Bila dah berhenti susukan bayi sebelum ini atas alasan susu makin kurang, sebenarnya ibu tetap ada lagi peluang untuk bayi merasai susu badan.
Namun kena ada kesungguhan dan sentiasa fikir positif. Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom ada jawapannya.
Musim RMO ni, ramai ibu bimbang bila tak dapat beli susu formula untuk bayi mereka.
Jadi ramai yang minta saya kongsikan TIPS RELAKTASI untuk mereka mulakan penyusuan semula dengan bayi.
Menurut DrJack Newman, relaktasi bermaksud memulakan penyusuan semula dengan bayi yang sama setelah penyusuan dihentikan.
📌 MATLAMAT RELAKTASI:
✅ Membawa bayi menyusu semula di payudara.
✅ Meningkatkan semula penghasilan susu ibu supaya bayi dapat menyusu sepenuhnya dengan susu ibu tanpa susu rumusan lagi.
Cabaran: Bayi alami KELIRU PUTING dan menolak penyusuan secara terus di payudara.
Bila ini terjadi, cadangan saya, ibu fokus dulu untuk MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU supaya lebih mudah untuk memujuk bayi menyusu di payudara nanti.
9 LANGKAH YANG IBU BOLEH LAKUKAN UNTUK RELAKTASI
1. Memerah susu dengan menggunakan pam (sebaiknya heavy duty jika ada) sebanyak 8-12 kali sehari.
Ads
Note: Jika 8 kali bermaksud setiap 3 jam sekali. Jika 12 kali bermaksud setiap 2 jam sekali.
Anggaran masa mengepam lebih kurang 20-30 minit. Jika dapat mengepam secara ‘double pumping’ lebih baik. Pada peringkat awal, ibu mungkin hanya pam ‘angin’. Tak apa, teruskan jadual mengepam dengan berdisiplin.
2. Skin to skin dengan bayi. Kerapkan sentuhan kulit ke kulit (bayi hanya memakai pampers dan diletakkan di atas dada ibu)
3. Tawarkan payudara kepada bayi setiap 2 jam sekali. Ibu boleh mulakan dengan menggesel puting payudara di pipi dan hidung bayi.
4. Bila bayi sudah mula terima payudara, susukan bayi di sebelah payudara sekurang-kurangnya 20 minit untuk satu sesi. Jika bayi masih reject menyusu di payudara, beberapa langkah boleh dilakukan antaranya:
a. Oral stimulation therapy (Rujuk:https://m.youtube.com/watch?v=tbXOObIWWnQ&t=6s)
b. Mengubah posisi penyusuan dari kebiasaan ibu lakukan. Jika ibu sebelum ini menggunakan teknik craddle hold, ibu boleh ubah kepada posisi yang lain seperti football hold (Rujuk gambar)
Ads
c. Menggunakan lactation aid (https://www.facebook.com/138141916336863/posts/1587368318080875/?vh=e&d=n)
5. Jika bayi sudah menyusu di payudara, ibu boleh meningkatkan demand dengan melakukan perahan menggunakan pam di payudara selama 10-20 minit.
6. Jika bayi nampak meragam kerana aliran susu di payudara yang masih perlahan, boleh berikan bayi sedikit susu menggunakan cawan sebelum memulakan penyusuan di payudara.
7. Teruskan penyusuan di payudara dan dalam masa yang sama ibu melakukan sesi perahan juga (boleh dilakukan secara tandem)
8. Minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang seimbang.
9. Ibu perlulah positif dan sentiasa yakin yang ibu boleh menjayakan proses relaktasi ini. Jika ibu tidak sabar dan tergesa-gesa, ibu mungkin lambat untuk berjaya. Jadi, tenang dan bersyukurlah untuk setiap titisan yang keluar dari payudara ibu.
Ads
Nota: Pengambilan sebarang ubat-ubatan untuk relaktasi perlulah merujuk kepada doktor bagi mengetahui tahap kesihatan ibu dan dos yang bersesuaian.
‼️Tempoh proses ini berhasil bergantung kepada berapa lama penyusuan sebelum ini telah berhenti.
Jika masih baru, in shaa Allah proses ini tidak mengambil masa yang lama (biasanya dalam 2 minggu akan mula menampakkan hasil).
Ada ibu-ibu yang ikuti sesi kaunseling bersama saya sebelum ni, seawal seminggu sudah mula menampakkan hasil (bermula dengan beberapa titis, kemudian 1 oz dan bila diteruskan meningkat sedikit demi sedikit).
Ada juga ibu-ibu yang mula mendapat hasil selepas 3 minggu (sebelum tu hanya pam angin sahaja).
💯KEYWORD untuk berjaya : SABAR. Kerana orang sabar tidak akan menyerah.
✅ Tambahan 2 minggu tempoh PKP ini mungkin boleh dijadikan MISI MENJAYAKAN PENYUSUAN SEMULA kepada ibu-ibu yang ingin berikan bayi mereka sepenuhnya dengan susu ibu.
✅ Selain bayi dapat banyak kebaikan dari susu ibu, ibu-ibu boleh JIMAT POKET dalam keadaan sekarang. Semoga berjaya!
Bantu #SHARE dan #TAG mommies lain yang memerlukan tips ini. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang memerlukan.
Usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang kini sedang berpantang memilih cara tradisional untuk berpantang anak keduanya ini.
Hasrat ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu untuk berpantang dengan bidan kampung tradisional dari Terengganu itu akhirnya tertunai kini.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories miliknya, Neelofa bersyukur kerana hasratnya untuk berpantang kali ini dengan bidan terpilih untuk tercapai.
“Alhamdulillah, ada rezeki saya untuk bawa Kak Dib all the way dari Besut, Terengganu untuk duduk di Kuala Lumpur selama 40 hari bantu saya pantang secara tradisional.
“Lebih rileks dan dekat di hati saya yang asalnya pun seorang budak kampung #kampunggirl,” tulisnya di Insta Story.
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kesayangan Haris Ismail itu juga turut memuat naik gambar beberapa peralatan untuk memulakan rawatan pantangnya.
Neelofa juga turut meletakkan sasaran untuk mencapai berat badan yang diimpikan selepas habis tempoh berpantang iaitu ‘road to 55kg’.
Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan cahaya mata keduanya, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.
Setiap tubuh manusia berbeza. Apa yang boleh diterima oleh badan kita tak semestinya boleh diterima oleh tubuh badan orang lain. Doktor Hairin Anisa menjelaskan tentang berpantang vs food intolerance dan food allergies.
Assalamualaikum & selamat malam.
BERPANTANG vs FOOD INTOLERANCE & FOOD ALLERGIES
Saya teringat setiap kali saya melahirkan, saya memang amalkan makanan yang saya kira sihat dan seimbang dan berpantang daripada mengambil makanan yang tubuh saya tak boleh terima contohnya macam labu, ubi kayu dan beberapa lagi yg buat perut saya bertambah anginnya (kembung) & bisa badan.
Makanan-makanan ini sebenarnya yg menyebabkan tubuh SAYA tak boleh terima dan dikategorikan sebagai food INTOLERANCE.
Malah saya berpantang daripada mengambil apa-apa makanan yang menyebabkan saya gatal macam udang dan sotong kerana tubuh SAYA tak boleh terima kerana dikategorikan sebagai FOOD ALLERGIES. Jadi, saya memang amalkan pantang ini bukan hanya selepas bersalin tapi sepanjang hidup saya setiap kali saya dapati jenis-jenis makanan yang saya ada allergies atau intolerance.
Namun, setiap manusia itu berbeza. Adakah makanan yg tubuh SAYA tak boleh terima itu sama dgn orang lain? Jawapannya pasti tidak sama. Jadi please jangan sesekali bagitahu semua orang supaya jangan makan benda yang sama yang kita sendiri tak boleh terima.
Begitu juga kalau tubuh kita boleh terima semua makanan…jangan mendabik dada dengan sombong menyuruh orang lain untuk ambil semua makanan tanpa berpantang kerana diri sendiri sentiasa sihat dan awet muda.
Ingatlah bahawa Allah swt yang beri kita kesihatan, maka bersyukurlah dan tak perlu riak dan mengutuk orang lain tidak berilmu sedangkan diri sendiri juga kurang ilmu utk beradab memberi ilmu kpd orang lain.
Sedangkan ada ramai insan-insan yang Allah swt uji dgn Food intolerance dan food allergies yang terpaksa menghadapi pelbagai simptom-simptom yang menyakitkan. Belum sampai ujian tersebut kepada kita, maka berhati-hatilah dalam berkata-kata. Sesungguhnya riak itu hanya akan memakan diri sendiri.
Saya share di sini beberapa slides lectures yg saya pernah sampaikan tentang Tummy ache : FOOD INTOLERANCE vs FOOD ALLERGIES di satu seminar anjuran ENT, HSA JB
Ada perkara dlm sains yang masih dalam kajian dan hanya hipothesis dan sukar dijelaskan serta diluar pengetahuan kita.
Ini kerana ilmu Allah swt ini sangat luas dan menjangkaui batasan fikiran manusia. Jadi sekalipun ahli sains, please jangan terlalu bangga dgn ilmu yg kita ada. Kita ada ilmu hanya dibidang kita tapi kita tiada ilmu dibidang orang lain.
Justeru, biarlah hidup ini kita saling menyantuni manusia tanpa menyakitkan hati mereka yg tiada ilmu dlm bidang kita. Hanya Allah swt yg punya segala ilmu dan mengetahui segala yg terjadi atas kehendak dan iradatnya.
Anak nak masuk 2 orang & bakal bersalin bulan ini, aktres ini membayangkan anak ramai selepas 10 tahun usia perkahwinan. Syatilla juga berharap proses beranak semudah bersin.
Ibu kepada si comel Syeriv Samheizy ini dijangka bersalin pada bulan April. Dia yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak keduanya berharap proses kelahiran dipermudahkan.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga membayangkan sekiranya perkahwinan mencecah 10 tahun, tentu anak ramai. Tilla juga turut memohon doa daripada peminat agar proses bersalin semudah bersin hari-hari.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.