Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Maka sebab itulah amat penting untuk memilih tukang urut yang tepat selepas bersalin.
Waktu berpantang sememangnya saat paling penting kepada wanita. Ibu perlu memikirkan cara paling sesuai dan memberikan keselesaan kepada diri serta bayinya dengan mengambil kira semua aspek berkaitan. Perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang remeh kerana ia memberikan kesan jangka panjang kepada si ibu.
Tip Pilih Tukang Urut Untuk Ibu Lepas Bersalin
Dr Rusyaine Ramli berkongsi 10 tip mengenai pemilihan tukang urut dalam tempoh berpantang supaya tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
Boleh Ikut Saranan Doktor Ini
1.Nama dia tak boleh mula dengan Bidan sekian sekian. TAK BOLEH. Bidan adalah jururawat terlatih yang dah lulus kursus posbasik Perbidanan selama 1 tahun ATAU jururawat masyarakat. Mereka ni berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia. Bidan kampung dah tak ada ya. Generasi mereka sama ada dah terlalu tua atau dah meninggal.
Bila tukang urut kata dia bidan, tu tandanya dia memang tak tahu pun apa maksud bidan, sebab dia tak pernah terlibat dalam menjaga mak mengandung dan apatah lagi membantu dalam proses kelahiran. Maka, dia bukan bidan.
2.Asas sains biologi bab anatomi dan fisiologi manusia dia tak bertentangan dengan doktor. Dia tak boleh menggunakan frasa yang mengelirukan. Contoh, meroyan, bentan, angin, urat yang dia punya definisi sendiri dan ia sangat berlawanan dengan istilah perubatan.
3.Dia tak buat urutan yang pelik, contoh sengkak rahim. Ia adalah prosedur yang tidak perlu langsung pun. Dia kena sedar, urutan dan bertungku tu hanya untuk rileks kan otot. Dan untuk mak manjakan diri. Tak lebih dari tu. Ia tak wajib pun.
4.Dia tak takutkan atau momokkan kalian dengan ayat, kalau tak buat ni, nanti tombong la bagai. Untuk elakkan tombong, dia sepatutnya tunjuk ajar pada kalian macam mana nak buat senaman Kegel.
Dia tahu bengkung itu hanya untuk menyokong abdomen yang menggelebeh dan bukannya untuk bagi tak buncit.
5.Dia tak suruh kalian makan jamu, minum air rebusan, pakai pilis semua. Dia tahu yang semua tu tak terbukti pun efektif. Malah ada jamu yang boleh jadi mudarat. Sebab jamu yang berdaftar dengan KKM pun tak pernah dibuat kajian tentang keberkesanannya atau kesan sampingannya. Jadi nak buat apa ambil jamu.
6.Dia tak merapu bab makan minum dalam pantang. Dia ikut saranan KKM, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah dalam 1 pinggan hidangan. Dia tak kata buah atau sayur jenis ini angin la, jenis itu sejuk la. Dia nak kalian pelbagaikan jenis makanan untuk dapatkan khasiat sepatutnya.
Ads
Dia tak catu air yang kalian minum. Dia suruh minum air dalam 2 ke 3 liter sehari. Nak minum air sejuk pun tak adalah jadi macam dosa besar dibuatnya.
Ada tukang urut tak bagi kalian mandi. Negara kita kan panas dan lembap. Takkan nak biar berkuap busuk tak basuh rambut. Atau kena dok dalam panas berpeluh, pakai stoking masa cuaca panas, tak boleh buka kipas atau pendingin hawa.
7.Dia bantu dengan bagi sokongan emosi dalam kalian melalui proses adaptasi dengan bayi yang baru lahir dan segala perubahan fizikal yang dilalui. Memang ramai mak dalam pantang senang rasa stres, jadi dengan adanya dia, tu kan dapat meringankan tekanan
Ads
8.Dia tak pandai-pandai sendiri dengan buat diagnosis entah apa-apa sedangkan dia bukan doktor atau misi. Dia tahu, kalau mak tu demam, terus kena pergi jumpa doktor. Kalau dia tahu, darah nifas tu banyak dari biasa, cepat-cepat ke klinik atau hospital. Dia tak pandai-pandai sendiri. Dia tak payah pun tunjuk dia hebat sebab dia ada fungsi dia sendiri dan dia tak nak pun jadikan doktor atau misi sebagai saingan pun. Dia tak tergedik buat video yang niatnya nak burukkan doktor dan misi semata-mata nak jual diri dia.
Hujungnya, matlamat dia, dia nak kalian dapat penjagaan post partum yang baik dari semua pihak yang terlibat.
9.Dia bukan penjual produk yang tak berdaftar atau pun produk yang ada tuntutan melampau. Setakat minyak panas yang ada notifikasi dengan KKM tu ok la. Ni segala mak bapak jus la, jamu la, dan apa-apa lagi yang merapu.
10.Yang paling penting, caj yang dikenakan berpatutan dengan servis yang diberikan pada kalian. Dan kalian berpuas hati dengan perkhidmatan tukang urut pilihan kalian.
Anak demam tapi susah nak makan ubat, paling senang ibu masukkan ubat demam ikut punggung. Tapi apakah cara ini boleh memudaratkan anak-anak?
Nak tahu ia selamat atau tidak untuk digunakan pada si kecil, ikuti penjelasan doktor.
BAHAYA KE MASUK UBAT DEMAM IKUT PUNGGUNG?
Ni memang soalan favourite.
Baru je smlm ada parents tanya pada saya soalan ni kat klinik. Sebab parents ni akan guna ubat masuk punggung setiap kali anak demam sebab anak dia susah nak makan ubat..pastu kawan2 cakap ubat masuk punggung ni bahaya…so mintak pendapat doctor..
Biasanya kalau ada patient datang ke klinik dengan demam tinggi, lepas tu gap last ubat demam dah lebih 4 jam, biasanya doc akan masuk ubat demam ikut punggung. Demam InsyaAllah akan cepat turun lepas tu dan bila balik dah tak payah risau utk bagi ubat demam lagi for the next 4-6 hours
Ubat demam masuk punggung ni kalau yang Paracetamol selamat sekiranya ikut DOS yang betul.
‼️ Yang perlu berjaga2 adalah ubat yang ramai kenali sebagai VOREN. Perlu dikenalpasti PUNCA demam dahulu sebelum beri sebab ia TIDAK boleh digunakan dalam kes seperti Demam Denggi ataupun Influenza.
Jadi sebaik-baiknya untuk jumpa doc dulu sebelum beri pada anak.
Anda biasa tak bagi ubat punggung kat anak? Berani atau risau nak kasi? Cuba share dgn saya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri ditakdirkan untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain. Sebuah hubungan yang bahagia tidak perlu diukur dengan kemewahan semata-mata, tetapi melalui perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada pasangan.
Sebagai seorang suami, tidak perlu usaha yang luar biasa untuk menjaga hati isteri. Wanita secara fitrahnya mudah bahagia, dia merasa cukup jika dirinya dijaga dengan baik dan dihargai sepenuh hati.
Inspirasi Dari Rasulullah SAW
Contoh terbaik dalam melayan isteri datang dari Rasulullah SAW. Baginda seorang suami yang sangat bertimbang rasa, lembut dan romantik. Baginda tidak memanjakan isteri-isterinya dengan harta benda, sebaliknya hidup penuh kesederhanaan.
Namun, keperibadian dan cara Baginda melayan para isteri menjadikan mereka tenang, disayangi dan berasa cukup.
Romantik Itu Sederhana
Suami yang romantik tak perlu tunggu hari istimewa. Cukup dengan sentuhan kecil yang penuh makna sudah mampu buat isteri tersenyum sendiri bila teringat. Kalau suami anda ada ciri-ciri ni, memang bertuahlah, kerana anda miliki lelaki yang menyayangi anda sepenuh jiwa.
Suka peluk dan cium isteri
Setiap kali sebelum keluar rumah, suami memeluk dan mencium isteri dengan penuh ikhlas. Sentuhan ini bukan saja menguatkan emosi, tapi beri semangat pada isteri untuk harungi hari.
Tanya khabar isteri
Dengan teknologi sekarang, tak sempat call pun tak apa. WhatsApp pun cukup. Tanyakan keadaan isteri, hanya dengan mesej ringkas pun sudah buat hati isteri rasa disayangi dan dihargai.
Suapkan isteri makan
Sesekali suapkan isteri waktu makan sama ada di rumah atau di luar. Rasulullah SAW sendiri suap isterinya, bahkan minum dari gelas yang sama. Simple, tapi sangat bermakna.
Panggil isteri dengan nama manja
Tiada salahnya panggil “sayang”, “my queen”, “bidadari”, atau apa saja gelaran manja yang baik. Isteri yang mendengar pasti tersenyum, hidung pun boleh kembang kempis dibuatnya.
Tolong isteri buat kerja rumah
Kerja rumah memang meletihkan. Bila suami turun padang bantu, isteri rasa dihargai. Sambil buat kerja bersama, boleh gurau senda dan hubungan pun makin erat.
Bahagia Itu Sederhana
Kadang-kadang, perkara kecil macam ni yang paling mudah terlepas pandang, lebih-lebih lagi bila isteri jenis berdikari. Tapi hakikatnya, isteri tak mengharapkan hadiah mahal atau kejutan besar. Cukuplah jika dilayan dengan baik dan penuh kasih, itu saja dah cukup membahagiakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema adalah penyakit lifestyle, maka soal pemakanan yang perlu dititik beratkan berbanding ubat.
Ekzema tiada ubat. Tapi ekzema adalah tentang makan makanan yang sihat dan bersih untuk kulit yang sihat dan kuat. #cleaneating
Menurut Eczema Health Coach, Mizhana Padzi, makanan yang asli, kurang terproses, mengandungi nutrien sebenar yang tinggi sangat penting untuk kulit berhenti meradang.
Manakala makanan yang melalui pemprosesan besar besaran, sehingga hilang rasa asli, dan ditambah pelbagai bahan sintetik lain selalunya mengandungi rendah kadar fiber, vitamin dan mineral serta tinggi garam dan gula.
Jika ekzema anak anda sedang di luar kawalan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah HENTIKAN MAKANAN PROSES, mula beri anak makan real foods. #realfoodsrealhealing
Contoh makanan terproses adalah :
Sosej Nuget French fries Bebola ikan Kek ikan Roti inti manis Biskut manis (walaupun gluten free) Kek Gula-gula, lollypop Keropok Megi segera Minuman tin, kotak, kordial Ais krim Cereals Yogurt berperisa Minuman kultur Processed cheese Mee kuning Kicap Sos Mayonis Minuman 3 in 1 Kiub pati ayam Susu cair Susu pekat manis Fast foods
Masalah utama makanan terproses yang menyebabkan radang ekzema sukar shut down adalah pewarna makanan, pengawet makanan, dan perisa tambahan makanan yang tinggi bahan kimia terlarang untuk pastikan rasa makanan ini enak dan tahan lama di rak pasaraya.
Bebola ikan yang putih bersih ini tiada langsung isi ikan sebenar yang berkhasiat, yang ada hanya bahan perasa dan tepung.
Pewarna makanan akan menyebabkan risiko kanser, kencing manis, gastrik dan masalah alahan kulit.
Plumbum dan aluminium yang terkandung dalam makanan ringan boleh menyebabkan risiko tumbesaran terjejas dari segi mental dan fizikal
Yogurt, jika ada ekzema, jangan dekati
Bahan Tartazin (E102) yang digunakan semasa memproses makanan boleh menyebabkan gatal kulit yang teramat gatal, serta pembengkakan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan tangan.
Makanan yang mengandungi perisa makanan sintetik tambahan yang tinggi boleh menyebabkan cirit birit, muntah dan senak perut di kalangan kanak-kanak alergi.
Walaupun ia dikatakan bagus untuk anak membuang, sebenarnya ia sangat tinggi gula dan yang itu lebih bahaya untuk anak ekzema
Kajian menunjukkan kesan pengambilan makanan terproses tanpa kawalan akan menyebabkan keradangan tubuh dan leaky gut. Leaky gut akan mencetuskan keradangan kulit, iaitu ekzema.
Oleh kerana itulah zaman sekarang, sesiapa pun akhirnya akan kena juga ekzema jika tidak kawal diet harian dari pengambilan makanan terproses di atas setiap hari.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.