Kalau anda baharu bergelar ibu bapa, antara perkara paling penting mengenai penjagaan bayi yang perlu diberi perhatian iaitu memilih lampin pakai buang terbaik.
Ini kerana pemilihan lampin pakai buang yang berkualiti menjamin keselesaan si manja dan pastinya mengelakkan daripada risiko masalah ruam lampin.
Sudah tentu ramai yang keliru kerana ada banyak jenama lampin pakai buang, mana satukah yang patut dibeli?
Belum lagi persoalan saiz lampin apa yang padan dengan si kecil? Ataupun bilakah patut menukar saiz lapin supaya ia muat seeloknya?
Tak perlu risau bila memilih Drypers Wee Wee Dry baharu kerana ia menjadi produk pertama di Malaysia yang memberikan indikator saiz ideal dengan ciri panduan Tummy Fit Guide. Ia menjadi garis panduan kepada ibu bapa sentiasa peka perubahan saiz lampin anak mereka.
Selain dari itu salah satu ciri yang diperbaharui ialah 6 AbsorbDRY layers dengan lapisan lilac yang baharu. Ia membantu menyerap dengan pantas malah menyalur urin dengan lebih sekata bagi mengelakkan kebocoran.
Memahami keadaan kulit bayi baru lahir yang halus dan sensitif, lampin Drypers Wee Wee Dry Newborn memberikan penjagaan dan perlindungan optimum dengan ciri Penjagaan Pusat bagi memelihara bahagian tali pusat bayi.
Stool Lock System™ memerangkap dan membendung najis lembut agar kulit bayi kekal bersih dan sihat. Rekabentuk potongan Navel Care di atas zon pita pelekat pula membantu mengelak geseran pada bahagian tali pusat bayi dan pada masa yang sama membiarkan kawasan itu terdedah kepada aliran udara.
Tampil dengan cetakan rekaan haiwan yang comel menjadikan lampin ini pilihan paling tepat untuk para ibu bapa. Rekaan berwarna-warni itu bukan sahaja nampak menarik, tetapi boleh menjadikan proses menukar lampin satu pengalaman yang menggalakan interaksi menyeronokkan antara ibu bapa dan anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Asal Nak Cari Duit Poket Je.” Sekarang Banyak Demand Minta Pn. Syazwani Buat Deko Belon Untuk Majlis!
Kalau nak buat sesuatu, perlu lahir dari hati. Barulah setiap apa yang diusahakan akan ‘menjadi’ dan dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain. Begitulah prinsip Pn. Norsyazwani Mohd Yatim yang kini giat memajukan bisnesnya, Wanaqee Empire Décor.
Perniagaan jambangan bunga dan coklat, dekorasi belon untuk majlis, gubahan hantaran mahupun photobooth yang diusahakan Pn. Syazwani bermula dari rumah sekitar hujung tahun 2019. Ketika itu, ibu kepada seorang anak ini hanya menjalankan bisnes secara suka-suka untuk mencari duit poket.
Mula Serius Ketika Zaman PKP
“Pada awalnya saya bermula dengan bisnes membuat jambangan bunga dan coklat. Waktu itu sekadar mengisi masa lapang dan mahu cari duit poket sendiri. Mungkin rezeki agaknya, bisnes saya mula berkembang ketika zaman PKP. Waktu itu saya semakin serius berbisnes kerana banyak menerima tempahan dari anak-anak yang tak dapat pulang ke kampung untuk berjumpa orang tua mereka,” jelas Pn. Syazwani.
Tambah isteri kepada En. Muhammad Zuhairie Badrulhisham ini lagi, bukan sekadar jambangan bunga dan coklat bahkan ketika itu dia banyak menerima tempahan kek untuk dihantar kepada pelanggannya di daerah Hulu Selangor. Kemudian pada tahun 2022, wanita hebat ini mengembangkan perniagaan untuk perkhidmatan dekorasi belon.
“Saya mulakan dengan dekorasi kecil dengan pakej yang murah, niat saya nak gembirakan pelanggan. Jadi saya dan suami wujudkan pakej yang berpatutan untuk pelanggan, melihat senyuman di wajah mereka sudah cukup memberikan saya rasa puas dan gembira,” tambah Pn. Syazwani lagi.
Kini, dia boleh berbangga dengan bisnesnya yang mula mendapat perhatian dari syarikat-syarikat besar seperti Wah Chan, Coway, Jollibee dan banyak lagi.
“Alhamdulillah, sekarang rezeki semakin bertambah. Saya banyak mendapat tempahan untuk dekorasi belon yang lebih besar dengan bayaran yang lumayan. Apa yang membuatkan saya rasa dapat achieve sesuatu kerana saya bermula dari rumah dan kini dapat menguruskan perniagaan sendiri dan buat keluarga rasa bangga,” ceritanya lagi.
Perlu Berani Untuk Berubah
Ketika ditanyakan bagaimana dia boleh bermula dengan perkhdimatan dekorasi belon, Pn. Syazwani memberitahu yang dia hanya mengikut permintaan pelanggannya ketika itu. Tidak mahu dekorasinya tampak biasa, Pn. Syazwani memberanikan diri untuk membuat dekorasi yang berbeza dan berjaya membuatkan pelanggannya berpuas hati.
“Saya keluar dari comfort zone, sesuatu yang saya minat tapi tak pernah terfikir nak jadikan bisnes. Saya cuba buat ikut permintaan pelanggan waktu tu sebab dah selalu buat untuk majlis hari jadi anak serta anak saudara sendiri sebelum ini. Lepas enam bulan buat bisnes dekorasi ni, saya ikut kelas sebab nak mantapkan kemahiran yang ada,” kata Pn. Syazwani lagi.
Penat Tapi Gembira
Menurut Pn. Syazwani, semakin hari minatnya terhadap bisnes yang diusahakan semakin bertambah dan membuatkan dirinya merasa gembira.
“Nak buat dekorasi belon ni memang penat. Ia memerlukan tenaga serta memakan masa tapi bila pelanggan puas hati dan seronok, itulah yang jadi penguat semangat saya. Keutamaan untuk diri saya adalah untuk menawarkan servis yang terbaik buat pelanggan yang mempercayai Wanaqee Empire Décor,” jelasnya.
Menurut Pn. Syazwani, idea untuk membuat dekorasi adalah melalui pemerhatian dan kajian di internet. Selain itu, Pn. Syazwani juga akan pastikan setiap dekorasi yang dibuat akan diberi nafas baru dan berbeza dari yang sebelumnya.
“Saya akan pastikan dekorasi yang dihasilkan ada personal touch supaya impaknya berbeza untuk setiap pelanggan. Saya akan cuba yang terbaik untuk mengikut setiap permintaan pelanggan. Saya juga merupakan antara bisnes pertama yang memperkenalkan elemen filler chain dalam dekorasi belon di Malaysia,” tambah Pn. Syazwani.
Servis Hebat Wanaqee Empire Décor
Selain membuat servis jambangan bunga dan coklat serta dekorasi belon, Wanaqee Empire Décor juga menawarkan servis solekan untuk majlis tertentu serta membuat perkhidmatan pelamin mini. Untuk servis dekorasi belon, Pn. Syazwani akan menerima tempahan di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur, Selangor, Port Dickson dan Ipoh jika bersesuaian dengan bayaran.
“Harga pakej untuk dekorasi belon majlis hari jadi bermula dari RM509 dan untuk acara di dewan pakejnya bermula serendah RM950. Biasanya saya akan buat konsultasi dengan pelanggan, mereka mahukan dekorasi yang bagaimana dan berapa bajet yang ada. Dari situ, saya akan sarankan apa yang sesuai untuk majlis mereka mengikut kepakaran dan pengalaman saya. Semuanya boleh dibawa berbincang.
Sekiranya ada yang mahu mendapatkan perkhidmatan dari Wanaqee Empire Décor boleh hubungi kami di 011-7311 0897 atau boleh ikuti kami di TikTok, Instagram atau Facebook Wanaqee Empire Décor. Perancangan kami untuk masa depan adalah untuk berkembang ke servis fotografi dan pengurusan majlis. Harap dapat dijadikan kenyataan,” akhiri Pn. Syazwani.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pam Payudara Bebas Tangan Memudahkan Para Ibu Superbusy
Pam payudara bebas tangan memudahkan para ibu superbusy tidak kira sama ada yang bekerja di pejabat atau di rumah. Pam payudara adalah keperluan mesti ada bagi setiap ibu menyusu.
Terdapat banyak pam payudara di pasaran. Pasti ramai ibu menyusu keliru apa kriteria utama yang mesti dipertimbangkan apabila memilih pam payudara.
Sebelum terpengaruh dengan pelbagai tawaran promosi menarik jenama pam payudara, ibu perlu mengambil kira beberapa perkara penting ini:
- Faktor paling penting apabila memilih pam payudara adalah memilih saiz yang betul. Kebanyakan pam payudara mempunyai saiz yang standard iaitu 24mm atau 28mm.
Bagaimanapun kebanyakan ibu menyusu mempunyai saiz antara 17mm ke 28mm bergantung kepada ukuran mereka. Kenapa penting ibu menyusu mendapatkan saiz yang betul sebelum membeli pam payudara?
Ia untuk memastikan areola tidak tidak disedut kuat yang boleh menyebabkan luka pada puting atau mengurangkan pengaliran susu ibu.
- Faktor kedua seharusnya memudahkan. Ibu menyusu patut membeli pam yang sekurang-kurangnya bertahan 3-4 sesi setiap masa. Memudahkan ibu mengepam bila-bila masa di mana-mana ketika di pejabat atau di rumah.
Dalam dunia moden serba maju, sudah tentu ibu menyusu juga perlu menaiktaraf pam payudara yang lebih berteknologi dan memudahkan. Contohnya penggunaan pam payudara bebas tangan yang membolehkan anda mengepam di mana-mana tanpa dilihat oleh orang lain.
- Faktor ketiga seharusnya pam tersebut didatangkan dengan bateri boleh caj, jadi ibu tak perlu kalut mencari plug point setiap kali hendak mengepam susu.
- Faktor keempat pula, sudah tentu menang pada rekaan pam terkini yang lebih kecil, kompak dan berkuasa. Ia sudah tentu memudahkan urusan harian anda sebagai ibu yang sentiasa sibuk.
- Faktor terakhir, ibu menyusu disarankan memilih pam payudara yang menawarkan ciri penyesuaian mengikut paras kesakitan yang berbeza.
Kenapa ada ibu menyusu sakit puting setiap kali mengepam?
Pernahkah anda mengalami situasi yang tidak selesa ini? Ia hanya akan mengakibatkan ibu rasa tertekan untuk meneruskan tugas mengepam susu.
Ia berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya adalah:
- Saiz breast shield/flange yang tidak sesuai dengan puting payudara.
- Puting payudara ibu jenis terlalu sensitif. Disarankan ibu untuk berhenti mengepam atau menyusukan anak seketika dan buat marmet sehingga puting kembali sembuh.
- Ada ibu mempunyai paras kesakitan yang berbeza. Contohnya, fasa kesakitan ibu mungkin maksimum tetapi lompatan dari tahap 1 hingga 3 ketika menggunakan pam payudara mungkin boleh menyebabkan kesakitan yang keterlaluan.
Oleh itu adalah disarankan ibu memilih pam payudara yang mempunyai tahap penyesuaian yang lebih banyak supaya kekuatan perubahan vakum tidak terlalu tinggi dan menyebabkan kesakitan.
Kelebihan memilih pam payudara bebas tangan
Kini ramai ibu milenial yang menyusukan anak lebih selesa memilih pam payudara bebas tangan yang ternyata mempunyai kelebihan dan memudahkan berbanding pam payudara konvensional.
Dengan lebih mudah dibawa ke mana-mana, senang, bersaiz padat, ibu menyusu tak perlu lagi menggunakan coli khas untuk tugas mengepam susu. Ibu boleh terus masukkan sahaja ke dalam coli, mula mengepam dan teruskan tugas harian anda seperti biasa.
Jika anda sedang mencari-cari pam payudara rekaan moden bebas tangan, Arley adalah jawapannya. Arley kini menawarkan produk terbaharunya versi dinaik taraf iaitu Arley Z10 plus.
Ia mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar dari 800 mAh hingga 1000 mAh, kini mempunyai 12 tahap mod ekspresi dan mengurut berbanding hanya 9 mod pada versi yang lama. Ini menjadikan ia lebih mudah disesuaikan mengikut keperluan ibu.
Dari dual mode, Arley Z10 Plus telah dinaik taraf menjadi tri-mode iaitu ia dilengkapi dengan mod mengurut, ekspresi dan juga mod auto – Mod automatik adalah urutan dan ekspresi.
Ia akan dimulakan dengan mod mengurut dan secara beransur-ansur meningkat dari tahap 1-6. Selepas tahap 6, ia akan beralih ke mod ekspresi dari tahap 7 hingga 8 dan tetap di tahap 8 sehingga sesi berhenti secara automatik selepas 30 minit.
Melihat kepada kriteria yang ada pada Arley Z10 Plus, ibu tak perlu rasa ragu-ragu lagi untuk memilihnya. Ramai ibu menyusu daripada kalangan frontliner yang sentiasa sibuk mengakui pam payudara Arley banyak membantu memudahkan urusan mengepam susu ibu.
Tak kira sama ada ketika sedang merawat pesakit atau berada dalam dewan bedah, mereka cuma perlu selit sahaja pam dalam coli dan bila tiba masa mengepam, on sahaja butang mengepam.
Arley Z10 Plus membantu ibu menyusu untuk multi task tugasan harian. Sambil pam susu, bolehlah bermain dengan si manja, memasak mahupun bekerja. Mudah, selit & pam sahaja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kelas Antenatal Salam Shah Alam Specialist Hospital Dapat Sambutan 30 Bakal Ibu Bapa
Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) telah menganjurkan kelas antenatal pertama sejak kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Kelas antenatal SSASH selepas PKP diadakan pada hari Sabtu bersamaan 12 September 2020 bertempat di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagaimanapun oleh kerana kita masih berada dalam tempoh PKPP dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, maka kelas antenatal yang dianjurkan juga tidak terlepas daripada mematuhi SOP dengan pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer dan pengambilan suhu badan setiap peserta yang hadir.
Mungkin disebabkan banyak hospital telah menangguhkan kelas antenatal anjuran mereka maka kelas antenatal SSASH ini telah mendapat sambutan dan dihadiri oleh 30 pasangan bakal ibu bapa di sekitar Shah Alam, Puchong, Klang, Putrajaya bahkan ada yang datang dari luar daerah termasuk Melaka dan Seremban.
Pasangan bakal ibu bapa yang hadir ke kelas antenatal ini kelihatan teruja untuk menimba ilmu memandangkan majoriti mereka sedang menanti kelahiran anak pertama. Jadi sudah tentu peluang menghadiri kelas antenatal yang menyediakan pelbagai ilmu dan persediaan sebelum kelahiran bayi diharap dapat membantu mereka menguruskan bayi kelak.
Program kelas antenatal yang bermula seawal pukul 9 pagi dimulakan dengan slot oleh Pegawai Dietetik SSASH yang berkongsi tajuk Pemakanan Optimum Semasa Hamil & Menyusu.
Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, ia disambung pula oleh Jururawat Kebidanan yang menunjukkan Teknik Penyusuan Badan & Penjagaan Bayi. Ia sememangnya slot paling dinantikan oleh para bakal ibu yang berharap ia dapat jadi bekalan untuk mereka menyusu dan menguruskan bayi selepas dilahirkan nanti. Sesi seterusnya pula dikelolakan oleh Doktor Pakar Kanak-Kanak yang mengupas tajuk penting bayi baharu lahir iaitu masalah Jaundis dan Imunisasi.
Selepas berhenti makan tengah hari, tajuk yang paling penting bagi setiap ibu hamil adalah Kehamilan dan Kelahiran yang dikongsikan oleh Doktor Pakar Sakit Puan & Perbidanan. Pelbagai kupasan tentang persediaan untuk melahirkan bayi disampaikan oleh doktor. Ia sedikit sebanyak memberikan info kepada bakal ibu yang kebanyakannya sudah memasuki trimester ke-3 kehamilan dan tidak berapa lama sahaja lagi akan melalui proses melahirkan anak.
Pa&Ma turut hadir membuka kaunter pendaftaran ahli Pa&Ma Moms To Be 2.0. Dengan menyertai komuniti ini, para bakal ibu akan dimasukkan di dalam grup telegram Pa&Ma Moms To Be yang akan berkongsi pelbagai info, artikel, peraduan dan berpeluang menang hadiah cabutan bertuah. Sebagai penghargaan kepada bakal ibu yang mendaftar pada hari tersebut, Pa&Ma menghadiahkan mereka sehelai bedung bayi setiap seorang sebagai kegunaan anak yang akan dilahirkan kelak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI