Kalau bawa si manja bersiar-siar, letih juga kalau nak didukung setiap masa. Kalau salah cara kita dukung anak, boleh menyebabkan mama papa sakit belakang dan beri kesan pada tulang anak. Kalau sekejap mungkin kita boleh bertahan, tapi katalah terpaksa dukung anak lama-lama lenguh juga jadinya.
Sebab itulah kebanyakan mama papa memilih untuk menggunakan stroller. Namun bukan semua anak suka duduk di dalam stroller kerana tidak selesa dan meletihkan.
Bagi mengelak anak merasa rimas, mama papa perlu bijak untuk ‘tackle’ mereka untuk lebih tenang dan tidak tantrum setiap kali duduk di dalam stroller. Ada beberapa cara yang boleh mama papa lakukan. Antaranya ialah:
1. Pastikan ada ruang secukupnya untuk anak
Kadang-kadang anak merasa rimas kerana terlalu banyak ‘aksesori’ yang diletakkan di dalam stroller. Mungkin kerana mama papa tak mahu anak bosan, semua mainan atau anak patung disusun dalam stroller sehingga tiada ruang yang cukup untuk anak.
Bukan sahaja mainan tetapi botol air atau benda lain yang diletakkan dalam stroller akan ‘makan ruang’ dan menyebabkan ruang jadi terhad untuk anak bergerak. Sebenarnya bila ruang sempit, ia membuatkan anak rasa kurang selesa dan mulalah mengamuk tak mahu duduk dalam stroller.
2. Ada mainan atau barang kegemaran anak
Tak perlu banyak pun, cukuplah satu atau dua saja mainan dan barang kegemaran anak diletakkan dalam stroller. Kalau boleh pilihlah yang saiznya tak terlalu besar bagi memudahkan anak bermain dan tidak merasa rimas.
Setiap anak ada minat mereka sendiri jadi tak perlu terlalu banyak barang untuk ‘menemani’ anak di dalam stroller. Pilihlah yang anak betul-betul suka dan membuatkan dia merasa selamat.
3. Pilih yang selamat dan selesa, MOVON paling best!
Jenama stroller dan car seat terbaik untuk dimiliki! MOVON merupakan jenama stroller premium dengan konsep Rent-To-Own, sangat memudahkan! Sebagai mama papa sudah tentu kita mahukan yang terbaik, jadi dengan konsep ini MOVON membantu setiap parents di Malaysia untuk memiliki stroller tanpa perlu membebankan mama papa.
Pilihlah antara MOVON TravelMate, MOVON StrollMate atau MOVON MoveMate yang pastinya sangat mudah dikendalikan dan sesuai untuk anak tersayang. Kalau nak diceritakan kelebihan produk MOVON, pasti mama papa akan kagum dan tiada rasa ragu-ragu untuk segera mendapatkannya!
Ads
Antara kelebihan MOVON TravelMate adalah ia merupakan stroller paling nipis ni Malaysia (19sm), mempunyai paras ketinggian yang sesuai dibawa bersiar-siar atau ketika duduk di meja makan, kanopi kalis air yang boleh dilaras, dilengkapi dengan sistem serapan hentakan tahap SUV serta banyak lagi.
Sementara itu, MOVON StrollMate pula merupakan stroller terbaik yang mempunyai reka bentuk kulit telur pada bahagian belakang untuk melindungi tulang belakang bayi, mempunyai 4 posisi berbaring boleh laras dari 98° sehingga 175°. Lebih baik kerana model ini mempunyai tempat duduk boleh balik menghadap ke hadapan mahupun ke arah mama papa! Banyak lagi kelebihan lain untuk model ini, memang hebat!
Bukan sahaja stroller, bahkan MOVON juga disukai kerana kualiti car seat keluaran jenama ini. MOVON MoveMate direka untuk memberi perlindungan dan memastikan keselamatan anak dari bayi sehingga usia 12 tahun.
Sememangnya produk ini diyakini selamat kerana telah mendapat kelulusan ECE R129 serta sijil MIROS. Mempunyai 4 lapisan perlindungan untuk mengurangkan impak hentakan dan berkesan untuk menyerap getaran. Diperbuat dari material berkualiti serta banyak lagi kelebihan yang lain.
Boleh Dimiliki, Cepat Grab Sempena Merdeka!
Tak boleh lepaskan peluang ni, kalau mama papa memang merancang untuk dapatkan produk MOVON ayuh grab pada bulan September ni! Sempena Boom-Tastic 66th Merdeka Deals, mama papa boleh dapatkan stroller mahupun carseat dengan harga RM1 sahaja!* Yuran pemprosesan sebanyak RM250 pun dikecualikan. Jika beli dengan harga penuh, anda boleh memilih untuk membawa pulang rebat tunai sehingga RM1000 ataupun LOCKIN Smart Lock bernilai RM2400.
Ads
Selain itu, tingkatkan pengalaman anda dengan produk MOVON melalui Pelan Jagaan Pakar. Direka khas untuk mengekalkan kualiti produk di tahap optimum, pakar-pakar MOVON menyediakan perkhidmatan profesional untuk menjaga, membersihkan, dan melindungi produk berharga anda.
Temui kegembiraan promosi Beli 1 Percuma 1—dapatkan dua baucar perkhidmatan pakar dengan hanya RM80. Menguatkuasakan peranan ibu bapa dengan nilai yang tiada tandingan!
Ads
*Promosi tertakhluk pada terma dan syarat
Banyak lagi promosi menarik dari MOVON, untuk maklumat lanjut mama papa boleh layari Facebook https://www.facebook.com/MOVONMalaysia/ atau segera ke butik mereka di MOVON Gallery, Lot 5.64.00 Pink Zone, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
10.00 pagi – 10.00 malam, setiap hari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu bapa yang berkerjaya, letih apabila pulang dari pejabat dan melihat rumah bersepah. Tak mungkin mahu dibiarkan, walaupun penat tetap mahu mengemas rumah untuk keselesaan keluarga. Kebersihan dan kekemasan rumah harus dipelihara kerana khuatir anak-anak mudah jatuh sakit jika sering terdedah dengan habuk dan debu.
Rumah yang tidak dikemas akan mengumpul banyak habuk dan debu kotor dan menjejaskan kesihatan anak-anak. Sering terdedah dengan habuk boleh menyebabkan alergi, tidak hairanlah mengapa anak sering mengalami selsema dan batuk.
MACAM MANA NAK KEMAS RUMAH CARA MUDAH?
Buat Jadual
Untuk memudahkan proses mengemas rumah, anda perlu menyediakan jadual khas. Susun jadual mengikut waktu yang anda selesa untuk menjalankan proses mengemas rumah. Pilih kerja rumah yang tidak terlalu berat pada hari bekerja. Proses mengemas rumah secara total dibuat ketika hari bercuti.
Minta Bantuan Ahli Keluarga
Jangan buat semuanya sendiri! Mintalah bantuan dari suami dan anak-anak untuk mengemas bersama. Agihkan tugasan mengemas supaya tidaklah terlalu berat setiap kerja mengemas untuk dibuat.
Pilih Peralatan Mengemas Yang MUDAH
Ini paling utama! Dengan adanya peralatan mengemas yang canggih dan praktikal sudah tentu memudahkan kerja ibu bapa untuk mengemas rumah. Untuk membersihkan habuk dan debu, carilah vakum yang berkualiti.
Untuk para ibu bapa, anda pasti akan teruja dengan Panasonic Power Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-BJ980W147/R147) ! Rekaannya yang unik dan cantik, didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah. Ia juga sangat praktikal dan mesra pengguna, sangat mudah untuk digunakan.
Daya Sedutan Hebat!
Walaupun kecil tetapi daya sedutannya memang hebat, 200W. Paling menarik rekaan Full Capture Power Nozzle membolehkan sedutan di celah-celah ruang yang sempit.
Berus bentuk V pada vakum dapat mengumpul segala habuk dan kekotoran ke bahagian tengah nozel untuk mudah disedut.
Vakum ini mengubah kuasa daya sedutan secara automatik mengikut jumlah habuk yang dikesan (jika menggunakan operasi automatik).
Bateri Tahan Lama
Dengan hanya sekali cas (tempoh mengecas tiga jam), ia boleh menyedut segala kotoran dalam tempoh 65 minit. Lama kan? Dalam tempoh itu, kerja membersihkan rumah pasti dapat diselesaikan.
Pengesan Habuk
Paling canggih teknologi pengesan habuk pada vakum membolehkan anda mengenal pasti sama ada habuk masih wujud atau sudah pun dibersihkan.
Apabila lampu merah menyala, menandakan habuk dikesan pada sudut berkenaan dan apabila lampu bertukar biru pula menandakan bebas habuk.
Hanya 2.6kg!
Dengan segala kehebatan yang ada pada vakum ini, beratnya hanyalah 2.6kg. Anak-anak pun boleh menggunakannya.
Kerja rumah tidak susah dan memenatkan lagi dengan Panasonic Power Cordless Stick Vacuum Cleaner. Setiap ciri yang ada pada vakum ini direka khas untuk memberi kemudahan kepada setiap ibu bapa untuk membersihkan rumah, kerana semua layak untuk menggunakan hanya yang terbaik!
Dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni, mudah sangat kita mengalami kerengsaan kulit. Jadi kering dan kadang-kadang iritasi menyebabkan luka kerana asyik digaru. Memang tak selesa!
Paling mama risaukan bila si manja juga mengalami masalah yang sama. Kasihan bila lihat anak merengek kerana rasa tak selesa. Kulit bayi atau anak kecil lebih sensitif, jadi mudah mengalami kerengsaan jika kering. Kulit pun akan menggelupas teruk!
Siapa yang tak susah hati melihat anak menggaru setiap masa dan kulitnya kering kan? Mama sendiri rasa tak selesa bila kulit kering, mulalah rasa ‘down’.
Buatlah beberapa cara ini untuk bantu buat kulit mama dan si manja lebih sihat, bermaya dan lembap selalu:
Minum Banyak Air & Beri Anak Susu
Tahukah mama, bila tubuh kekurangan air pun boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca panas, kulit akan lebih mudah rengsa.
Banyakkan minum air kosong dan pastikan bayi juga diberikan susu. Kalau anak dah boleh minum air kosong, bolehlah beri padanya. Boleh juga banyakkan pengambilan buah yang tinggi kandungan air seperti tembikai.
Kerap Mandi & Lap Kering
Untuk mengelakkan rasa panas dan kulit mudah menjadi kering, keraplah mandi. Ketika mandi, mama boleh gunakan sabun mandi yang lembut untuk mengelakkan iritasi.
Berbeza dengan bayi atau kecil, bolehlah dimandikan tanpa perlu guna sabun. Kadang-kadang formula di dalam sabun mandi boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan rengsa. Selepas mandi, pastikan badan dilap kering okay!
Pilihlah Aveeno®!
Bertepatan dengan kempen jenama ini, #SootheNotScratch, Aveeno® sangat memandang serius tentang soal kesihatan kulit mama dan si manja. Oleh itu, Aveeno® telah mengeluarkan produk berkualiti iaitu Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion untuk dewasa dan Aveeno® Baby Soothing Relief Moisture Cream untuk bayi dan anak kecil.
Kedua-dua produk ini membantu untuk memberi kelegaan kepada kulit kering dan sensitif. Maklum sajalah, bila dah sensitif kulit mudah kering dan mengalami kegatalan.
Yang bagusnya, produk ini dapat melegakan dan mengurangkan rasa gatal dalam masa 60 saat! (*Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas pengguna yang mempunyai kulit kering serta sensitif). Ia membantu untuk menguatkan serta memperbaharui sel kulit secara semula jadi.
Produk Aveeno® ini juga dapat memberikan kelembapan sehingga 72 jam (*Selepas pemakaian konsisten selama empat minggu). Kedua-dua produk ini juga mempunyai kandungan pH yang seimbang serta hipoalergenik tanpa sebarang tambahan pewangi.
Bagi mama yang tertanya-tanya, bahan utama di dalam kedua-dua produk Aveeno® ini adalah Triple Oat Complex! Bahan ini dapat memberikan dan memelihara kelembapan pada kulit. Sebab itulah kulit mama dan si manja lebih lembut dan sihat!
Bagi memastikan produk ini selamat untuk pengguna, Aveeno® juga menggunakan botol yang diperbuat daripada 30 peratus plastik yang boleh dikitar semula sebagai komitmen untuk melindungi planet.
Jadi mama, tunggu apa lagi? Segera dapatkan produk Aveeno® yang pastinya berkualiti dan diyakini. Sangat sesuai untuk membantu melegakan kegatalan serta kekeringan pada kulit sensitif dalam masa 60 saat sahaja! Mama papa boleh dapatkan semua rangkaian produk Aveeno ini di semua cawangan Guardian seluruh Malaysia atau klik sahaja pada link berikut: http://bitly.ws/IvwL
Untuk maklumat lanjut tentang produk hebat dari Aveeno® ini, sila layari:
Tidak dinafikan, salah satu dilema ibu yang bekerjaya adalah untuk mencari pengasuh yang serasi dengan anak. Antara yang menjadi kegusaran ibu adalah untuk mendapatkan pengasuh yang bertanggungjawab, penyayang dan sentiasa ikhlas ketika diberi amanah untuk menjaga anak.
Seboleh-bolehnya sebagai seorang ibu, sudah tentulah kita mahu menjaga sendiri anak kesayangan. Namun, bukan semua ibu berpeluang untuk fokus menjaga anak di rumah kerana terikat dengan tanggungjawab kerja.
Oleh itu, sangat penting untuk ibu ayah untuk menjaga pengasuh yang diyakini dan mempunyai kemampuan untuk menjaga anak. Bukan sahaja cekap namun pengasuh juga perlu ada keupayaan yang kukuh untuk menjaga anak serta menguruskan rumah.
Kena Cari Betul-Betul, Jangan Tersalah Pilih Pengasuh
Banyak faktor yang perlu diberi perhatian ketika mencari pengasuh yang paling baik apabila berkata tentang perwatakan pengasuh. Adakah bakal pengasuh mempunyai perwatakan yang mudah didekati? Kebiasaannya, anak-anak lebih mudah tertarik kepada pengasuh yang mempunyai sifat peramah dan penyayang.
Antara cara untuk mencari pengasuh yang tepat untuk anak adalah:
1. Bertanya kepada orang lain
Sekiranya ada ahli keluarga mahupun rakan-rakan yang mempunyai kenalan pengasuh, bolehlah bertanya kepada mereka. Dengan itu, ibu ayah boleh mengetahui lebih banyak tentang bakal pengasuh. Sebaik-baiknya elakkan untuk terus memilih pengasuh yang tidak dikenali kerana dikhuatiri mereka tidak serasi untuk menjaga anak anda.
2. Buat survey
Sekiranya ibu mahu memilih pengasuh, buatlah survey terlebih dahulu. Ambil kira tentang perwatakan bakal pengasuh serta persekitara rumahnya. Pastikan kawasan rumahnya selamat bagi memastikan keselamatan anak sekiranya dihantar kepadanya.
3. Gunakan aplikasi yang sesuai dengan anda
Cara paling mudah mencari pengasuh yang boleh dipercayai adalah dengan menggunakan Sitly – sebuah platform dalam talian yang menghubungkan ibu bapa dan pengasuh. Dengan cara ini, anda dapat memilih bakal pengasuh mengikut kriteria yang diingini.
Aplikasi yang mengetengahkan pengguna telah ditubuhkan pada tahun 2009 di Belanda oleh seorang bapa sendiri apabila Jules van Bruggen menghadapi kesulitan untuk mencari khidmat jagaan anak untuk keluarganya sendiri. Beliau membuat keputusan untuk mencipta penyelesaian alternatif yang fleksibel dan boleh diakses.
Sitly kini aktif di 14 buah negara berbeza dengan lebih daripada 7 juta pengguna berdaftar, lantas menjadi platform antarabangsa yang pesat membangun dalam menghubungkan ibu bapa dan pengasuh.
Tahniah! Sitly juga merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 yang menerima anugerah Apps Pengasuh Anak Pilihan Pa&Ma.
Ibu bapa dapat mengawal dan menguruskan sepenuhnya proses pencarian serta pemilihan pengasuh yang bersesuaian dengan cara hidup dan kos mereka tanpa terikat dengan syarat dan komisen daripada syarikat agensi.
Pelbagai kelebihan yang boleh ibu bapa dapat daripada Sitly antaranya ibu bapa mempunyai fleksibiliti untuk mencari pengasuh pada bila-bila masa mengikut ketetapan dan keutamaan sendiri dan berdekatan dengan rumah.
Dengan cara ini, ibu ayah lebih yakin kerana dapat memilih pengasuh yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Dibandingkan dengan aplikasi pengasuh lain di pasaran, Sitly membolehkan kita memilih sendiri pengasuh yang diingini. Sebagai contoh, ibu ayah boleh memilih pengasuh yang pandai memasak, boleh memandu untuk menghantar dan menjemput anak dari sekolah dan banyak lagi.
Selain itu juga ibu bapa dapat menguruskan sendiri proses pemilihan pengasuh dengan mengadakan temu duga atau mencuba dulu khidmat pengasuh mengikut cara dan keselesaan ibu bapa itu sendiri.
Boleh dikatakan pengasuh yang ada di dalam senarai aplikasi Sitly bukan sembarangan! Semuanya berkelulusan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai pengasuh dengan banyak lagi kelebihan lain.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.