Hari raya bakal menjelang tiba. Mesti akan meriah dengan kehadiran anak-anak yang ceria. Mama papa jom ikuti 13 tip supaya mama papa tak kelam kabut.

Aisyah Rozalli, Juru Terapi Cara Kerja Pediatrik berkongsi tentang persedian raya yang mama dan papa boleh lakukan untuk memastikan hari raya yang bakal menjelang tiba berjalan lancar. Beliau yang juga ibu kepada 4 orang anak menulis turut berkongsi tip praktikal yang boleh digunakan oleh semua ibu bapa & 8 benda wajib ada ketika keluar beraya. Berikut ialah perkongsian beliau;

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

Hari raya tinggal beberapa hari je lagi. Kalau ikut tarikh saya menulis artikel ini, ada lagi 9 hari lagi menjelang hari raya Aidilfitri.

Alhamdulillah. Saya doakan semoga Ramadhan tuan puan kali ini sangat bermakna.

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

MENGURUSKAN ANAK SEPANJANG HARI RAYA YANG SIBUK

Antara kerisauan dan persediaan yang kita ibu bapa sering lakukan adalah pengurusan anak-anak kecil semasa hari raya. Terutamanya pada hari raya pertama yang memerlukan kita membawa anak berjalan ke sana sini.

IKLAN

Saya sudah mula buat mental planning dari minggu kedua Ramadhan.

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

Antara mental planning yang kita selalu lakukan semasa membuat persediaan raya bersama anak-anak termasuk:

  1. Pemilihan baju raya yang menyerap peluhdan selesa.
  2. Pemilihankasut raya yang senang dipakai-buka untuk anak-anak toddlers yang dah mula berjalan sendiri.
  3. Beg kecil yang akan membawa segala perkakas anak-anak sepanjang berjalanraya yang di dalamnya terkandung:
  • Wet wipes (senang nak lap mulut anak, tangan, meja rumah orang yang anak kita kotorkan secara sengaja mahupun tak sengaja, secara comel mahupun menggeramkan).
  • Lampin pakai buang (kalau anak masih memakainya)
  • Baju sepersalinan (atau dua,tiga persalinan) untuk anak dan mak (kot anak termuntah kat baju ibu atau ayah)
  • Plaster (kot terluka yang menyebabkan tangisan sekuat tenaga)
  • Termos air panas berisi air panas (kalau ada anak yang masih menyusu botol) termasuklah segala barang penyusuan anak
  • Permainan manipulatif untuk lekakan anak
  • Bekas letak duit raya anak (sebab ayah diorang mesti kata “Suruh Mama simpan. Nanti hilang.” Kan? Kan?)
  • Botol air masak seorang anak satu (Ajar anak-anak jaga botol air masing-masing. Mereka perlu belajar jaga kesihatan diri.)
  • Dan senarainya berterusan mengikut keperluan-keperluan tambahan keluarga

Yang saya senaraikan di atas adalah perkara-perkara fizikal. Perkara-perkara fizikal ini amat penting bagi memastikan anak-anak kita selesa sepanjang berjalan raya. Kerana sesungguhnya anak yang selesa, menjamin kesejahteraan ibu bapa.

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

IKLAN

KESELAMATAN DAN PERILAKU ANAK

Memastikan anak mengikut arahan, menjaga keselamatan dan duduk sopan santun semasa kita pergi berjalan raya adalah satu cabaran. Terutamanya kalau anak anda macam anak saya. 3 orang anak lelaki yang lasak dan kreatif. Tapi… Manja… Boleh pening dibuatnya kadang-kadang. Main sikit punya lasak, tapi bila terhantuk antara satu sama lain sikit, raungannya sehingga ke lorong belakang rumah depan boleh dengar.

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

  1. Antara kaedah yang biasa Terapis Kanak-kanak guna adalah memberikan Social Story atau Cerita Sosial untuk anak-anak faham do’s and dont’s semasa apa-apa event persekitaran yang kita mahu anak-anak faham.
  2. Social story ini perlu dimulakan awal. Tak boleh pagi raya baru nak mula tunjuk. Anda sudah boleh mula tunjuk sekarang. Ajak anak anda lihat gambar-gambar social story yang anda sediakan dan terangkan pada mereka atau ajak mereka berbincang dengan anda tentang gambar yang anda tunjukkan.

Beliau juga turut berkongsi social story yang boleh digunakan mama papa untuk membantu anak memahami arahan yang diberikan.

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

IKLAN

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

Tip Uruskan Anak Di Hari Raya Yang Sibuk. Juru Terapi Cara Kerja Ini Kongsi 13 Tip Supaya Mama Papa Tak Kelam Kabut

Sumber: otaisyahrozallicom.wordpress.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI