Tip Buat Cili Jeruk Supaya Kekal Rangup, Krup Krap Krup Krap Bila Makan

Share

Cili jeruk yang sedap ialah bila dimakan rangup dikunyah. Makan char kuey teow jika tak ada cili jeruk memang tak puaslah makan. Pendek kata cili jeruk wajib ada, tak lengkap kalau tak ada.

Bagi anda yang ingin cuba membuat sendiri cili jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah berhari-hari, cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham ini. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.

RESIPI CILI JERUK

BAHAN-BAHAN:

Cili hijau
2 sudu makan gula
Cuka makan
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)

CARA MEMBUAT:

1. Sediakan cili hijau yang segar.

2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.

3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).

4. Hari ke tiga, baru kita masukkan cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh dimakan.

Sumber kredit: Farid Sham

 

 

Published by
Has