Selepas selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada 5 Januari lalu, kemunculan Zahirah Macwilson di Instagramnya sentiasa dinantikan peminatnya. Mana tidaknya, mereka tidak sabar-sabar untuk menatap wajah si comel pasangan Zahirah dan Aiman.
Namun sehingga kini, baik Aiman mahupun Zahirah masih belum berkongsi wajah anak mereka. Pun begitu melalui Instastory, Zahirah dilihat seringkali memuat naik kisahnya bersama bayi kesayangan mereka.
Malah Zahirah juga turut berkongsi beberapa keping gambar kesayangannya itu tanpa menunjukkan wajahnya. Terkini, ibu yang semakin cantik dan berseri ini memaklumnya bayinya kini semakin sihat membesar malah semakin tinggi.
“Baby boy is getting taller so fast!
“He was 51cm at birth and at his 6 weeks check up last week..he already 59cm!
“Tingginya anak mummy,” kongsinya menerusi Instastory.
Ads
Bukan itu sahaja malah Zahirah juga turut berkongsi rasa terujanya menjalani kehidupan sebagai seorang ibu seperti yang dilalui kini.
Katanya, rasa keibuaan yang dimiliki ini adalah kasih sayang tanpa henti untuk anaknya.
“Motherhood is the endless love you have for your child through the ups & downs.. the good & bad.
“Doakan setiap mama, mama-bakal & bakal mama yang masih berusaha ~ ZM,” kongsinya lagi.
Ads
Meninjau di Instastory nya saban waktu, Zahirah juga turut berkongsi beberapa keping gambarnya bersama Aiman dan kesayangan mereka.
Ada waktunya, Zahirah dan Aiman dilihat membawa bayi comel mereka ke taman tidak terkecuali ketika menyambut ulang tahun kelahiran Zahirah pada awal Februari lalu. Kehidupan yang cukup membahagiakan.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan kini mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @zahirahmacwilson
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tangisan tanpa henti bayi berusia sebulan membongkar kematian seorang ibu muda di Jawa Tengah, Indonesia.
Lebih menyayat hati, wanita tersebut dipercayai sudah meninggal dunia selama dua hari di sebuah rumah sewa di Desa Kutoharjo di daerah Pati.
Semasa ditemui, bayi tersebut dalam dakapan ibunya, manakala dua lagi anak yang berusia dua dan empat tahun memeluk tubuh kaku wanita itu dalam keadaan lesu serta tidak bermaya akibat kelaparan.
Mangsa dikenali sebagai Budiati, 31, dan pemeriksaan pada tubuhnya terdapat banyak kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
“Kita percaya mangsa yang masih berpantang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
“Anak-anaknya hanya makan seadanya, bayi pula dalam keadaan dehidrasi yang kronik,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Pati, Onkoseno G Sukahar.
Tambah Onkoseno, polis menahan suami mangsa, Mahsuri yang berusia 45 tahun dan lelaki itu mengaku menzalimi isterinya kerana cemburu.
“Siasatan mendapati mangsa enggan menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek menyebabkan lelaki itu naik berang dan mengesyaki isterinya curang.
“Berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek bertindak luar batasan dengan membelasah mangsa,” ujar Onkoseno.
Tambah Onkoseno, suspek ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan Jenayah Indonesia.
Suspek berdepan hukuman sehingga 15 tahun penjara jika sabit kesalahan. – Agensi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Degil betul budak ni, kalau mama bangun mama cubit awak” situasi biasa yang dialami oleh kita semua apabila marahkan anak. Macam mana nak elak marah anak dengan perkataan yang tidak baik? Ikuti perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Dalam pertemuan dengan ramai pihak, kami selalu ditanya berkenaan cara untuk menangani pendidikan anak-anak yang nakal. Kami ringkaskan pesanan seperti berikut:
Bina hubungan seakrab mungkin antara pasangan suami isteri atau ibu bapa. Ini akan memudahkan sebarang bentuk tindakan yang bersifat bersama. Ia juga memberi keyakinan yang lebih bagi pihak kedua ibu bapa untuk mengambil sebarang tindakan.
Sentiasa fikir cara yang terbaik dalam mengambil sebarang tindakan. Hal ini penting agar anak akan memahami kehendak ibu bapa dengan arahan yang sama tanpa sebarang pertentangan.
Terangkan peraturan kepada anak-anak dengan jelas. Maklumkan kepada mereka tentang peraturan, had, batas dan apa yang dimahukan daripada mereka. Ia juga boleh dilakukan dalam bentuk bertulis.
Libatkan anak untuk sama-sama berbincang tentang peraturan yang ingin diterapkan. Hal ini akan menjadikan mereka lebih mudah untuk menuruti arahan tersebut.
Panggil anak dengan panggilan yang baik.
Jangan mengambil hati atas karenah dan kedegilan mereka tetapi bersabar dan terus didik dengan berhikmah.
Jangan sesekali menyebut perkataan degil atau tidak mendengar kata kepada anak.
Teguran atau tunjuk ajar dilakukan bukan dalam nada memaksa atau marah sebaliknya dengan memberi penjelasan.
Sesekali luangkan masa bersama anak terutama sewaktu mereka bermain serta cuba untuk fahami kehendak dan pemikiran anak-anak.
Berbincang sesama suami isteri untuk kenalpasti dan memahami punca anak menjadi nakal. Begitu juga dengan pembacaan dari bahan-bahan bacaan yang berkaitan.
Menurut Perunding Pendidikan dan Keibubapaan, Firdaus Azhari, menyebut cara berfikir kanak-kanak berbeza sama sekali dengan cara pemikiran dewasa. Pada tahap tersebut, mereka belum mampu melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Mereka hanya boleh melihat dan berfikir dengan cara mereka sahaja atau mengenai dirinya sahaja. Sebagai contoh, ibu bapa meminta anaknya berhenti bermain gelas kerana melihat dari sudut keselamatan. Namun berbeza dengan pemikiran kanak-kanak, mereka berfikir dari sudut keseronokan bermain dengan gelas tersebut.
Beliau berkongsi beberapa kaedah menangani situasi ini, antaranya:
Lapangkan hati
Apabila sudah memahami sifat kanak-kanak seperti itu, maka terima sahaja kemungkinan yang akan berlaku disebabkan kekangan ini.
Ulang secara konsisten
Dalam melatih dan memupuk sesuatu, ulang sebanyak mungkin kepada mereka dengan nada yang sama dan bukan dengan nada semakin lama semakin marah.
Elakkan daripada mengajar konsep ‘jangan sampai mak bangun’
Didik anak untuk ‘bangun’ dan ‘bergerak’ apabila mendengar arahan pada kali pertama. Caranya adalah dengan mengucapkan dengan seluruh jiwa dan perasaan. Jika hendak menyuruh anak ke dapur, jangan bercakap dari dapur. Sebaliknya, datanglah kepada mereka, tatap wajah mereka, dan minta anak ke dapur bersama-sama kerana sekiranya kita bercakap dari jauh, akan terbina konsep ‘Tak apa, mak cakap baru dua kali’.[1]
Saya teringat satu kaedah yang dinyatakan oleh salafus soleh:
Maksudnya: Bermainlah dengan mereka selama tujuh tahun yang pertama, didiklah mereka pada tujuh tahun yang kedua, dan bersahabatlah dengan mereka pada tujuh tahun yang ketiga. Kemudian tinggalkan bagi mereka tali pada puncak bukit.
Ini menunjukkan betapa anak-anak diberi bentuk pendidikan mengikut marhalah masing-masing yang akhirnya mampu menggalas dan memikul tanggungjawab untuk mengetuai keluarga pada masa seterusnya.
Semoga Allah jadikan anak-anak kita sebagai permata hati kita. Amin.
Pesanan kami, jangan lupa titipkan doa setiap hari kepada anak-anak dan kaum keluarga serta umat Islam agar dikurniakan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Surah al-Furqan (74)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam Islam, zuriat dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah. Bagaimanapun tidak semua pasangan suami isteri yang berkahwin berpeluang memiliki cahaya mata. Ada yang terpaksa menunggu sekian lama barulah berpeluang memiliki si comel.
Ramai juga pasangan suami isteri yang langsung tidak berpeluang bergelar ayah dan ibu. Pendek kata semuanya di luar bidang kuasa kita. Andai ditakdirkan masih tiada anak walau sudah bertahun-tahun berumah tangga, terimalah ujian itu dengan penuh reda.
Suami Isteri Bila Ditanya Tentang Zuriat
Pujuk hati dan tenangkan pasangan dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hati. Melalui perkongsian Andy Sulaiman, bapa ini berkongsi tip yang boleh dijadikan panduan. Moga tip ini dapat membantu suami isteri yang masih belum lagi memiliki zuriat.
Hari tu terserempak dengan seorang kawan. Kawan lama. Sudah agak lama tidak berjumpa malah tidak berhubung.
Tengah duduk bersembang, gatal mulut ni tanya pada dia sudah ada berapa orang anak sekarang. Dia terdiam seketika. Mukanya berubah, agak berat untuk berikan jawapan.
Katanya belum ada rezeki. Sudah bermacam cara dilakukan termasuk pergi berjumpa doktor dan beberapa sesi rawatan tradisional, belum berjaya. Menyesal juga aku tanya begitu. Cepat aku minta maaf. Dia kata tak apa, sudah biasa.
Baik. Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan?
Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia.
Ini Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan
Ini antara beberapa tip yang boleh diingat, semoga bila suami isteri down, kalian akan kembali senyum dan hidup kekal bahagia:
1. Kerja Tuhan
Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.
2. Rezeki
Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?
3. Punya banyak waktu
Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!
4. Tak banyak disoal di akhirat
Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.
5. Pahala percuma
Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?
6. Jauh dari ujian
Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.
7. Allah tak kejam
Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.
8. Keluarga
Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.
Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitulah.
Jangan sebab tak ada anak, hubungan suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan.