kerana nak membeli barang. Bukan itu sahaja ada juga yang membiarkan anak ketika di stesen minyak dengan enjin masih hidup.
Mungkin niat ibu bapa sekejap sahaja tetapi dalam tempoh itu juga apa sahaja boleh berlaku pada anak.
Perkongsian di Facebook Intan Huzaifah Haniff mengenai seorang bapa yang meninggalkan anaknya berseorangan di atas motosikal mengundang bahaya walaupun hanya beberapa minit.
Aku keluar kedai aku nampak budak ni beberapa meter dari kereta aku. Aku dengan Hannah terus pergi kat budak ni.
“Ayah mana dik?,” soalan aku sambil dukung dia turun motosikal.
“Tu haa…,” dia tunjuk dalam KK Mart.
Aku pun berdiri kat tepi motor sampailah ayah dia keluar kedai. Aku tengok jam dari mula aku tunggu sampai ayah dia keluar ialah 4 minit 17 saat.
Ayah dia pelik sebab ada organ berdiri tengok dia sambil pimpin anak dia.
” Salam bang.. Saya nampak dia seorang. Motor ni tepi jalan sangat. Pastu stand pun pakai tongkat yang sebelah jer. Saya turunkanlah dia,” ujar aku menghulur tangan bersalam. Lelaki ni agak berusia daripada aku. Sekitar akhir 30 an.
” Alaaa… Kejap jer pun. Bukan lama. Aku beli topup jer. Tahu la aku jaga anak. Ko baru anak seorang kan? Jaga jer anak kau tu.. Tak payah sibuk hal orang…,” aku dah agak. Sama ada positif atau negatif. Tapi hati aku tadi kuat rasa aku akan kena sound.
” Ok, tak apalah bang. Maaf sebab saya tolong tengokkan anak abang ni. Cuma nak beritahu saya tunggu abang tadi 4 minit juga. Sebab ramai orang beratur. Tak tahulah berapa lama masa sebelum saya nampak dia seorang. Saya rasa zaman sekarang ni 4 minit ni cukup masa untuk orang cekup anak abang bawa lari. Atau macam-macam boleh jadi. Assalamualaikum.. Dah jom Hannah,” aku hulurkan tangan anak dia dan beredar.
Aku harap kalau nampak kes macam ni, tolong jer jaga kejap. Orang tu nak marah lantaklah. Jangan ada sikap tu bukan anak aku. Sebab budak ni tak salah. Dia ada hak untuk dipertahankan keselamatan dia.
Orang culik satu hal. Kereta langgar satu hal. Jatuh motor satu hal. Aku tak tahulah, mungkin aku jenis paranoid kot sebab tu aku rasa semua kebarangkalian tu boleh berlaku.
Sebab malang tak berbau. Kalau jadi apa-apa jangan masa tu baru kita nak menangis tak berlagu.
Nampak kes macam ni, tolong alert. Tunggu kejap. Ada ramai jer yang boleh terima teguran. Abaikanlah kalau dia orang merentan. Bukan hari-hari jumpa pun. Fikir macam tu jer.. Yang penting budak-budak selamat.
Sumber: Intan Huzaifah Haniff