Tip nak tahu anak umur 1-2 tahun ‘on track’ ke tak, semak panduan ini. Percaya tak ramai ibu bapa kadang-kadang rasa cepat sangat anak mereka membesar. Kejap saja anak mereka sudah boleh meniarap, merangkak, dan berjalan.
Maka sebab itulah amat penting untuk ibu bapa memerhatikan perkembangan anak seiring dengan usianya. Dalam usia setahun pertama, anak berada dalam fasa belajar menggunakan mulut, tangan, dan badan mereka.
Kemahiran ini penting sebagai persiapan ke fasa umur seterusnya. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dan tidak mengambil sikap bertangguh dengan mengharapkan anak boleh melakukannya apabila tiba masanya nanti.
Tahap Perkembangan Anak Umur 1 Tahun – 2 Tahun
Ada mak ayah yang ada anak umur 1-2 tahun? Jom semak tahap kemahiran anak kita seperti yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Khairunnisa Nawi.
Nak check anak on track ke tak tengok list di bawah ini ya.
1. Kemahiran Motor kasar/ Gross motor skill:
– Berdiri dengan sendiri sekurang-kurangnya 2 saat.
– Masuk setahun 3 bulan dah boleh berjalan dengan sendiri tanpa jatuh. Kalau sebelum jtu ada jatuh-jatuh lagi sekali sekala takpe
– Masuk setahun 5 bulan, anak pandai berjalan ke belakang
– Masuk setahun 7 bulan, dah boleh berlari
– Dah capai umur, setahun 9 bulan boleh naik tangga sendiri. Tapi ibu ayah pantau anak naik tangga ya.
– Masuk setahun 11 bulan, dah boleh menendang bola ke depan
2. Kemahiran Motor halus/ Fine motor skil:
– Meletakkan objek berbentuk kiub/ blok/ lego di dalam cawan
– Menconteng
– Membina menara menggunakan 2 kiub kayu
– Membina menara menggunakan 4 kiub kayu
3. Kemahiran Personal-sosial/ Independent skil:
– Menyatakan kehendak. Contoh, anak nak sesuatu, dia akan bagitau dengan pointing/ tunjuk atau tarik tangan
– Bermain bola dengan menggolekkan bola ke depan
– Meniru aksi secara spontan. Masa ni imitation skill berkembang dengan jayanya
– Anak masuk 17 bulan, dah boleh minum guna cawan
– Umur 19 bulan, menggunakan sudu dan garfu. Sediakan peralatan yang sesuai untuk ajar anak. Tumpah2 dan messy2 itu adalah normal ya
– Masuk 2 tahun, pandai buka baju dan seluar sendiri
– Melambai-lambai selamat jalan
4. Kemahiran Komunikasi dan bahasa:
– Bila nampak mama akan panggil mama bila nampak ayah akan panggil ayah. Ni bila anak dah masuk 14 bulan. Tapi still sebutan tak clear ya. Anak akan pandai sebut ayah atau abah dulu kalau ikut perkembangan normal.
– Anak mula ada first word biasanya dalam setahun ke setahun 3 bulan
– Mula mengenal nama sendiri
– Faham perkataan “tidak”/ “no”
– Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu
5. Kemahiran bermain/ Play skill:
– Umur 2 Tahun ke bawah anak dalam Solitary Play. Lebih gemar bermain sendiri. Masa ni anak ada interaksi yang terhad dengan orang lain.
Apa mainan yang anak korang suka main selain periuk belanga pinggan mangkuk and remote control? Share sikit
Semoga bermanfaat! Jemput follow dan set see first Khairunnisa Nawi supaya tak terlepas tips terbaru dari perspektif terapis carakerja
Disclaimer: Perkongsian ini adalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja
Kredit: Khairunnisa Nawi
Baca artikel lain juga: Sama Macam Ace Masa Dua Bulan Dr Say Bimbang Anak Ketiga Turut Ada Autime, Lega Perkembangan Anak!
Red Flag Tanda Aras Anak Ada Masalah, Bantu Perkembangan Anak Cepat-Cepat Sejak Lahir!
Nak Tolong Kemas Rumah, Nak Pakai & Makan Sendiri Antara Perkembangan Anak 3 Tahun
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my