Sifat pemalu adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya apabila mereka berada dalam persekitaran baru atau berhadapan dengan situasi yang tidak dikenali. Namun, jika rasa malu berlebihan, ia boleh menjejaskan perkembangan sosial dan emosi mereka.
Tip Ubah Anak yang Pemalu Jadi Berani
LIMA Tip Ubah Anak Yang Pemalu Supaya Lebih Berani
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mempunyai keyakinan diri yang tinggi, bukan? Berikut merupakan lima tip untuk membina keyakinan diri anak kecil yang ‘pemalu tak bertempat’ ini.
1. Benarkan Anak Buat Perkara Yang Diingini
Pernahkah kita mengalami situasi anak kecil ingin melakukan sesuatu perkara sendiri seperti makan sendiri, menguruskan diri mereka sendiri, mengangkat pinggan dan cawan sendiri ke meja makan, atau membantu melakukan kerja-kerja rumah yang mudah? Sesetengah ibu bapa mungkin akan mengatakan ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ kerana tidak mahu keletihan mengemas sekiranya keadaan menjadi bersepah apabila anak kecil ini melakukan perkara tersebut.
Selagi perkara tersebut tidak berbahaya untuk anak kecil, apa salahnya benarkan mereka belajar melakukan perkara yang diingini itu? Ianya sudah pasti dapat membantu proses membina keyakinan diri anak kecil ini. Walaupun kita berasa penat untuk mengemas pada awalnya, tetapi kepenatan itu merupakan kepenatan yang berbaloi apabila kita melihat mereka semakin yakin diri kelak.
2. Buat Perkara Baru Dengan Anak
Sesekali, lakukan perkara atau aktiviti baru yang tiada dalam rutin harian anak kecil. Sikap ingin tahu dan suka meneroka pasti akan membuatkan anak kecil ini berasa teruja untuk melakukan perkara tersebut bersama-sama kita.
3. Benarkan Anak Buat Keputusan
Pada kebiasaannya, kita sebagai ibu bapa yang akan membuat keputusan untuk anak kecil. Dalam hal-hal tertentu yang tidak memberi impak yang besar, benarkan anak untuk membuat pilihan dan keputusan. Ibu bapa boleh membantu anak untuk membuat keputusan dengan cara menjelaskan kepada mereka tentang apakah yang akan berlaku sekiranya mereka mengambil keputusan tersebut.
Anak kecil akan belajar tentang kesan daripada pilihan atau keputusan yang dibuat itu. Pada awalnya, mungkin anak sekecil ini agak sukar untuk memahami kesan dan akibat daripada pilihan yang dibuat. Tetapi, lama kelamaan, pasti anak kecil ini akan dapat berfikir dengan baik, lebih memahami dan berasa lebih yakin apabila keputusan yang dibuat itu memberikan hasil yang positif.
Ads
4. Sokong Minat Anak
Setiap individu mempunyai minat dan kegemaran yang tersendiri. Begitu juga dengan anak yang pemalu ini. Beri sokongan kepada anak terhadap perkara yang diminatinya itu.
Sebagai contoh, sekiranya anak minat mewarna, belikan mereka buku mewarna serta bahan-bahan untuk mewarna seperti krayon, pensel warna atau warna air. Luangkan masa untuk mewarna bersama mereka serta ajarkan mereka teknik-teknik mewarna dengan cantik untuk menghasilkan lukisan yang menarik.
Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa seperti ini akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka untuk melakukan yang terbaik dalam perkara yang diminatinya.
5. Pujian Buat Anak
Kejayaan anak kecil dalam melakukan sesuatu perkara seharusnya diraikan dengan pujian. Pujian dapat meningkatkan lagi penghargaan kendiri (self esteem) anak yang pemalu, membuatkan mereka berasa lebih gembira dan dihargai.
Jangan pernah berasa jemu dan bosan untuk memuji kejayaan anak kecil. Selepas ini, pasti mereka semakin bersemangat dan lebih yakin untuk melakukan lebih banyak lagi perkara baru!
Ads
Percaya Pada Anak Kecil
Tanamkan rasa percaya terhadap kebolehan si kecil untuk melakukan sesuatu perkara. Usah memandang rendah terhadap kemampuan mereka. Walaupun mereka masih kecil dan bersikap pemalu, mereka tetap mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba perkara-perkara baru bagi membina keyakinan diri mereka.
Semoga dengan didikan awal untuk melakukan berbagai-bagai tugasan, anak kecil ini bukan sahaja akan membesar menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani, malah berfikiran cerdas dan matang dalam menguruskan pelbagai perkara apabila dewasa kelak.
Dengan pendekatan yang betul, sifat pemalu seorang anak boleh berubah menjadi keberanian dan keyakinan. Peranan ibu bapa adalah amat penting untuk membantu mereka melangkah keluar dari rasa malu dan meneroka potensi sebenar mereka.
Ingat, setiap anak adalah unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Berikan masa dan sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang menjadi individu yang yakin dan berani.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Ain memaklumkan beratnya naik 10kg selepas melakukan pemeriksaan bulanan.
“Saya pergi berjumpa dengan doctor, saya periksa berat badan saya daripada 55kg sekarang naik 65kg.
“Baru lima bulan lebih hamil,” katanya.
Tambah Ain lagi, dia kini lebih bijak mengawal pemakanan pada kandungan keduanya agar tidak berlebih-lebih namun katanya dia sendiri terkejut dengan kenaikan mendadak itu.
Malah kata Ain lagi, dia risau sekiranya dia sukar mendapatkan Kembali berat badan ideal selepas bersalin kelak.
“Saya dah cuba sedaya upaya kurangkan makan tapi berat semakin naik.
“Saya risaulah lepas bersalin nanti susah nak turunkan berat badan sebanyak itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Ain berkongsi kehamilan keduanya dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis pengumuman jantina.
Ain yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Bersemut habis ucapan hari lahir Almy Nadia buat suami tercinta. Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz lahir pada 22 Oktober 1979.
Bersemut Habis Ucapan Hari Lahir Almy Nadia Buat Suami Tercinta
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh isterinya, Datin Almy Nadia, ucapan hari lahir oleh Almy itu menarik perhatian warga maya. Padat, romantik dan ‘bersemut.’
Berikut perkongsian Almy Nadia di laman Instagramnya.
Today is your day sayang.
Selamat hari jadi sayang @fizzfairuzofficial ,mama sentiasa doa untuk sayang.. semoga sayang panjang umur,sentiasa murah rezeki..
Sayang no 1 in my heart(ckp omputih wei). Mama sentiasa doa apa saja yang sayang nak dimakbulkan ok… mama dan anak-anak. 5A(Arianna/Aurora/Ayra/Aisyah/Alisya) love you so much tau…. Maaf mama tak dapat kasi hadiah sebab mama tak work work..
Mama kasi hadiah anak baru laa yerk alisya…thank you love sebab dah buat yang terbaik untuk mama dan anak-anak, sentiasa dahulukan mama dan anak-anak dalam apa segala hal, sentiasa ada dengan mama dan anak-anak.
Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.
Pasangan ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3 dan Nur Alisya yang dilahirkan pada 18 September lalu. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Usia 40 tahun adalah masa untuk muhasabah diri dan membina kesedaran tentang apa yang benar-benar penting. Pada usia ini, ramai mula memahami keperluan menjaga kesihatan fizikal dan mental, memperkukuh hubungan keluarga, dan merancang kehidupan dengan lebih teratur.
Fasa ini juga mengajar kita tentang pentingnya memberi kembali kepada masyarakat dan menjalani kehidupan dengan nilai yang lebih mendalam. Kesedaran ini bukan sahaja membantu kita menjadi individu yang lebih baik, tetapi juga memastikan kita terus melangkah dengan penuh makna dan tujuan.
Sebagaimana perkongsian Ustaz Dasuki boleh dijadikan panduan bersama
BILA UMUR MASUK 40 TAHUN
1. Lipat tilam dan bantal yang selesa…hidupkan malam dengan amal.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan. Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir.
3. Imam shafie…umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun…syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
5. Kurangkan fikir hal dunia…kumpul amalan untuk mati.
6. Pada usia ini…tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha Allah.
.7. Apa harta yang ada pada umur ini…cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal…kurangkan pesona kepada dunia…jika tidak terus tertinggal akhirat.
8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- “wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati…wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada..”
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
11. Bykkan taubat- 70 kali sehari
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
13. Jaga hati, bersihkan hati, redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat…solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
15. Amalkan sifat-sifat Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.
Sumber: Ustaz Dasuki
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.