Hari raya kalau tiada hidangan nasi impit dengan kuah kacang ibaratnya macam tak lengkap. Jadinya ramai yang akan menyediakan juadah ini. Walaupun hari biasa boleh makan, tapi tiap kali tibanya Syawal ia mesti ada.
Ramai yang akan memilih nasi impit segera dan terus merebusnya kerana lagi mudah. Namun bagi anda yang tetap nak sediakan nasi impit homemade boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Wan Roslina.
Sangat mudah, cepat dan licin. Nak potongnya pun senang dan tak hancur.
Nasi impit / Nasi kapit sambal nyior (Sambal nyior kelantan ) Nak share tips ni..nak tak??
Seronoknya lahai..saya dah berjaya buat nasi impit sendiri. Sebelum ni asyik beli ketupat segera jer kan. Sekarang tidak lagi..boleh buat sendiri jer..
Saya buat nasi impit ni guna pressure cooker. So, saya mohon maaf kepada yang tak ada pressure cooker rasanya boleh cuba masak dalam rice cooker biasa je.
Caranya senang saja:
Ads
Beras 1 cawan + air 3 cawan (Beras biasa bukan basmathi). Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air.
Untuk family saya, saya masak 3 cup beras + 9 cup air. Masukkan ke dalam pressure cooker. Saya punya pressure cooker jenama Primada. Tekan butang congee /soup.
Dah boleh tinggalkan dah. Dah boleh buat kerja lain. Biar PC ni yang buat kerja dia. Hihi..oh ya..jangan lupa ye jangan guna periuk steel tu..masak nasi dalam periuk yang non stick ye senang nanti nak terbalikkan nasi impit ni nanti. Dia keluar cantik je tak melekat pun.
Bila dah masak tu, satu tips ya untuk keselamatan. Jangan release wap dia ok..biarkan dia keluar sendiri wap tu tak payah release ya! Lepas beberapa minit nampak macam dah ok tu baru lah buka tudung PC itu. Angkat periuk tu kemudian tekan-tekan nasi tu biar padat.
Ads
Guna senduk kayu je, tekan-tekanlah biar padat dan nampak kemas. Lepas tu biarkan je nasi impit tu sejuk dalam tu. Tak perlu salin ke bekas lain dah. Tu cara saya la. Nanti dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Bolehlah dipotong..(kalau masih panas /suam jangan keluarkan lagi dan jangan potong biar dulu beberapa jam)
Nasi impit ni sedapt di makan dengan kuah kacang atau sambal kelapa. Saya nak kongsikan juga resipinya.
Resepi sambal nyior :
Ads
Kelapa sebiji digoreng tanpa minyak sehingga keperangan. Jangan hangit ye.. Ikan dipanggang tawar..ambil isinya sahaja. (Ikan sardin atau kembung terpulang) Nak sedap letak banyak ikan..
Bawang merah kecil 10 biji dihiris
Serai 3 batang dihiris
Garam, gula melaka & gula pasir secukup rasa
Tumbuk atau kisar kering semua bahan-bahan. Siap. Selamat mencuba ye sahabat-sahabat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata anak kecil tak boleh makan sambal? Anak- anak kecil pun boleh makan sambal juga tau. Tapi bahannya haruslah sesuai dengan usia anak- anak. Tak boleh pedas seperti sajian biasa. Bimbang anak- anak akan sakit perut pula nanti. Cara nak buat pun senang je tau hidangan ini.
Para ibu boleh campuarkan banyak sayur untuk menambah khasiat dalam pes sambal untuk anak- anak supaya anak- anak lagi sihat tubuh badannya. Pes sambal boleh digunakan untuk makan bersama ikan, ayam, udang, sotong dan lain- lain. Satu pes sambal boleh dipelbagaikan. Mudah untuk para ibu yang bekerja. Tinggal panaskan je.
Jom lihat resepi pes sambal yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Efa di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI PES SAMBAL
Menu anak 1 tahun 2 bulan | Corrected age (CA) 10 bulan. Sambal ikan versi baby… no salt and no sugar pun sedap. Bahan- bahan: – Capsicum merah 1 biji (buang biji- biji dalam tu) – Bawang besar 1 biji – Bawang putih 3- 4 ulas – Carrot (separuh sahaja) *optional*
Cara- cara: 1. Kisarkan kesemua bahan dan boleh bungkuskan kecil- kecil dan simpan dalam peti sejuk.
Bahan- bahan lain: – Ikan (ikut suka hati nak guna ikan apa) dan lumur dengan serbuk kunyit sikit. – Serbuk ikan bilis saya beli jenama Izzly – Sedikit minyak masak
Cara- cara: 1. Goreng ikan terlebih dahulu. 2. Kemudian, asingkan isi dari tulang. (boleh guna ikan tenggiri jika risau anak tertelan tulang) 3. Tumis bahan kisar tadi sampai naik minyak. 4. Kemudian, masukkan serbuk ikan bilis, nak sedap lagi… boleh letak unsalted butter untuk buatkan sambal tu rasa lebih lemak.
Mudah je resepi pes sambal versi baby ni. Jimat masa nak buat. Bahan pun tak terlalu banyak nak digunakan. Boleh beli di kedai berdekatan rumah je. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sayang kalau nak buang lebihan nasi, apa kata jadikan nasi tu jemput-jemput nasi jejari ketam sebagai menu moreh atau sahur. Resepi ringkas yang di kongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ni mudah dan cepat tak pakai banyak bahan pun tapi hasilnya ranggup di luar lembut di dalam!
Jom cuba cara masak jemput-jemput nasi ini di bawah. Semoga bermanfaat!
Bahan-bahan:
1. 2 cawan nasi zie menggunakan beras era Nagasari super import @era
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, bahan kisar dan semua bahan berbaki satu persatu.
3. Lalu kacau sebati. Adunan mesti tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak keperangan siap.
Dah siap! Mudah kan? Tak sampai 20 minit dah siap jemput-jemput nasi jejari ketam mudah dan sedap ni. Boleh dimakan dengan sos thai atau sos cili kalau nak lagi sedap. Rugi kalau tak cuba tau!
Nuget ayam antara kegemaran anak-anak. Cuma jika pengambilannya diambil terlalu kerap ia tak elok untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi beberapa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berterusan dan kerap.
Jadi bagi yang mempunyai anak-anak suka makanan nuget ayam, ada alternatif yang boleh anda buat untuk hidangan sihat seisi keluarga. Bila dah buat sendiri, lebih terjamin dan selamat untuk anak makan.
Kita sebagai ibu bapa pun tak risau. Asalkan pandai untuk mengolahnya ikut citarasa, semuanya akan jadi sedap.
Nuget Ayam Homemade
Bahan-bahan
– 2 keping dada ayam dipotong dadu
– 1 ulas bawang besar dihiris
– 3 ulas bawang putih dihiris
– 2 sudu tepung ubi
– 1 sudu perencah daging lada hitam maggie
– Sedikit daun sup
– Sebiji telur ayam (kalau telur saiz kecik boleh letak 2 @3 bijik)
– Lobak merah
– Tepung bestari
Cara membuatnya:
Kalau tak ada perencah daging lada hitam maggie boleh digantikan dengan serbuk lada hitam, sedikit garam dan serbuk perasa (jika suka)
Ayam dipotong kecik supaya mudah masa blender
Campurkan semua bahan kecuali tepung bestari ke dalam blender.Guna blender kering.Kalau xde tumbuk guna lesung pun boleh.. lagi terasa ayamnya.
Bahan yang siap diblender
Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ratakan bahan yang dibender ke dalam loyang
Kukus selama 15 minit
Siap kukus. Boleh potong atau cetak ikut kretiviti masing-masing
Dah siap dipotong dan dicetak menggunakan cetak kuih
Bancuh tepung bestari dengan sedikit air. Bancuh cair macam buat tepung goreng pisang. Tak perlu tambah garam sebab tepung tu dah masin.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak dan kekuningan
Siap untuk dihidang.
Boleh juga digoreng terus tanpa dicelup ke dalam bancuhan tepung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!