Tip mudah dan cepat memasak bubur bayi mesti disukai oleh ramai ibu yang mempunyai anak kecil.

Setiap ibu sentiasa berazam untuk memasak dan menyediakan sendiri makanan untuk anak. Bagi yang baru mempunyai bayi yang sudah mula makan makanan pejal, mesti masih lagi belum biasa dengan rutin penyediaan makanan si manja.

Memasak bubur untuk bayi tidak perlu dibuat dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana bayi yang baru makan makanan pejal hanya makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Kadangkala ibu masih tidak mahir untuk mengagak kuantiti bubur yang hendak dimasak menyebabkan berlaku pembaziran apabila si kecil tidak dapat menghabiskannya.

Tak semua ibu mahu menyimpan secara beku makanan bayi mereka kerana kebanyakan lebih suka untuk memasak secara segar dalam kuantiti yang sedikit.

Yang menjadi masalahnya, sukar untuk memasak dalam kuantiti yang sedikit secara manual kerana ia mudah menyebabkan bubur hangus atau terlalu kering.

Jika anda antara ibu yang sering menghadapi masalah tersebut, bolehlah mencuba tip yang dikongsi oleh ibu yang juga merupakan seorang doktor pakar bius, Dr Nur Ilyani Bujang seperti dikongsi di facebook Medical Mythbusters Malaysia.

IKLAN

Anak kecil yang berumur enam bulan ke atas sudah boleh diperkenalkan dengan makanan tambahan seperti bubur nasi.

Sewaktu anak saya yang sulung masih kecil, saya mempunyai masalah untuk memasak bubur segar dalam kuantiti yang amat sedikit.

Saya pula jenis yang tak suka simpan makanan, apa lagi makanan bayi.

IKLAN

Kebiasaannya jika saya memasak, saya hanya pastikan ianya cukup-cukup, tidak berlebihan untuk mengelakkan pembaziran.

Kerapkali periuk kecil saya hangus, bubur terkering ataupun terlebih air.

Sehinggalah saya berjumpa dengan pasangan Prof Lucy (pakar paediatrik) dan Prof Patrick (pakar bius) . Mereka adalah pasangan yang pernah berkhidmat di PPUM.

IKLAN

Prof Lucy memberikan tips ini kepada saya. Saya berharap ibu ibu lain juga boleh mencuba.

Kaedah double boiling ini amat mudah, tak perlu jaga api, tak hangus. Rasa bubur juga lebih enak.

Boleh scroll gambar untuk cara cara membuatnya.

Moga hidayah dan rahmat Allah sentiasa berterusan pada pasangan professor.

Sumber: Dr Nur Ilyani Bujang

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI