Bila raya, tentu kita inginkan rumah sentiasa kemas. Maklumlah tetamu akan datang bila-bila masa untuk meraikan Syawal. Namun jika anak kecil ni, rumah ada yang macam tongkah pecah dengan permainan penuh diruang tamu.
Kadang kala, penat nak mengemas rumah setiap hari. Lebih-lebih hari raya. Perkongsian pasangan suami isteri ini iaitu Encik Fendi Isa dan Puan Maslina ini memberi inspirasi. Mereka mampu menjadikan kediaman mereka sentiasa bersih dan kemas walau pun rumah tersebut dihuni bersama 3 orang anak yang masih kecil. Tentu hari raya tiada masalah buat mereka. Anak-anak telah didik awal mengenai tata tertib kekemasan rumah.
Jom ikuti perkongsian tip ini. Moga tahun depan rumah tak sepah lagi!
ADA ANAK KECIL BUKAN ALASAN UNTUK RUMAH TIDAK SELALU KEMAS
Ramai yg PM saya tanya tips untuk rumah sentiasa kemas bila ada anak kecil yg suka sepah-sepahkan rumah. Ada juga saya terbaca komen pada gambar yg saya post dengan mengatakan ”alaaaa dia xde anak kecik, boleh la deko2 kemas mcm tu…”. Utk pengetahuan, saya ada 3 org anak yang masih kecil, paling kecil umur 1 tahun setengah. So saya kongsikan apa yg saya buat utk ‘maintain’ kekemasan rumah saya:
Ads
1.Asuh anak untuk suka mengemas setiap kali main atau sepah-sepahkan mainan. Sgt penting untuk kita tidak menghalang mereka main sepah2, tp tanamkan tabiat suka simpan mainan ke tempat asal selepas main. Biarkan mereka main sepenuhnya.
2.Ajar mereka untuk mengemas sejak dari kecik lagi. Sebagai mak ayah, kita kena sabar bila mereka sepah2kan umah kerana kanak-kanak bwh umo 3-4 tahun masih belum memahami sepenuhnya utk kemas2. So, kita kena konsisten untuk bagi arahan, mesej: kemas selepas main. Mula2 susah untuk mereka akur, tp percaya lah lama2 mereka akan ikut.
Ads
3.Tetapkan peraturan yg objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main, tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu. Terapkan disiplin, sebelum tidur kena pastikan mereka kemas dahulu mainan yg mereka sepahkan, setiap hari setiap malam.
4.Kanak-kanak kecil suka untuk alihkan aksesori kecil seperti lilin, bunga dan hiasan lain. Disini kita kena sentiasa igtkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah. Biasanya dlm tempoh 1-2 bulan, anak-anak yang umur bawah dua tahun pasti akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten. JANGAN SESEKALI MENENGKING ATAU GUNA NADA MARAH2. Lama kelamaan mereka akan faham dan x akan mengulanginya.
Ads
5.Peranan kita sbg ibu bapa. Ada masanya mereka tetap akan sepahkan rumah dan tidak akan kemas balik. Maka, kita sendiri kena pastikan setiap hari sblm tidur, kita sendiri akan kemaskan rumah, letak semua barang di tempat asal. Yg penting, kena rajin dan terus menerus melakukannya setiap hari, bukan sekali seminggu.
6.Kalaupun kita sendiri tiada masa untuk mengemas rumah sbb letih balik kerja, kita cuba gunakan khidmat bibik yg bayar jam, seperti RM50 utk 4 jam sebagai contohnya. Yg paling utama, konsisten dlm menjaga kekemasan rumah dan tidak bertangguh. Sikap bertangguh ini lama kelamaan menyebabkan rumah akan tidak kemas dan deko2 kita yg cantik tidak bertahan lama ?
Nota: semua tips ini adalah berdasarkan pengelaman saya semata-mata dan tidak diambil dari mana2 pembacaan atau rujukan.
Kredit: Fendi Isa via KDIM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam mana nak bagi anak mudah bangun awal pagi tanpa sebarang masalah? Ramai ibu ayah mengakui si kecil susah dikejut awal pagi untuk ke sekolah. Bila hari sekolah bertambah liat nak kejut. Lebih mengharukan siap ada drama air mata di pagi hari lagi.
Hanya sabar sahaja yang menjadi perisai ibu ayah setiap pagi untuk mengelakkan daripadarasa marah dengan sikap anak yang susah bangun pagi. Selain tindakan mengejutkan anak, ibu ayah mungkin boleh cuba amalkan tips yang dikongsi oleh seorang ayah ini, iaitu Encik Muhammad Ahmad.
Semoga ibu ayah dapat mengamalkan tip bermanfaat ini secara konsisten. InsyaAllah nanti mudahlah anak kita nak bangun pagi tanpa sebarang masalah.
Kenapa anak kita susah untuk bangun pagi.
Zaman bujang dulu lebih 5 tahun saya tinggal di pusat tahfiz. Ada pelajar anak yatim umur 7-10 tahun pukul 4 pagi dah pandai bangun sendiri atau di kejutkan oleh abang-abang yang lain dengan mudah untuk hafal Al-Quran.
Rupanya mereka ini umur 3 tahun dah dilatih bangun awal pagi. Mak ayah dah perdengarkan bacaan Al-Quran sebelum dan selepas subuh. Paling lewat bangun jam 8@9am.
Antara tips ibu bapa mereka buat:
▪️alihkan anak dari tempat tidur.
▪️Letak anak disebelah ketika solat dan baca Al-Quran walaupun anak tidur balik.
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
▪️Pupuk anak dari kecil untuk bangun solat suboh.
Akhirnya umur 4 tahun dah boleh ikut abi solat suboh berjemaah di masjid.
Rupanya ini antara tips untuk elak anak-anak tidak menangis atau liat untuk bangun awal pagi pergi sekolah. Dari kecil kita asuh mereka bangun awal pagi untuk solat subuh(walaupun mereka tidur balik) dan ajar anak-anak baca doa bangun tidur…
Tanyalah diri kita. Berapa kali dalam seminggu atau sebulan latih anak-anak yang belum baligh bangun untuk solat suboh. Mungkin persoalan ini akan terjawab kenapa anak sukar bangun untuk ke sekolah walaupun darjah 4.
-EncikMatt-
Sumber: Muhammad Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah asyik berselerak dengan permainan anak hinggakan ibu rasa letih nak mengemas. Ya ini yang selalu menjadi rungutan ibu. Ingat sebenarnya anak yang diberikan peluang untuk bermain ini lebih cepat belajar benda baru mengikut perkembangan usianya.
Selalunya bila anak-anak dalam lingkungan 1-5 tahun, mereka sangat gemar bermain. Kalau ada permainan tu, memang habis bersepah-sepah rumah. Ada ibu bapa yang asingkan satu bilik khas untuk mereka bermain, tetapi ada juga yang biarkan anak mereka bermain di mana-mana tempat yang mereka suka, asalkan selepas bermain, mereka kemas dan simpan balik alat permainan mereka.
Ada juga ibu bapa yang langsung tak bagi anak mereka bermain atas alasan nanti rumah bersepah.
Tahukah anda, sebenarnya semasa mereka bermain ni, mereka banyak belajar benda baru. Bagi kita permainan itu macam remeh dan merimaskan, tapi bagi mereka itu adalah satu perkara baru yang sukar tapi menyeronokkan dimana mereka mula belajar cara berfikir untuk menyelesaikan masalah, mengawal otot mereka, keseimbangan dan juga koordinasi badan.
Perkara yang kita pandang remeh ini sebenarnya yang akan membantu mereka untuk membuat aktiviti yang lebih kompleks seperti melompat tali dan menendang bola semasa berlari.
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya biarkan anak-anak kita untuk terus mencuba perkara baru dan kita hendaklah sentiasa mengawasi mereka. Kita juga boleh mengajar mereka untuk kemas balik barang permainan yang telah mereka gunakan. Ini akan mengajar mereka lebih bertanggungjawab terhadap barang mereka sendiri.
Perkembangan awal kanak-kanak (12-24 Bulan)
– Boleh berjalan sendiri
– Boleh menarik permainan ketika berjalan
– Boleh mencangkung dan bangun balik
– Mula berlari
– Menendang bola
– Jalan mengundur ke belakang
Perkembangan kanak-kanak lebih dewasa (24-36 Bulan)
– Boleh seimbangkan diri bila berdiri menggunakan satu kaki selama 1-2 saat
– Boleh memanjat
– Boleh baling bola melepasi kepala
– Boleh membongkok tanpa jatuh
– Boleh mengayuh basikal tiga roda
Untuk Kanak-kanak berusia 12-36 bulan, jangka masa bermain yang dicadangkan adalah
– Sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal yang berstruktur seperti bermain bola dan ditaman permainan (dibawah pengawasan orang dewasa)
– Sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal yang tidak berstruktur (permainan bebas)
Kanak-kanak tidak sepatutnya duduk diam dalam masa lebih dari sejam kecuali semasa tidur. Ini adalah tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan mereka mendapat yang terbaik sepanjang aktiviti permainan mereka kerana pada masa inilah mereka belajar. Kalau mereka sakit dan duduk diam, tu yang mesti kita risaukan.
“Kenapalah anak saya ni buat perangai gini. Selalu sangat mengamuk. Aduhai..stress saya dibuatnya.”
“Dulu, asal tak nampak saya melalak kemain, sekarang macam-macam perangai yang menggeramkan saya. Mana taknya, mainan orang dia rebut, kongsi..emm jangan haraplah. Kadang tu tolak kawan. Geram betul saya. Dah cakap baik-baik tak nak dengar. Berbuih dah mulut ni pesan kat dia. Buat juga.”
“Orang kata jangan dibiarkan perangai macam ni. Nanti jadi budak degil. Tapi, kesian pula bila dah pukul. Tapi kalau tak buat gitu, menjadi-jadi pulak perangainya.”
Ok bagi ibu ayah yang selalu sangat alami situasi ini bila berdepan dengan anak usia setahun ke atas, anda perlu faham terlebih dahulu. Perkongsian dari Ibu Rose yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini sangat bermanfaat.
Sayang, rileks ya. Jangan stress stress, nanti cepat tua. Abis susut kejelitaanmu. Baik, demi meredakan keresahan, biar Ibu bantu sayang leraikan segala persoalan itu ya. Cuba sayang baca perlahan-lahan dan hadamkan apa yang Ibu bakal kongsikan.
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat EGO CENTRIC. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia LEBIH FOKUS KEPADA DIRINYA.
Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang. Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, BILA ANAK RASA SELAMAT, PERKEMBANGANNYA CEPAT.
Pada usia 4 tahun ke atas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Haa..sekarang dah faham tak kenapa anak 2 tahun mengamuk? Selepas ini ibu ayah jangan bertindak ikut perasaan tetapi terus tegur dengan cara betul agar anak boleh memahami secara berperingkat mengikut usianya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.