Para bakal ayah mesti tahu cara uruskan uri isteri lepas bersalin. Jangan nanti bila isteri dah selamat bersalin, dan pihak hospital serahkan uri untuk diuruskan anda jadi ‘blur’ tak tahu apa nak buat.
Jadi, bagi yang menanti kelahiran anak terutama bayi pertama, jomlah semak apa langkah-langkah yang mesti dibuat untuk menguruskan uri isteri anda yang dah bersalin nanti.
Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Barang penting untuk uruskan uri bayi
1. Cara-basuh-tanam-uri
Ada 3 perkara utama di sini:
Uri
Garam
Asam Jawa
Kain putih
2. Keadaan bungkusan uri dari hospital
Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.
3. Kita mulakan cara basuh uri
Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.
4. Apa nak baca masa basuh uri?
Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.
5. Lebih mudah basuh dalam besen
Untuk lebih mudah masukkan uri di dalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.
6. Langkah seterusnya, campuran bahan lain
Ambil sedikit garam dan asam jawa.
7. Bagaimana nak buat?
Letakkan garam dan asam jawa pada uri.
8. Kemudian…
Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.
9. Dah selesai, kena bilas
Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.
10. Masa untuk bungkus uri
Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.
11. Hampatkan kertas hijau kalis air dan kain putih
Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.
12. Masa untuk balut uri
Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.
13. Langkah seterusnya
Letakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri.
14. Balut uri dengan kain putih
Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas.
15. Kemudian balut pula dengan kertas hijau kalis air
Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.
16. Langkah seterusnya, gali lubang
Gali lubang ditempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.
17. Berapa dalam lubang kena gali
Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.
18. Dan akhirnya
Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.
19. Selesai
Timbus tanah dan pijak sehingga rata.
20. Jangan lupa letak tanda
Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang buas seperti anjing, serigala, singa dan sebagainya.
Sumber: Facebook Viral Oh Viral