Baru je beli beras tapi dah ada kutu beras? Kadang rasa geram nampak ia merayap. Biasanya bila beras dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan mudah basi.
Jadi, bagaimana nak pastikan kutu beras ini tak lagi menjadi masalah buat ibu-ibu. Berikut ada cara yang paling mudah dan boleh dicuba seperti dikongsikaan oleh seorang pengguna TikTok @nz.pgs. telah berkongsi cara dan tips untuk menghalau kutu beras ini.
Tip halau kutu beras
Jika dibiarkan kutu beras ini penuh dalam beras, lama kelamaan kualiti beras jadi cepat rosak. Jadi kalau boleh buat cara ini seawal mungkin ye. Berikut antara langkah menghalau kutu beras.
Beras ada kutu ups!! Jangan buang, ikut tips cara saya ni. Moga beri manfaat pada semua para emak!
Letak bawang putih dalam beras dan benamkan. Boleh juga letak atas permukaan beras dan biarkan seharian. Contohnya, kalau buat masa pagi, petangnya dah boleh periksa dan confirm semua beras kutu hilang.
Kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini.
Selain daripada menggunakan bawang putih, pastikan beras yang disimpan haruslah diletakkan pada tempat yang bersih dan kering ye!
Nak video penuh boleh lihat di bawah ini:
@nz.pgs Beras ada kutu ups!! jangan buang ikut tips cara saya ni😘moga beri manfaat pada semua para emak2 😍part 2 result nya #tiktoksabahan #foryoupage ♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – normuhammadhafiezhayqal
Selamat mencuba!
Kredit: TikTok @nz.pgs
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemerhati Tak Bernyawa! Elak Simpan Patung Cukup Sifat Dalam Rumah
Biasanya anak-anak, kebanyakan suka anak patung. Itu dah memang minat mereka. Cuma kita sebagai ibu bapa, janganlah terlalu mengutamakannya dalam membeli kerana banyak lagi permainan sesuai dan bermanfaat.
Seperti yang dikongsikan di FB Zulaffendi Mohamad, kes yang pernah dikendalikan itu mungkin dalam kalangan kita tak pernah terfikir akan berlaku. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
PEMERHATI YANG TAK BERNYAWA
2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.
Jadi, kita pun mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang2 anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.
Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pun percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya.
Aduhhh, macam kembar dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa macam patung tersebut asyik perati.
Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar macam saya juga. Betul-betul mengejek ni. Dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab mereka tinggal rumah flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.
Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit juga menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak-buak setiap hari pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia.
PESANAN
*Jangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah
*Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur
*Jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah
Kredit: Zulaffendi Mohamad
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Liat Gosok Gigi, Makan Je Muntah. Anak Mungkin Ada Oral Over Sensitive!
Ada waktunya anak kita begitu liat nak gosok gigi. Macam-macam alasan yang diberikan anak. Tak terkecuali juga menolak makanan dengan tekstur kasar yang ditolak mentah-mentah oleh anak. Inilah sebahagian masalah oral over sensitive yang dimiliki anak kita.
Bukan salah anak pun tapi mama perlu cepat kesan keadaan ni. Sampai bila nak bagi anak makan puri kan? Dr Ain Zul kongsikan tipnya buat mama.
Masalah anak oral over sensitive?
Mummy nak sharing sikit jawapan kepada problem kawan lama mummy ni. Mummy rasa perlu kongsi dengan ibu-ibu lain jugak sebab maybe ada yang anak problem macam ni kan.
Ada dua isu saja yang nak sentuh dalam kes ni:
1) Anak 1yr 9m tolak makanan tekstur kasar, sepatutnya dah boleh makan macam-macam.
2) Frekuensi susu untuk anak umur 1 tahun ke atas (next post insyaAllah akan sharing part ni).
Ok, so anak yang tolak makanan bertekstur macam nasi bijik-bijik, ayam ketul-ketul atau apa yang kasar mungkin ada masalah oral yang over sensitive. Kenapa kita panggil over sensitive, sebab dia tak boleh nak deal dengan makanan yang bertekstur kasar sikit, sampai boleh muntah atau gagging reflex.
Macam anak kawan saya ni, even berus gigi pun tersangat lah susah rupanya bila ditanya. Actually bukan salah anak tu tau, tapi otak dia dah terima signal kata makanan kasar ni macam bahaya untuk ditelan so dia kena muntahkan balik.
Sama macam berus gigi, dia tak boleh nak tolerate berus bersentuh dengan bahagian dalam mulut. Sebab tu kebanyakkan anak yang ada masalah oral yang over sensitive prefers benda lembut je, macam bubur nasi atau benda yang dia tak perlu kunyah pun. Kira macam boleh telan terus la camtu.
Apa yang parents boleh buat untuk anak yang ada masalah macam ni:
1- Jangan marah kalau anak muntah, buang balik makanan. Jangan bagi anak rasa waktu makan tu waktu yang stressful untuk dia.
2- Encourage untuk makan satu benda setiap masa, jangan paksa. Contoh introduce balik sayur tapi satu persatu.
3- Try finger foods. Kalau sekarang makan bersuap lagi cuba buat makanan dalam bentuk yang boleh anak pegang. Kita tak boleh suap anak sampai dia besar. Ibu kena belajar tengok meja makan bersepah hikhik.
4- Anak yang over sensitive tend to be picky eater dan kadang-kadang dia lapar tak ikut timing. Ibu kena sediakan snack on the go yang berkhasiat.
5- Boleh sediakan makanan anak dalam bentuk yang menarik e.g. bento for kids.
6- Cuba kenalkan makanan yang bertekstur seawal mungkin bila anak dah nampak bersedia. Contohnya, jangan asyik bagi makan puree walaupun anak dah 10 bulan.
7- Gum massage / Oral massage – boleh tengok youtube
8- Ajar anak aktiviti yang banyak guna oral muscles, macam tiup bubbles, tiup cotton balls, hisap air dengan straw.
Ni antara yang boleh ibu ayah buat di rumah. Tapi nasihat mummy, boleh bawak anak jumpa occupational therapist jugak tau untuk dapatkan nasihat. Biasa OT akan assess anak dan offer cara untuk bantu parents yang ada anak bermasalah oral over sensitive. Sebenarnya OT lagi terer nak handle bab ni.
Tapi jangan biarkan lelama anak yang ada problem macam ni. Jangan tunggu anak dah besar baru nak intervene ye parents.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Ain Zul
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dilema Antara Pengasuh Dan Taska? Ini Yang Patut Ibu Ayah Kaji Sebelum Buat Keputusan Hantar Anak
Selepas kejadian yang berlaku kepada arwah Adam Rayqal, ramai ibu dalam dilema. Kejadian ini telah membuka mata semua pihak dan ada yang mula risau.
Sebenarnya ibu bapa yang bekerja berhak untuk meletakkan anak masing-masing di rumah pengasuh atau taska. Cuma jika memilih pengasuh perlu ada lebih ketelitian.
Untuk pengetahuan semua pengasuh juga perlu ada lesen mengasuh anak di rumah. Perlu pergi kursus bagi melayakkan diri mengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah.
Antara sebab utama ibu bapa memilih pengasuh adalah anak-anak asuhan tidak ramai. Supaya pengasuh dapat fokus kepada anak kita. Sangat baik tujuan dan niat itu. Tapi adakah kita terfikir kesan sebaliknya.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim mungkin memberi sedikit ilmu kepada ibu bapa. Antara pilihan taska atau pengasuh, ibu bapa yang selayaknya buat keputusan tepat.
Baik… atas sedikit pengalaman yang ada sebagai ibu, guru dan juga pernah menghadiri Kursus Awal Asuhan Kanak-kanak (KAAK), jom kita lihat pros & cons menghantar anak ke rumah pengasuh mahupun ke taska.
Saya tidak kata taska lebih baik. Atau pengasuh tidak elok. Taska pun ada yang bermasalah. Pengasuh pun ada yang sangat bagus.Tapi saya bagi panduan dan berkongsi pengalaman dan ilmu sahaja. Selebihnya kita sebagai ibu dan bapa yang perlu bijak memilih mana yang terbaik.
Keyword di sini kita sebagai ibu bapa perlu ada ILMU dan BIJAK memilih, siapa yang berhak mengasuh dan mendidik anak-anak kita.
Kebaikan menghantar anak ke pengasuh:
- Pengasuh biasanya dikenali. Jadi, bagi ibu, senang kalau pengasuh adalah orang yang dikenali. (Bagi saya lagi susah – sebab kalau ada isu, kita susah nak berterus terang)
- Hantar pengasuh biasanya lebih murah compared to taska. Tapi ada juga pengasuh yang charge sehingga RM400 seorang which bagi saya, bagi pengasuh yang tidak berdaftar (kalau nak tahu, pengasuh di rumah pun kena daftar under JKM tau), rumah yang tentunya tak child friendly, tidak dipantau KKM, Majlis dan Bomba, bayaran tinggi sangat tidak patut.
- Hantar pengasuh biasanya sebab tak ramai. (Saya pernah je dengar pengasuh ambil sehingga 10 anak dari baby sehingga abang-abang yang transit)
Ok..saya nampak 3 ini kebaikan menghantar ke pengasuh. Jika ada lagi, sila tambah dibahagian komen.
Kemusykilan (saya tidak gunakan keburukan) menghantar anak ke pengasuh di rumah.
- Berdaftar atau tidak? Pentingkah berdaftar? Ya, sangat penting bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa terutamanya JKM. Seperti yang saya nyatakan di atas, pengasuh di rumah pun wajib berdaftar dengan JKM.
- Keselamatan? Selamat atau tidak. Child friendly tak? Tempat yang sangat merbahaya adalah dapur, tangga, pintu utama, pagar depan, jiran-jiran siapa?
Jika pengasuh memasak, di mana kedudukan anak waktu itu, jika pengasuh mandi atau buang air, siapa yang jaga anak kita? Pengasuh boleh keluar tak? Kalau keluar, bawa anak kita ke? Kalau tinggal, siapa jaga?
- Kebersihan? Bagaimana rutin pembersihan di rumah pengasuh? Pengasuh sebagai penyedia makanan, bersih tak? Ada ambil injection untuk penyedia makanan? Bagaimana pula carpet? Mainan dibersihkan tak?
- Cuti? Cuti pengasuh bagaimana? Ikut takwim tak atau pengasuh boleh cuti sesuka hati sebab anak saudara nak kahwin, nak balik kampung dan tiada yang ganti jaga anak kita? Dan kita pun ambil cuti untuk jaga anak? Itu belum pengasuh sakit, atau anak pengasuh sakit. Pengasuh minta cuti lagi sebab dia seorang yang jaga anak kita.
- Tetamu? Kalau ada tetamu seperti saudara mara atau jiran tetangga, bagaimana? Mereka boleh masuk ke dalam rumah dan memegang anak kita? Bagaimana jika mereka tidak sihat? Bagaimana jika anak kita perempuan dan tetamu pengasuh adalah lelaki yang…….?
- Aktiviti? Pengasuh ada jadual asuhan yang teratur tak? Apa aktiviti anak selain makan dan tidur?
- Pengasuh terlatih? Jika berlaku apa-apa, pengasuh boleh beri CPR? Siapa yang boleh bawa anak ke klinik/hospital berdekatan?
Ok. Kejap. Nak tarik nafas sat.
Itulah serba sedikit panduan untuk menjadi kayu ukur buat ibu bapa membuat pemilihan samada ingin memilih pengasuh di rumah atau taska.
Saya tahu, pasti sahaja ada yang tidak bersetuju. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah panduan umum sahaja. Pasti sahaja ada pros & cons tapi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sedikit nasihat kepada pengasuh mahupun taska, jagalah amanah kami dengan baik dan ibu bapa, janganlah kita sekadar menghantar tetapi bersifat ihsan lah kita kepada insan yang menjaga dan mengasuh anak kita.
Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dalam kita memilih pengasuh dan pendidik untuk anak-anak kita.
Gambar Hiasan: Internet
Sumber: Ashikin Hashim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI