Pernah tak berlaku situasi, bila nak makan nasi, rupanya terlupa nak tekan periuk nasi. Masa tu terus gelabah sebab nak cepat dan ahli keluarga pun dah menunggu.
Jika keadaan ini berlaku lagi selepas ini atau pun ada tetamu datang mengejut, boleh cuba cara ini untuk jimatkan masa masak nasi.
Tak perlu dah kelam kabut, janji ada air panas. Perkongsian oleh saudara Najib ini boleh anda cuba dan ternyata boleh jimat separuh masa memasaknya.
Taktik Nasi Cepat Masak
Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit, guna taktik ni boleh jadi 5 minit.
Caranya gunakan air panas untuk memasak nasi. Simple je kan. Sekarang air panas mudah ambik je air coway, tuang dan sukat dalam periuk nasi macam biasa.
Tutup periuk tekan start. Jimat masa dan tak perlulah nak tunggu lama jika nak cepat.
Sukatan air macam guna air biasa juga. Cuma yang jadi persoalan bila guna air panas ni tak kan nak celup jari kan?
Ikut apa yang dikongsikan, guna je teknik ‘tenung’ jika dalam situasi ini sebab jika dah biasa masak nasi, tenung macam tu pun dah boleh agak air banyak mana.
Selamat mencuba!
Kredit: Najib via MAHN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Berjauhan, Achey Demam Tiara Pun Akan Demam Sama, Tak Boleh Berenggang, Isteri Kongsi Keakraban Achey Dan Anak!
Melihat video-video dan gambar yang dikongsikan oleh pelawak popular Achey di instagram sudah menggambarkan Achey ayah yang cukup penyayang. Malah keakraban dua beranak ini sering mengundang rasa teruja netizen setiap kali Achey memuat naik videonya bersama si kecil kesayangan, Tiara.
Menurut kata isterinya, Nurul Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne, apa yang dilihat itulah Achey yang sebenarnya di rumah. Sememangnya keakraban Achey dan cinta hati mereka, Nur Tiara Zinnirah Nasir, 10 bulan sememangnya tidak boleh disangkal lagi.
Achey Bapa Penyayang
Berkongsi pengalaman membesarkan Tiara yang kini sudahpun berusia 10 bulan, Anne mengakui Achey banyak membantunya di rumah. Malah kata isterinya lagi, Achey merupakan ayah yang cukup penyayang pada anak mereka.
“Achey sebenarnya suami yang garang di rumah. Tapi sejak ada Tiara dia jadi lembut hati dalam segala hal malah merupakan ayah yang cukup penyayang. Setiap kali keluar rumah dia akan cepat-cepat balik sebab rindukan Tiara.
Macam tu kalau dia outstation yang mengambil masa 2 hingga 3 hari. Biasanya dia akan bawa baju Tiara bersama untuk melepaskan rindu pada Tiara. Keakraban mereka memang tak boleh disangkal lagi. Bila berjauhan, kalau dia demam, Tiara di rumah pun akan turut sama demam. Jadi kedua-duanya memang tak boleh berenggang lama.
Malah kata Anne lagi, Achey merupakan ayah yang cukup bertanggungjawab. Dia tidak kekok memandikan Tiara setiap hari malah menidurkan anak kesayangan mereka ini.
“ Adakalanya kalau Anne penat sangat, Achey akan bawa Tiara keluar berjalan-jalan. Saya pula yang risaukan mereka. Tak sampai 10 minit biasanya saya akan call bertanya,” kata Anne lagi yang sudah tiga kali melakukan suntikan untuk cuba menyusukan Tiara.
Seronok Layan Karenah Anak
Kata orang dalam kepayahan membesarkan anak, ada manisnya untuk dikenang. Lebih-lebih lagi bila anak sudah mula bercakap. Bagi Anne dan Achey semua pengalaman manis disimpan kemas dalam kamus hidup mereka.
“Sejak dalam pantang lagi, ada waktunya bila Tiara tak mahu tidur atau berjaga jam dua tiga pagi, masa itulah kami sama-sama tak cukup tidur. Walaupun penat tapi manis untuk kami kenang.
Begitu juga bila lampin pakai buang Tiara bocor dan kerap kali terkena Achey hingga meleleh pada bajunya.
Pernah beberapa kali ketika Achey membuat persembahan nyanyian, saya terpaksa menjaga lagu dan tiada siapa menjaga Tiara. Ketika itulah Achey dengan relaksnya bawa Tiara naik atas pentas menyanyi bersamanya. Dia tak kekok malah tak kisah untuk bawa Tiara naik ke atas pentas.”
Begitulah kalau sudah punya anak, yang penting sama-sama kena membantu dan memahami, barulah semua kerja jadi ringan. Tak gitu?
Kredit: @acheykintangkintung
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mood Anak Ceria Sampai Malam, Bangun Pagi Ini ‘Rahsia’ Yang Ibu Ayah Kena Buat
Anak-anak kecil kita memang susah sangat nak bangun pagi. Selalu bila kena kejut awal pagi kalau tak nangis, tantrum, muka muncung itu perkara biasa. Ada je yang senang bangun tapi semuanya bersebab. Mungkin mereka ada aktiviti yang ditunggu-tunggu kat tadika pada pagi tu atau ada sukan atau majlis tertentu. Yang tu memang mereka tak sabar nak bangun. Kalau hari sekolah biasa, memang berperanglah dulu mama papa nak uruskan anak-anak di rumah.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Taufiq Razif tentang rahsia nak berikan senyuman buat si kecil tersayang setiap kali bangun pagi boleh mama papa praktikkan.
3 rahsia nak buat anak tersenyum ceria bila bangun pagi
Geram betul saya tengok mimik muka bangun pagi anak bongsu saya, Aesya Soolihah ni.
Ceria semacam!
Padahal mandi tak lagi tu dan tengah mamai lagi tu tapi dia punya vibe positif tu sampai pada saya!
Rupanya ada rahsia kenapa Aesya Soolihah ni jadi ceria macam ni. Ni saya kongsi 3 rahsia macam mana nak jadikan anak kita bangun pagi dengan wajah tersenyum senyum ceria.
PERTAMA, semalam isteri saya tidurkan anak saya awal daripada kebiasaan. Sebelum tidur dia akan pastikan dulu anak mandi dalam keadaan selesa. Rupanya bukan kuantiti jam tidur je kena jaga, kualiti tidur pun sama.
Barulah anak boleh masuk ke fasa ‘deep sleep’ dengan lebih cepat dan lama.
KEDUA, saya spend banyak masa dengan anak anak semalam. Seharian duk gomol mereka sampai mereka puas. Rupanya sebelum tidur ni kita kena isi dulu tangki emosi mereka.
Kena bagi mereka rasa puas dulu. Kena peluk cium, bagi kata kata sayang dan buat aktiviti bersama mereka dulu rupanya. Pastu bila bermain dengan anak kena tinggalkan henfon tu jauh jauh. Kalau boleh campak henfon tu, campaklah pun takpe asalkan anak kita boleh rasa masa bersama kita 100% milik dia!
KETIGA, masa nampak je anak macam nak bangun tidur tu cepat cepat cium mereka. Kalau geram sangat, gomol je pipi comel mereka tu. Masam pun masamlah asal mereka rasa kita bagi 100% perhatian kita pada mereka.
Bila buat macam tu hormon bahagia Oxytocin tu akan meningkat dalam diri kita dan juga anak anak kita. Pagi pagi lagi dah dapat hormon bonding dan bahagia macam tu, anak dan ibu mana yang takkan bahagia kan?
Dah tahu ilmu ni tolong la ajar pada pasangan yang lain pula, mereka di luar sana juga berhak dapat anak anak yang bangun pagi pagi je dah jadi ceria, bahagia dan tersenyum gembira!
Taufiq Razif
Tak mampu jadi Singa bila anak pagi pagi lagi dah tersenyum ceria bak Cinderella. Cewah!
Sumber: Taufiq Razif
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Ini Kongsi 4 Cara Set Mood Best Setiap Hari. Kurang Rasa Penat & Marah!
Mood ibu happy, pasti hari tersebut anak-anak pun rasa best. Kalau dari pagi ibu dah rasa stres, aura negatif ibu pasti akan dibawa sehingga ke malam.
Sebab itu menjaga mood ibu ini bukan boleh dibuat main-main. Ia bukan isu remeh kerana impaknya besar dalam keharmonian sesebuah keluarga.
Bagi memastikan semua dalam keadaan baik-baik saja, ibu perlu dapatkan rehat dan tidur yang cukup serta sokongan suami serta orang sekeliling penting.
Untuk membantu kaum ibu mendapat mood yang baik setiap hari, Puan Noraliza Alwi yang juga ibu kepada empat cahaya mata berkongsi mengenainya.
Saya ada 4 cara nak set mood best setiap hari:
1. Pagi-pagi cari matahari.
2. Grounding maksudnya pijak tanah dan tengok benda-benda hijau
3. Makan buah awal pagi.
4. Peluk cium anak & pasangan pagi-pagi.
Ramai dah tahu pun matahari sumber Vitamin D. Dapat matahari masa siang bantu kita tidur lena malam hari. Tidur cukup buat kita bangun pagi rasa best. Matahari pun sebagai anti stress semulajadi.
Keduanya..Grounding daan tengok alam ni ‘natural healing’. Pijak tanah, tengok pokok-pokok hijau, bunga warna-warni yang cantik-cantik. Sangat membantu stimulate hormon best dan buat kita bertenaga dan happy.
Ketiga – Makan buah awal pagi boost vitamin and mikronutrient yang dah deplete masa kita tidur. So bila first thing in the morning dah makan buah, badan cepat serap dan buat kita rasa freshen up.
Paling best dan senang, buat yang no 4 tu. Instantly feel bahagia kan. More or less ni rutin saya. Ada kalanya tak dapat buat semua pagi. Ganti masa petang.
Boleh je kan😊
Kredit: Noraliza Alwi
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI