Anak menangis nak ke sekolah. Ok fahami dulu apa ‘separation anxiety’. Sempena sesi persekolahan ini, perkara yang guru kena bersedia ialah anak yang menangis tak henti-henti.
Ia akan terjadi jika itu adalah tempat yang baru untuk si kecil, boleh jadi juga tempat yang sama tapi kembali selepas cuti yang panjang (atau sekejap).
Jadi, apa yang sebenarnya telah berlaku? Adakah anak-anak berada dalam ketakutan? Guru di sekolah menengking ke? atau kena buli dengan kawan-kawan baru? Atau sebenarnya si kecil tengah melalui satu fasa yang dinamakan ‘separation anxiety’?
Menurut Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hazhari Ismail, separation anxiety ini adalah satu perasaan bimbang yang dialami oleh anak-anak apabila dipisahkan daripada ibu bapa, dan ia membawa kepada tingkah laku lazimnya seperti menangis yang tidak henti. Fasa ini berlaku dek si anak sedang ber-negotiate untuk berdikari.
Perasaan ini sebenarnya dah bermula sejak 6 bulan kerana attachment antara ibu bapa dan anak dah berlaku. Jadi, ia adalah situasi yang normal bagi anak-anak apabila dipisahkan daripada ibubapa terutamanya bagi satu tempoh jangka masa yang agak lama.
Berbalik kepada situasi persekolahan, ibu bapa perlulah mencari puncanya dulu. Cuba bercakap dengan guru, dan ibu bapa yang lain adakah anak-anak lain mengalami masalah yang sama atau tidak.
Jika di sekolah/pusat jagaan yang baru, ini berlaku ketika tempoh transisi. Tempoh si kecil untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Tidak kisahlah transisi dari taska ke tadika, atau tadika ke sekolah rendah atau rumah ke tadika. Boleh jadi ia tempoh yang sekejap atau lama sebab setiap anak lain-lain tahapnya. Banyak sekolah buat sesi orientasi supaya anak membiasakan diri dengan persekitaran – jadi, jangan skip.
Jika si anak kembali ke sekolah dari cuti yang panjang, kita keliru sebab sebelum cuti mereka suka sangat sekolah, cikgu dan kawan-kawan. Tapi, bila dah kembali ke sekolah, ia berlaku sebaliknya. Eh kenapa pula kan?
Ads
Jadi, separation anxiety inilah antara punca yang kita perlu tackle sebaiknya. Perasaan excited tapi takut dalam pada masa yang sama.
Apa langkah yang perlu dan boleh diambil? (khusus untuk anak baru masuk tadika atau tahun 1)
* Minggu pertama persekolahan itu, hantarlah anak ke sekolah. Sesudah sampai, peluklah dan ciumlah mereka, kemudian tinggalkan mereka segera. Kalau mereka menangis, abaikan. Jangan teragak-agak, kerana ia akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Guru pun akan cadangkan untuk ibu bapa balik. Jangan jenguk atau intai, dengan kata lain, jangan munculkan diri anda depan mereka. Percayalah, selepas anda pulang, tangis mereka akan hilang.
* Nak menjadikan situasi lebih mudah, beritahu kepada si anak bahawa dia akan ditinggalkan oleh ibu bapa. Usah sesekali menipu kanak-kanak tersebut. Jangan cakap lima sepuluh minit lagi akan datang balik – tapi tak datang-datang. Mereka akan ingat sampai bila-bila. Bila dah bagitahu anak akan ditinggalkan, jangan lupa untuk bagitahu bila mereka akan dijemput semula. Contohnya, selepas balik kerja etc. Bagitahu tiap hari pun tidak mengapa.
* Kalau minggu pertama hantar hingga ke kelas, minggu kedua boleh hantar depan pagar sahaja. Ini hanya bertujuan untuk mengatasi fasa separation anxiety sahaja. Sebab ada sekolah menggalakkan hantar anak hingga ke kelas.
Ads
* Oh, jangan lupa bila nak berpisah dengan anak, gunakan perkataan tertentu seperti “bye”, assalamualaikum, see you, love you, take care dan sebagainya. Ia memberi satu perasaan selamat dan yakin untuk kanak-kanak itu ditinggalkan di sekolah bersama penjaga atau guru yang baru.
* Cuba bermain ‘hide and seek’ dengan mereka. Baik ibu bapa atau guru. Ia adalah aktiviti/latihan perpisahan walaupun sementara. Ini kerana mereka ditinggalkan bersendirian buat seketika dan akan bertemu semula.
* Selepas pulang dari sekolah, jangan lupa reflek dengan bertanya si kecil tentang bagaimana sekolah hari ini? Buat apa? Kawan siapa? Main apa dan sebagainya.
* Janganlah trigger anak seperti tanya “takut tak nak sekolah?” Elok mereka teruja, terus rasa bimbang.
Selalunya, tingkahlaku yang terhasil dari separation anxiety ini adalah menangis, tapi jangan lupa ia juga boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Contohnya, si kecil menjadi terlalu pendiam sampai tidak bercakap, kencing dalam seluar walau dah praktis beribu kali cakap nak pergi tandas, menggigil dan berpeluh, no eye contact dan sebagainya.
Ads
Teringat bekas anak murid kecil yang terlalu pendiam ketika di dalam kelas, tetapi di rumah kata ibu bapanya, dia lah manusia paling bising dan lincah. Siap tunjuk bukti video lagi ketika itu.
Hanya satu cara kita boleh mengatasi separation anxiety iaitu bertoleransi dengannya (tolerating separation). Gently but firmly.
Ibu bapa jangan hujum anak-anak dengan membandingkan mereka dengan abang/kakak yang kurang menangis. Atau guru membandingkan dengan anak murid yang lain. Jangan mengejek dengan panggilan seperti cengeng, manja, mengada-ngada dan sebagainya.
Ia langsung tidak membantu untuk meredakan keadaan.
Separation anxiety untuk anak kita sudah tahu, tapi yang untuk si ibu pun dok sama teriak sebab berpisah dengan anak siapa nak bantu?
Percayakan guru, dan dalam pada masa yang sama, we do our part ok?
“Laki aku sibuk bayar semua komitmen rumah mak ayah dia. Barang dapur, bil api air, duit belanja mak ayah dia. Ada la bagi mak ayah aku duit belanja sikit. Untuk rumah kitorang, dia cuma bayar bil api air je. Yang lain semua aku! ”
“Aku nak bercerai.”
Ringkas sahaja tapi memberikan kesan yang mendalam. Keredaan dalam hati isteri tiada bila mana suami lupa sebenarnya tanggungjawab nafkah yang utama pada diri sendiri dan kemudian isteri.
Semua orang cakna bahawa tanggungjawab memberikan nafkah terletak pada bahu seorang lelaki yang menjadi suami atau ketua keluarga.
Menjadi persoalannya, apakah keutamaan dalam pemberian nafkah itu jika lelaki berkenaan masih mempunyai orang tua yang perlu disantuni.
Antara nafkah terhadap isteri dan ibu bapa, mana yang perlu diutamakan?
Sebelum menjawab persoalan berkenaan, fahamilah bahawa Islam ada menyediakan panduan turutan nafkah mengikut keutamaan.
Sabda Rasulullah SAW: “Mulakan nafkah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam al-Syaukani dalam Nail al-Autar menyebut: “Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibu bapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibu bapa.”
Ia jelas menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab ketua keluarga untuk mendahulukan isteri dan anak-anaknya dalam pemberian nafkah berkenaan.
Bagaimanapun, dalam keadaan darurat iaitu keadaan yang mana ibu bapa memerlukan bantuan seperti penyediaan ubat-ubatan, rawatan dan makan minum yang menjadi asas kepada kehidupan, maka ketika itu, si anak tadi perlulah mendahulukan orang tuanya demi kesinambungan kehidupan mereka.
Sebenarnya, dalam perkara tersebut, semua anak-anak ibu atau bapa perlu ada kesefahaman dalam mengambil tanggungjawab.
Menjaga, membantu dan berkhidmat perlu buat dua insan yang melahirkan serta membesarkan mereka.
Dengan cara itu, ia tidaklah terbeban kepada seorang anak sahaja, sedangkan yang lain pula terlepas tangan.
Apapun, jangan sesekali kita menganggap bantuan kepada ibu bapa sebagai beban.
Sebaliknya, ia ihsan yang wajib kita tunaikan kerana itu merupakan hak orang tua kita.
Firman ALLAH SWT: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Selagi hayat dikandung badan, jangan sesekali culas tentang bab nafkah dan taatlah kepada kedua ibu bapa.
Berdoalah semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan kita dalam memberikan nafkah kepada isteri, anak-anak dan orang tua yang banyak berjasa kepada kita.
(Sumber: Al-Kafi #1428: Antara Nafkah Isteri dan Ibu Bapa: Mana perlu diutamakan? Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada anak kecil, ibu ayah kena sentiasa berhati-hati. Skrin TV pecah gara-gara anak baling mainan itu biasa. Kadang tu baru saja beli TV baru tapi dek kerana anak-anak yang sedang aktif, ibu ayah terpaksa lagi keluar duit untuk menggantikannya.
Geram memang geram tapi jika nak marahkan pun anak bukan faham apa lagi. Jadi untuk elakkan kejadian seumpama ini berulang lagi, penyelesaian yang dicadangkan oleh seorang ibu, Noorul Hidayah yang menggunakan screen protector acrylic ini boleh membantu.
Siapa kat sini ada anak kecil dan tv selalu rosak kena baling dengan toys? Saya salah seorang dari mangsa. Bukan je anak kuat baling toys, tapi hentak dengan cawan, kena baling bola, tepuk tv sampi bergegar.
Lepas tu saya jumpa idea untuk letak screen protector tv jenis acrylic ni. So far dah tak risau dah anak baling-baling toys ke hentak-hentak ke sebab dia memang protect the tv.
Pernah kawan cerita tv dia rosak 3x dan kena beli tv baru. Saya jumpa seller yang jual ni. Klik di sini untuk beli.
Setakat ni memang terbaik, kita tanya macam-macam pun dia layan dengan baik. Paling best sebab seller boleh potong ikut size tv yang kita nak. Bila screen protector sampai, kita cuma kena letak gam untuk sambung bahagian penyangkut.
Yang ni bukan saya yang jual tau. Saya share apa yang saya pakai untuk kebaikan ibu bapa semua. Yang penting, anak selamat, tv selamat, duit pun tak melayang.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.