Ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak dengan seikhlas hati. Semuanya bakal dipertanggungjawabkan ke atas mereka di akhirat kelak. Ibu bapa merupakan cermin terbaik kepada anak-anak.
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa juga perlu menjadi contoh teladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.
Berikut tip bermanfaat yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim (parenting coach dan penulis)
10 CARA NAK JADI IBU AYAH YANG COOL
1. Jangan jadi perfectionist
Anak-anak ini sudah perfect. Allah sudah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita je yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.
2. Rendahkan expectation
Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.
3. Jangan fokus pada result
Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak anak ini serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekanlah kita jadinya. Fokus pada usaha, In Sha Allah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.
4.Berhenti shiny parenting
Shiny parenting syndrome ini adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara itu, bila ada orang share tip didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba-cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.
5. Berhenti comparing
Setiap anak ini unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buatlah macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak-anak itu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stres malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.
6. Jaga waktu tidur
Tidur merupakan fundamental needs manusia. Kurang tidur badan akan jadi lemah, terlebih tidur pula badan akan jadi lemau. Oleh itu, jaga waktu tidur yang sihat 6-8 jam sahaja sehari.
7. Selalu peluk anak
Bila peluk dan cium anak bukan sahaja terhasil hormon bonding dan hormon kasih sayang tapi pelukan itu juga ada efek self-healing dan mood booster. Susah sangat nak rasa tenang cuba periksa balik ada tak peluk anak sekurangnya 3 minit sehari?
8. Selalu buat self-care
Jarang buat self-care maka jaranglah kita akan jadi baik. Selalu sahaja rasa stres, depress, lembik dan sakit hati. Itulah masalahnya, besarkan anak-anak ini 24 jam penuh dengan ujian, kalau emosi tak kuat memang senang sangat nak trigger nafsu kemarahan.
9. Banyakkan bersyukur
Self-gratitude ini rahsia orang orang yang tenang dan sabar. Bila kita banyak bersyukur, percayalah benda yang kita rasa tak puas hati itu akan berkurang dengan drastiknya.
10. Berdoa
Akhir sekali kalau sudah cuba macam-macam teknik dan petua tetap juga tak sabar dan tenang, berdoalah. Tiada siapa yang boleh beri rasa sabar melainkan Allah yang Maha sabar ( Al-Sabur ) dan yang Maha menenangkan ( Al-Mu’min )
Sumber: Mohd Fhais Salim