Bila dah berhenti susukan bayi sebelum ini atas alasan susu makin kurang, sebenarnya ibu tetap ada lagi peluang untuk bayi merasai susu badan.
Namun kena ada kesungguhan dan sentiasa fikir positif. Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom ada jawapannya.
Musim RMO ni, ramai ibu bimbang bila tak dapat beli susu formula untuk bayi mereka.
Jadi ramai yang minta saya kongsikan TIPS RELAKTASI untuk mereka mulakan penyusuan semula dengan bayi.
📌 MATLAMAT RELAKTASI:
✅ Membawa bayi menyusu semula di payudara.
✅ Meningkatkan semula penghasilan susu ibu supaya bayi dapat menyusu sepenuhnya dengan susu ibu tanpa susu rumusan lagi.
Cabaran: Bayi alami KELIRU PUTING dan menolak penyusuan secara terus di payudara.
Bila ini terjadi, cadangan saya, ibu fokus dulu untuk MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU supaya lebih mudah untuk memujuk bayi menyusu di payudara nanti.
9 LANGKAH YANG IBU BOLEH LAKUKAN UNTUK RELAKTASI
1. Memerah susu dengan menggunakan pam (sebaiknya heavy duty jika ada) sebanyak 8-12 kali sehari.
Note: Jika 8 kali bermaksud setiap 3 jam sekali. Jika 12 kali bermaksud setiap 2 jam sekali.
Anggaran masa mengepam lebih kurang 20-30 minit. Jika dapat mengepam secara ‘double pumping’ lebih baik. Pada peringkat awal, ibu mungkin hanya pam ‘angin’. Tak apa, teruskan jadual mengepam dengan berdisiplin.
2. Skin to skin dengan bayi. Kerapkan sentuhan kulit ke kulit (bayi hanya memakai pampers dan diletakkan di atas dada ibu)
3. Tawarkan payudara kepada bayi setiap 2 jam sekali. Ibu boleh mulakan dengan menggesel puting payudara di pipi dan hidung bayi.
4. Bila bayi sudah mula terima payudara, susukan bayi di sebelah payudara sekurang-kurangnya 20 minit untuk satu sesi. Jika bayi masih reject menyusu di payudara, beberapa langkah boleh dilakukan antaranya:
a. Oral stimulation therapy (Rujuk:https://m.youtube.com/watch?v=tbXOObIWWnQ&t=6s)
b. Mengubah posisi penyusuan dari kebiasaan ibu lakukan. Jika ibu sebelum ini menggunakan teknik craddle hold, ibu boleh ubah kepada posisi yang lain seperti football hold (Rujuk gambar)
c. Menggunakan lactation aid (https://www.facebook.com/138141916336863/posts/1587368318080875/?vh=e&d=n)
5. Jika bayi sudah menyusu di payudara, ibu boleh meningkatkan demand dengan melakukan perahan menggunakan pam di payudara selama 10-20 minit.
6. Jika bayi nampak meragam kerana aliran susu di payudara yang masih perlahan, boleh berikan bayi sedikit susu menggunakan cawan sebelum memulakan penyusuan di payudara.
7. Teruskan penyusuan di payudara dan dalam masa yang sama ibu melakukan sesi perahan juga (boleh dilakukan secara tandem)
8. Minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang seimbang.
9. Ibu perlulah positif dan sentiasa yakin yang ibu boleh menjayakan proses relaktasi ini. Jika ibu tidak sabar dan tergesa-gesa, ibu mungkin lambat untuk berjaya. Jadi, tenang dan bersyukurlah untuk setiap titisan yang keluar dari payudara ibu.
Nota: Pengambilan sebarang ubat-ubatan untuk relaktasi perlulah merujuk kepada doktor bagi mengetahui tahap kesihatan ibu dan dos yang bersesuaian.
‼️Tempoh proses ini berhasil bergantung kepada berapa lama penyusuan sebelum ini telah berhenti.
Jika masih baru, in shaa Allah proses ini tidak mengambil masa yang lama (biasanya dalam 2 minggu akan mula menampakkan hasil).
Ada ibu-ibu yang ikuti sesi kaunseling bersama saya sebelum ni, seawal seminggu sudah mula menampakkan hasil (bermula dengan beberapa titis, kemudian 1 oz dan bila diteruskan meningkat sedikit demi sedikit).
Ada juga ibu-ibu yang mula mendapat hasil selepas 3 minggu (sebelum tu hanya pam angin sahaja).
💯KEYWORD untuk berjaya : SABAR. Kerana orang sabar tidak akan menyerah.
✅ Tambahan 2 minggu tempoh PKP ini mungkin boleh dijadikan MISI MENJAYAKAN PENYUSUAN SEMULA kepada ibu-ibu yang ingin berikan bayi mereka sepenuhnya dengan susu ibu.
✅ Selain bayi dapat banyak kebaikan dari susu ibu, ibu-ibu boleh JIMAT POKET dalam keadaan sekarang. Semoga berjaya!
Bantu #SHARE dan #TAG mommies lain yang memerlukan tips ini. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang memerlukan.
Sumber: FEED by Ummi Najla