Bubur nasi anak bukan sahaja perlu sedap rasanya tapi boleh bertahan lama. Tidak dapat dinafikan menyediakan bubur nasi anak saban hari memang mencabar lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja.
Apa kata kita cuba cara yang dikongsikan oleh ibu ini pula. Memang pantas. Macam mana nak buat? Jom ikuti perkongsian resipi Puan Nor Aminah Shuib.
Hi mommies. Just nak share cara saya masak bubur untuk baby saya umur 6 bulan lebih. Saya buat bubur basic tanpa letak apa-apa dan blend halus. Sekali masak tu untuk 3 kali makan.
Tak perlu frozenkan. Saya simpan dalam chiller ja sebab pernah baca boleh tahan 48 jam. Rasa bubur pun kekal fresh ja macam baru masak.
Ads
Untuk perasakan bubur tu saya akan gilir-gilir letak bahan berlainan setiap hari supaya baby tak jemu. Bahan-bahan tu saya frozenkan.
Senang nanti panaskan ja dengan bubur kosong tu. Kadang-kadang saya tambah serbuk ikan bilis or serbuk cheese ke untuk sedapkan lagi. Evoo pun saya letak jugak dalam bubur lepas dah panaskan tu.
Bahan-bahan tu kalau ada masa saya nak pelbagaikan lagi. Cuma sayur hijau tak sesuai untuk frozenkan.
Ads
Ads
Nak bagi pada pengasuh pun senang. Pengasuh cuma perlu panaskan. Alhamdulillah setakat ni baby suka makan dan berat baby pun ok.
Ni cara saya buat sebagai ibu yang bekerja dan tak ada banyak masa sangat. Mungkin cara saya ni bukan yang terbaik tapi bagi saya cara ni sangat memudahkan. Syabas semua mommies dalam ni yang sentiasa berusaha buat yng terbaik untuk baby masing-masing.
Nota: Cara yang dikongsikan oleh ibu ini memang sangat membantu ibu-ibu yang bekerjaya. Cepat, mudah dan praktikal.
Tiap kali menjelangnya hari raya, tak lengkap juadah jika tak ada hidangan biskut atas meja. Walaupun tak banyak sekurang-kurangnya mesti kena ada juga satu jenis. Tak kisahlah biskut resipi orang dulu-dulu atau pun yang moden.
Bagi tahun 2021 ini, biskut yang trending dan mula mendapat permintaan tinggi adalah Swiss Hazel Nutella. Biskut ini mencetuskan viral dan ramai yang mula nak buat tempahan serta cuba untuk buat sendiri.
Bagi yang tertanya-tanya apa istimewanya biskut Swiss Hazel Nutella ini, resipi dari Cikgu Azlina Ina pasti tak akan mengecewakan anda. Sekali cuba pasti jatuh cinta dengan setiap kunyahan itu.
Tiba-tiba boom swiss hazel nutella viral ni, kira macam tak terduga sebab niat mak cuma nak RND tu sebab nak bagi anak-anak resepi yang mewah lain dari lain dan sedap. Alhamdulillah!
Resipi biskut ini mak sertakan di setiap gambar. Savelah ya..
Caranya butter + esen vanila + ising ayak kacau-kacau je. Ya Allah mudah macam ni kalau malas buat memang sengaja la
Tambah tepung, susu lepastu tambah tepung jagung. Akhir sekali tepung gandum cap ros sikit-sikit ke dalam adunan. Pastikan uli doh tu bagi licin. Maksudnya tak lekat kat jari.
Tambah 1/2 cawan coklat rice
Haa jadi macam ni. Maaf resepi mak tak ada isi piping beg kang meletop piping beg hahaa. Kena tekan macam semperit. Senang je kan. Bahan-bahan pun mudah yang amat.
Aha ni ye kod acuan dia. Tak boleh guna acuan semperit sebab? Sebab nanti coklat rice tu tersekat jadi sumbat dah tak cantik. Ni mak beli banyak-banyak sebelum korang habiskan..hehehe
Ok kalau tak ada macaron mat, atas loyang pun tak apa. Sapu panola atau majerin tapi kalau atas baking paper susah sikit. Kalau ada macaron mat ni senang ikut saiz tu je. Ambil doh sikit, masuk dalam acuan dan tekan dari tengah buat pusingan ke luar. Lepas tu dengan jari penyekkan sikit tengah-tengahnya sebab nak isi nutella.
Paipkan nutella cam gitu ha
Letak kacang hazel aduh mengancam. Belum siap dah woww. Panaskan oven bakar suhu 170 masa 20 minit api atas bawah.
Taraaa siap. Tapi demi Allah biskut ni dengan bau harumnya, rasa garingnya tak tahu nak cakap la sedap sangat-sangat. Dan mak rasa mudah untuk anda nak buat sebab bahan-bahannya pun senang sangat.
Nanti dah pandai niaga elok-elok ya. Kalau kawan tanya bagi je resepi. Tak baik kedekut. Kadang bila kita kedekut Allah akan tarik nikmat rezeki. Kalau tak sekarang pada masa akan datang. Kita bagi je walau masa tu rasa rugi percayalah Allah takkan biarkan orang yang bersedekah tu rugi.. inshaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih koci terdiri daripada pelbagai jenis variasi antaranya koci labu, koci pandan dan koci pulut hitam. Lebih sedap lagi, kuih koci yang dibungkus dan dikukus sekali bersama santan atau dipanggil koci leleh.
Kuih koci leleh rasanya lebih sedap, terasa lemak masin santannya dengan setiap gigitan kuih koci yang berintikan kelapa tersebut. Makan sebiji memang tak puas! Percayalah bila anda sudah mula makan sebiji, anda akan makan lagi dan lagi.
Nah dikongsikan cara membuatnya. Mama-mama bolehlah buatkan untuk anak-anak. Puas makan bila buat sendiri!
RESIPI KOCI PULUT HITAM LELEH
BAHAN-BAHAN:
250g tepung pulut
1 ½ cawan air (agak-agak)
½ cawan pulut hitam (kisar dan tapis)
1 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan menjadi doh yang lembut.
2. Bulatkan adunan dan masukkan inti.
3. Kemudian, rebuskan di dalam air yang mendidih sehingga timbul, dah boleh diangkat.
4. Setelah itu, masukkan pula ke dalam santan leleh yang telah dibuat terlebih dahulu.
5. Bolehlah dibungkus dan kemudiannya dikukus selama 3-5 minit.
BAHAN INTI:
1 biji kelapa
1 cawan gula melaka
1 cawan air
2 sudu makan gula pasir
CARA MEMASAK:
Kacau semua sekali hingga agak kering. Bila sudah nak kering, boleh masukkan tepung jagung sesudu dan kacau sampai inti itu kering.
UNTUK LELEH:
2 cawan santan (anggaran)
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
Umumnya, banyak faktor boleh mencetuskan keguguran yang terjadi dan ada kalanya puncanya tidak dapat dikenal pasti.
Pun begitu, ada yang mempercayai pengambilan beberapa jenis makanan boleh menjadi punca keguguran di awal kehamilan. Ini antaranya:
1. Nanas
Buah ini mengandungi bromelain – yang melembutkan serviks dan memulakan kontraksi bersalin sebelum masanya – kesannya boleh berlaku keguguran.
Namun keadaan ini hanya boleh berlaku jika buah nanas diambil dalam jumlah banyak yang boleh menyebabkan pendarahan.
2. Lidah buaya
Lidah buaya atau aloe vera mengandungi antrakuinon – sejenis julap yang boleh menyebabkan pengecutan rahim dan pendarahan pelvis. Keadaan itu sekali gus menjadi punca keguguran.
3. Ketam
Ketam kaya dengan sumber kalsium tetapi dalam masa sama ia juga mengandungi paras kolesterol yang tinggi. Ia boleh menyebabkan rahim mengecut dan mengakibatkan pendarahan dalaman serta keguguran.
4. Hati haiwan
Hati haiwan kaya dengan vitamin A. Namun pengambilan dalam jumlah yang tinggi oleh wanita mengandung boleh menggalakkan pengumpulan retinal secara perlahan-lahan dan boleh menjejaskan kesihatan bayi.
5. Buah kelor @ munggai
Ibu mengandung perlu berhati-hati semasa memakan buah kelor walaupun ia kaya zat besi, kalium dan vitamin. Ini kerana ia terdiri daripada alpha-sitosterol yang boleh memudaratkan kehamilan.
6. Betik
Betik muda mempunyai komponen yang bertindak sebagai julap dan boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.
Buah betik juga kaya dengan enzim yang boleh menyebabkan pengecutan rahim sehingga mengakibatkan keguguran.
7. Herba
Ini bukan herba seperti dalam ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina. Herba yang dimaksudkan adalah rempah penambah rasa dalam makanan.
Rempah seperti fenugreek, asafoetida, bawang putih, angelica dan pudina sebaiknya dielakkan semasa kehamilan.
Ini kerana, ia boleh merangsang rahim dan mengakibatkan kontraksi, kelahiran pramatang dan keguguran. Ia juga mengakibatkan penipisan darah dan pendarahan semasa kehamilan.
8. Kentang berpucuk
Kentang yang sudah tumbuh pucuknya tidak boleh dimakan oleh wanita berbadan dua kerana mengandungi solanin – boleh menghalang pertumbuhan janin.
9. Kafein
Makanan atau minuman dengan kandungan kafein tinggi boleh meresap ke dalam susu ibu dan menjejaskan bayi. Jadi elakkan!
10. Taugeh mentah
Pucuk mentah seperti taugeh, alfalfa, lobak dan taugeh mengandungi salmonella dan ia tidak boleh dimakan secara mentah.
11. Sayuran tidak dibasuh & dikupas kulitnya
Sayuran mentah atau tidak dibasuh mempunyai toxoplasma gondii – parasit yang menyebabkan toxoplasmosis. Jika ia menjangkiti wanita hamil, ia boleh menularkannya kepada bayi dalam kandungan.
12. Ikan tinggi kandungan merkuri
Elakkan pengambilan ikan yang mengandungi kandungan merkuri tinggi seperti tenggiri dan tuna mata besar. Kandungan merkuri yang tinggi boleh menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
13. Produk tenusu mentah
Sebarang produk susu tidak dipasteurisasi mempunyai bakteria pembawa penyakit seperti Listeria monocytogenes, yang boleh membahayakan kehamilan.
Makanan punca keguguran, benarkah?
Mengekalkan diet sihat dan seimbang amat penting semasa kehamilan. Kunci paling utama adalah kesederhanaan. Sebaliknya, jika diambil berlebihan – sememangnya boleh memudaratkan kehamilan.
Tetapi untuk makanan mentah, susu tidak dipasteur dan ikan tinggi merkuri, lebih baik dielakkan.
Setiap hari menguruskan pelbagai hal di rumah, sebagai isteri, ibu dan wanita kita selalu terlupa menjaga kesihatan diri sendiri. Menjaga kesihatan dalaman seperti penjagaan Rahim sangat penting kita berikan perhatian.