Tinggi Karbohidrat & Sedap, Mashed Potato Homemade Versi ‘Special’ Untuk Anak, Cukup Mudah!

Share

Sesekali menyediakan makanan barat untuk keluarga dengan sajian chicken chop atau fish and chip tidak lengkap rasanya tanpa menyediakan homemade mashed potato atau kentang putar. Barulah anak-anak makin kenyang dan makan bertambah.

Rupanya menyediakan kentang putar yang sedap, sama seperti di restoran makanan segera tidaklah sesukar mana. Tambahkan sahaja mentega dan kemudiannya dibakar semula, hasilkan kentang putar jadi cukup enak. Resipi yang dikongsikan oleh Umairah Jamaah ini wajib dicuba!


5 CARA MUDAH BUAT MASHED POTATO SIHAT

Kentang antara makanan yang beri sumber tenaga. Tinggi karbohidrat. Bagus untuk sistem pencernaan kita.

Biasanya Kak Mai buat jejari kentang. Kali ini tukar selera sikit. Kita olah jadi mashed potato yang ringkas dan sedap. Tak rumit mana nak buat. Sesuai untuk anak-anak kecil nak makan. Mashed potato ni boleh olah jadi potato pie dan shieperd pie juga.

Anak siapa sukakan kentang? Jom kita tengok. Cara-caranya dan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
4 biji kentang
Pure butter (anak bawah 2 tahun guna jenis unsalted)
1 sudu kecil mix herb
1 sudu kecil lada hitam (tak wajib letak untuk anak kecil)
Sedikit garam

Mohon adjust bahan dan sukatan. Ikut selera masing-masing tau. Mari ketik setiap gambar untuk tengok cara-caranya.

1. Watak utama kita pada hari ini ialah kentang. Dibuang kulitnya kemudian kita kukus / rebus. Ikutlah mana nak buat.

2. Kisar halus atau kalau tak nak halus sangat tak apa. Olahlah ikut selera. 

Masukkan pure butter. Harum weh bau dia. Anggaran dalam beberapa cube kecil gitu. Agak-agak sendiri yek. Butter tu akan mencair sendiri. Sebab kentang masih panas.

3. Masukkan lada hitam / lada sulah kalau suka. Tak wajib. Terutamanya yang ada anak kecil. Menjerit nanti makan sebab pedas.

4. Masukkan mix herbs. JIKA ada tak ada. Tak perlu pun. No worries. Herba ni bagi aroma pada makanan. Letak garam. Garam hanya untuk anak 2 tahun ke atas sahaja ye.

5. Next step, masukkan dalam bekas. Bekas yang sesuai untuk di masukkan ke dalam oven.

6. Saja boh cheese. Bagi padu sikit. Again, tak wajib. Kalau anak alergik dairy products. Janganlah letak.

8. Bakar pada suhu yang sesuai. Ikut oven masing-masing. Kak Mai bakar 10 minit. Kalau suka garing lagi. Bolehlah bakar lebih sikit.

Tediaaaaaaa. Rasa lemak kentang bergabung dengan pure butter. Walah!

Wajib cuba: Kuey Teow Goreng Chinese Style Manis Udang Tu Yang Nikmat!

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents https://t.me/pamachannel

Published by
SRM