Perasan tak? Selepas seminggu beraya, berat badan naik semula. Mungkin kenaikannya dalam kadar yang sedikit, mungkin juga secara mendadak.
Nora Danish pun mengakui berat badannya pasti naik 2kg semasa raya. Tidak mengapa, pasti Nora ada cara tersendiri untuk pengawal berat badannya daripada terus bertambah.
Bagi yang prihatin dengan isu kenaikan ini, bolehlah anda mula melakukan rejim yang mudah dan ringkas ini selain daripada berpuasa enam di bulan Syawal.
Walau bagaimanapun perkara paling penting yang perlu anda tahu dan buat ialah sentiasa konsisten dan menjaga disiplin.
Lakukan sedikit regangan badan sebaik sahaja bangun daripada tidur. Senaman ringan yang berupa regangan ini akan membantu tubuh anda lebih relaks.
Lakukan regangan yang sederhana dan ringkas. Sebagai contoh, rapatkan kedua-dua lutut ke perut dan dakap untuk beberapa saat.
Selepas selesai membuat senaman regangan, minum segelas air kosong. Ia baik untuk melancarkan sistem penghadaman.
Dalam masa yang sana, pastikan anda mendapatkan bekalan air yang secukupnya dalam badan iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Menu yang dipilih untuk bersarapan perlulah mempunyai keseimbangan antara protein dan karbohidrat. Hal Ini penting untuk dititikberatkan supaya tubuh tidak mudah letih dan Cepat mengantuk sewaktu bekerja atau melakukan aktiviti harian.
Makanan yang tinggi protein seperti telur dan mampu menghancurkan lemak dan memperbaiki otot massa. Selain itu, anda digalakkan untuk mengamalkan yogurt kerana ia mengandungi probiotik yang sangat baik untuk sistem penghadaman.
Menu yang diambil perlulah mempunyai komunikasi nutrien yang lengkap. Contohnya nasi, ayam/ daging, tauhu/ tempe dan sayur-sayuran.
Dalam masa yang sama, kurangkan makanan berminyak, berlemak dan bersantan kerana ia mempunyai kolesterol yang tinggi.
Untuk kekal cergas sepanjang hari, ambil kudapan berkhasiat seperti kekacang dan/atau buah-buahan potong yang segar.
Menikmati smoothie buah-buahan juga bagus untuk membantu anda menurunkan berat badan. Apa yang penting, elakkan makan makanan yang bergoreng.
Anda digalakkan makan malam sebelum pukul 7 malam. Dalam pada itu, menu yang disarankan adalah nasi, ikan rebus dan sayur.
Malah, hindari diri daripada makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan makanan yang berkolesterol tinggi.
Segelas air kosong perlu diminum dan dijadikan amalan sebelum tidur. Ia akan merangsang sistem penghadaman agar terus bekerja sepanjang malam dan membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi keesokan harinya.