Tinggalkan Isteri & Bayi 8 Bulan. Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Share

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi ini (Isnin).

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Minta isteri jaga anak

Sebelum ini Abam pernah berkongsi yang dia ‘beli’ gaji isteri semata-mata nak suruh dia berhenti kerja dan jaga anak.” Walaupun orang kata rugilah jadi suri rumah tapi ini pengorbanan isteri yang patut semua suami hargai,” kata Abam Bocey.

Abam Bocey mengakui bahawa dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

ARTIKEL BERKAITAN [“Saya ‘Beli’ Gajinya Suruh Dia Jadi Suri Rumah. Abam Nak Isteri Jaga Anak]

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar.

“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.

“Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,” katanya kepada Gempak.

Bayar Gaji Jaga Anak Setiap Bulan 

Menurut Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafkah lain.

“Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia.

“Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,” katanya yang memberitahu isterinya merupakan seorang akauntan sebelum ini.

Kata Abam lagi, dia lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan. Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Abam.

Sumber: Gempak

Published by
Wan Amy