Keibubapaan

“Tingginya Anak Mummy, Dah 59cm” Zahirah Macwilson Kongsi Ketinggian Anak, Teruja Jadi Ibu!

Share

Selepas selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada 5 Januari lalu, kemunculan Zahirah Macwilson di Instagramnya sentiasa dinantikan peminatnya. Mana tidaknya, mereka tidak sabar-sabar untuk menatap wajah si comel pasangan Zahirah dan Aiman.

Namun sehingga kini, baik Aiman mahupun Zahirah masih belum berkongsi wajah anak mereka. Pun begitu melalui Instastory, Zahirah dilihat seringkali memuat naik kisahnya bersama bayi kesayangan mereka.

Malah Zahirah juga turut berkongsi beberapa keping gambar kesayangannya itu tanpa menunjukkan wajahnya. Terkini, ibu yang semakin cantik dan berseri ini memaklumnya bayinya kini semakin sihat membesar malah semakin tinggi.

“Baby boy is getting taller so fast!

“He was 51cm at birth and at his 6 weeks check up last week..he already 59cm!

“Tingginya anak mummy,” kongsinya menerusi Instastory.

Bukan itu sahaja malah Zahirah juga turut berkongsi rasa terujanya menjalani kehidupan sebagai seorang ibu seperti yang dilalui kini.

Katanya, rasa keibuaan yang dimiliki ini adalah kasih sayang tanpa henti untuk anaknya.

“Motherhood is the endless love you have for your child through the ups & downs.. the good & bad.

“Doakan setiap mama, mama-bakal & bakal mama yang masih berusaha ~ ZM,” kongsinya lagi.

Meninjau di Instastory nya saban waktu, Zahirah juga turut berkongsi beberapa keping gambarnya bersama Aiman dan kesayangan mereka.

Ada waktunya, Zahirah dan Aiman dilihat membawa bayi comel mereka ke taman tidak terkecuali ketika menyambut ulang tahun kelahiran Zahirah pada awal Februari lalu. Kehidupan yang cukup membahagiakan.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan kini mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.

Artikel berkaitan: Ia Satu Anugerah Tak Ternilai, Zahirah Macwilson Kongsi Gambar Anak & Throwback Di Dewan Bersalin, Tenangnya

Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik Buat Anak Kita, Aiman Hakim Kongsi Gambar Comel & Titip Ucapan Buat Zahirah, Sweetnya

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @zahirahmacwilson

Published by
SRM