Tip penjagaan luka episiotomi yang diberikan oleh doktor ini wajar untuk diikuti agar ia sembuh tanpa jangkitan. Ibu-ibu yang bakal bersalin, baca ini untuk menghadapi saat bersalin tidak lama lagi.
Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi. Biasanya doktor akan memberikan bius lokal sebelum episiotomi.
Menurut Dr Ivan Lee Kick Kit dari KPJ Seremban Specialist Hospital, biasanya suntikan bius lokal akan diberikan sebelum episiotomi dilakukan, Namun dalam keadaan kecemasan episiotomi dilakukan tanpa bius. Episiotomi dilakukan bertujuan untuk melebarkan laluan kelahiran. Doktor akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan episiotomi iaitu;
PENJAGAAN LUKA EPISIOTOMI SELEPAS BERSALIN
Ibu disarankan untuk mengamalkan beberapa langkah untuk menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan.
TIP ELAK SAKIT DAN KURANG SELESA
Ada kalanya, ibu merasa kurang selesa atau sakit sehingga mengganggu atau membatas pergerakan. Antara tip yang boleh dilakukan untuk melegakan ialah:
Kebanyakan ibu-ibu mendapati koyakan dan episiotomi akan pulih tanpa masalah. Kesan bengkak dan lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan selalunya akan pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran.
Dapatkan rawatan segera sekiranya luka berbau, menyakitkan dan tidak sembuh kerana ia kemungkinan berlakunya infeksi. Tanda-tanda lain yang tidak patut diambil mudah ialah seperti kegagalan untuk menahan kencing atau air besar dan tidak berupaya menahan kentut.
INFO: Sitz bath ialah rendaman bahagian genital di dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam. Ia membantu proses penyembuhan luka dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada tempat jahitan. Ia juga membantu membersihkan kawasan perineum dan menggalakkan proses penyembuhan.