Masalah biasa bila kita beli pisang ialah cepat lembik, lebam dan busuk. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisang yang betul. Jika kena caranya buah ini akan tahan lebih lama.
Pisang antara buah-buahan tempatan yang amat disukai oleh anak-anak. Bagi mama dan papa yang selalu ada stok buah pisang di rumah, boleh cuba LIMA cara berikut. Selepas ini tiada lagi masalah pisang menjadi lebam dan cepat busuk selepas dibeli.
1. Pilih sisir ada masak dan belum masak
Pilih sisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masa. Supaya kitya tak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.
2. Basuh pisang dengan air bersih
Kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu dengan membasuh pisang bukan saja dapat mengelakkan kita termakan malah mengelakkan ia dari masak lebih cepat.
3. Balut tangkai dengan kertas aluminium
Untuk kekalkan kesegaran pisang, balut tangkat pisang dengan kertas aluminium atau kertas. Kemudian simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu boleh juga gantung pisang dalam keadaan tangkai ke atas. Ia bertujuan mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan simpan pisang dengan epal
Ini kerana epal akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang masak lebih cepat.
5. Elak hentak pisang
Jangan letak dengan kasar atau menghentak pisang ketika mengendalikannya. Pegang atau letakkan dengan perlahan kerana hentakan yang kuat akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap atau lebam dan teksturnya menjadi lembik.
Kredit foto (top image): Freepik