โ ๐๐ข๐ฎ๐ข ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ข๐ต๐ข ๐ฃ๐ข๐ฏ๐บ๐ข๐ฌ ๐ฌ๐ข๐ญ๐ช, ๐ญ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ด ๐ฎ๐ข๐ช๐ฏ ๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ข๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฃ๐ฆ๐ฌ๐ข๐ด. ๐๐ช ๐ด๐ข๐ฌ๐ช๐ต ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ช ๐ฎ๐ข๐ฎ๐ข ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ช๐ซ๐ข๐ฌ ๐ฎ๐ข๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ. ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ข๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ฉ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ๐จ ๐ต๐ข๐ฌ ๐ค๐ถ๐ฌ๐ถ๐ฑ, ๐ต๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ข๐ฌ ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ช ๐ญ๐ข๐จ๐ช. ๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฑ๐ข ๐ฌ๐ข๐ญ๐ช ๐ฏ๐ข๐ฌ ๐ค๐ข๐ฌ๐ข๐ฑ ๐ฎ๐ข๐ฎ๐ข ๐ด๐ฆ๐ณ๐ข๐ฃ๐ถ๐ต ๐ณ๐ถ๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ด๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฉ-๐ด๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฉ ๐ฏ๐ชโ
What?? Kita duk membebel panjang, sekali nampak mereka buat dek saja dan teruskan main? Tak boleh jadi ni. Hrmmmm. Dengan kuatan sepenuh hati, laungan nama penuh diungkapkan!
โ MUHAMMAD LAIS AHZA, MUHAMMAD QAIS AFRAZ DENGAR TAK MAMA CAKAP?????!!!!!!!!!!
Terus sepantas kilat simpan mainan dalam bekas. Fuhhh, terdetik rasa kagum dengan diri sendiri, sekali sergah dah dengar. Tapi kenapa rasa geram tak puas hati nak marah pulak ni!!! Dengan suara jeritan penuh dengan lantunan intonasi yang tinggi khuatiri juga jiran-jiran dengar. Aduhaiii, fikir orang lain, tapi rupanya anak pun terluka sekali! Nampak berkaca mata mereka.
Takkan nak berterusan macam ni, nak bagi anak dengar cakap perlu tinggi suara dan sergah? Anak memendam rasa, berlawan dengan emosi. Anak juga manusia biasa, hatinya mula remuk dan berfikir bukan-bukan kepada kita. Memang mereka buat apa yang kita suruh, tapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya mereka memberontak sebab tak dengar pun apa yang kita sampaikan. Hanya intonasi yang didengar, bukan isi.
Rasa terkilan, menyesal. Memang macam itulah sifat seorang ibu kan. Ingin buat yang terbaik, mula mencari dan ubah diri. Mula bincang dengan suami dan cari solusi.
Alhamdulillah, sekarang anak semakin dengar cakap. Bukan sebab mereka tak dengar sebelum ini, cuma mereka tak tahu pun yang mereka perlu dengar.
Jadi saya kongsikan 10 perkara yang saya praktik kepada anak-anak untuk mereka dengar cakap. Saya tak pasti tips ini berkesan untuk semua atau tidak, tapi hari hari saya usahakan lakukan 10 tips ni atau sebahagianya saya nampak banyak perubahan. Jadi saya kongsikan disini supaya ada manfaatnya juga.
1) Jika anak tak beri perhatian dan sedang sibuk dengan urusan lain. Panggil namanya dengan jelas. Tapi, sebelum itu jauhkan anak dari situasi yang menganggu seperti bunyi alunan muzik, televisyen, suara orang ramai sedang bercakap. Sebaliknya tutup gangguan atau bawa anak ke tempat yang sesuai supaya anak dapat bertenang dan memberikan perhatian terhadap apa yang ingin kita sampaikan.
2) Rendahkan badan sebelum bercakap, jadi anak tak perlu mendongak ketika bercakap. Semasa rendahkan badan, boleh sentuh bahu mereka atau genggam tangan mereka. Boleh juga usap rambut atau pipi mereka. Anak akan berasa kasih dan belaian bila adanya sentuhan fizikal dari kita berbanding gunakan perkataan semata-mata.
3) Mula bercakap mengikut aras paras mata anak dan apabila anak beri perhatian kepada anda sepenuhnya. Pandang mata anak dengan penuh kasih sayang bukan dengan mata menjengil kemarahan. Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas dan sepenuh perhatian tanpa perlu risau dengan ledakan emosi kita yang bila bila saja akan meletus.
4) Guna perkataan mudah difahami dan jelas didengari anak-anak. Tak perlu panjang dan berleter kerana ini akan mengelirukan anak. Membebel dalam masa mereka sedang fokus buat kerja lain, serius bazir masa kita. Trust me, they hear but they donโt listen.
5) Bercakap dengan suara lembut dan sopan tapi dalam masa sama ada unsur ketegasan. Tak perlu meninggi suara. Sebaiknya sebelum kita bercakap dengan anak, kawal emosi kita dahulu untuk mengelakkan kita menggunakan marah dan tengking untuk senyapkan anak.
6) Beri anak pilihan, kemukakan soalan jenis terbuka supaya anak dapat meluah pendapat mereka. Dengar, raikan dan jelaskan pendapat mereka. Jangan memaksa sehingga anak rasa dirinya tiada pilihan.
7) Semasa kita bercakap gunakan bahasa tubuh yang sesuai. Bahasa tubuh yang positif dan boleh memberi impak kepada sesebuah komunikasi. Contohnya anggukan kepala, thumbs up, give me five sign atau tepukan semasa bercakap.
8) Gunakan ayat positif semasa menegur anak. Anak akan rasa ada pesanan yang diselitkan bukan larangan semata. Contohnya, ubah kata-kata โ Abang, adik jangan bergaduh โ kepada โ Abang, adik main sama-sama sayangโ.
9) Selepas bercakap, guna teknik bisikan. Anak akan rasa istimewa sebab baginya dia saja yang mendengar apa yang diluah oleh ibu. Semasa bisikan boleh ungkapkan kasih sayang dan sesekali boleh nyatakan reward bila mereka mendengar apa yang kita cakap.
โ Nanti habis simpan mainan, kita buat cheesetart sama-sama nak?โ
10) Minta anak ulang semula. Ini kerana anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Contohnya โAhza, tolong mama simpan kertas lukisan Ahza dalam file. Ahza tadi mama minta tolong apa ye sayang?โ
Terima kasih suami tegur saya jangan tinggi suara dekat anak. Kalau tak, saya pun tak sedar salah saya. Saya ubah dan baiki supaya jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak awak.
Betul, jika kita ingin anak menjadi mendengar apa yang kita cakap, kita juga perlu ubah diri kita menjadi pendengar yang baik kepada mereka dahulu. Dan kita juga perlu mendengar pandangan orang lain juga. Terus mencuba dan cuba yaaa.
โ Children will listen to you after they feel listened toโ
โ Jane Nelsen
Kredit: Hanis Athirah Rusli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)