Kemas rumah bukan tugas ibu sahaja. Jika anak masih kecil, anda perlu bijak untuk melatih anak-anak membantu. Tips yang dikongsikan ibu ini bernas dan praktikal untuk digunapakai terutama sekali bagi ibu yang mempunyai anak ramai.

Lazimnya, bila anak masih kecil, ibu tak menang tangan untuk mengemas rumah. Puan Nas Adillah, ibu kepada 4 anak yang berumur 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 2 bulan berkongsi tip tentang pengurusan kediaman. Nak mengemas rumah dengan anak-anak masih kecil perlukan taktik dan trik supaya bebanannya tidak jatuh ke bahu ibu seorang sahaja.

Tips Rumah Sentiasa Kemas & Ibu Tak Stres Walau Pun Anak Ramai & Masih Kecil

Malah, sebagai ibu yang bekerja sebagai guru, Puan Nas Adillah dan suaminya juga berjaya menggenggam ijazah sarjana. Komitmen dan kebijaksaan menguruskan masa dan mendapat kerjasama daripada anak dan suami membantu membereskan kerja-kerja rumah dengan mudah.

Mendidik anak dari awal membantu membuat kerja rumah bukanlah satu penderaan. Malahan ia boleh menjadikan mereka lebih berdikari dan pandai menguruskan diri sendiri. Anak-anak yang diberikan kebebasan untuk mengemas sendiri akan belajar untuk lebih cermat dan terbiasa dengan rutin mengemas.

Berikut ialah perkongsian beliau;

TIPS IBU ANAK RAMAI URUS  ANAK & RUMAHTANGGA

Setiap ibu ada cara tersendiri untuk menguruskan keluarga. Sebenarnya pengurusan MASA amat penting.

Untuk memastikan rumah dalam keadaan bersih & teratur…satu keluarga memainkan peranan penting…

IKLAN

Anak lebih dari tiga orang tu kira kategori anak ramai. Bila anak ramai ni, suami kena bantu isteri. Jangan harap isteri sorang-sorang nak urus anak-anak dan urus rumahtangga.

Saya nk share cara kami urus anak-anak yang masih kecil.

DAPUR

Bahagian dapur yang mn lps makan pastikan pinggan dicuci n meja dilap & lantai disapu bersih. Jangan biarkan pinggan penuh singki dan tunggu eosk pagi baru nak basuh. Bila macam ni esok bangun pagi banyak lagi kerja lain ibu nk kena buat.

Nak basuh baju, nak sidai baju,nak masak lagi. Jadi yang mana boleh settle malam buat siap-siap malam tu. Yang ni laki kena bagi kerjasama. Contohnya selepas makan. Ankanak semua dah basuh tangan. Suami berehat dengan ank-anak. Bagi masa kat isteri kemas dapur.

Ni  tidak habis makan, suami basuh tangan ambik rokok dan pergi hisap. Bila anak menangis panggil isteri…oh…ni SALAH. Jangan buat macam ni ye…

IKLAN

BARANG DAPUR

Bagi ibu-ibu yang bekerja…barang dapur dan ikan saya beli setiap hujung minggu. Beli siap-siap ayam, ikan, daging apa semua dan cuci masukkan dalam bekas. Simpan siap-siap untuk sekali masak. Nanti nak maask senang.

BASUH,SIDAI & LIPAT BAJU

Tips Rumah Sentiasa Kemas & Ibu Tak Stres Walau Pun Anak Ramai & Masih Kecil

Saya guna bakul yang  tak seberapa besar. Beli kat kedai ECO RM2. Sebab apa lagi besar bakul, selagi tak penuh selagi tu kita tak basuh baju. So bila bakul kecik  maka ia cepat penuh untuk dibasuh

Bila basuh dan mesin berhenti terus ambik sidai. Bukannya basuh hari ni esok baru nak sidai ye. Itu cara tak betul

Lepas tu bila petang angkat baju tu malamnya lepas makan sambil-sambil sembang dan  menonton tv  bolehlah sambil itu lipat kain baju. Barulah kain baju tak menggunung.

IKLAN

Boleh dah ajar ank-anak lipat. Bukan kita dera anak-anak. Kita ajar supaya mereka berdikari. Seperkara lagi, bila mereka lipat sendiri secara automatik mereka tidak sepahkan almari baju mereka. Kerana nanti yang kena kemas dan lipat balik ialah mereka. Kalau mama papa yang buat mereka main tarik ja baju-baju tu. Mak is stress dengan almari baju anak-anak.

RUANG TAMU
Tips Rumah Sentiasa Kemas & Ibu Tak Stres Walau Pun Anak Ramai & Masih Kecil

Bangun pagi ambik baju masul dalam mesin basuh. Sambil-sambil baju dok basuh tu la kita menyapu dan mengemop lantai. Bila hari-hari kita sapu, maka sampah tidaklah banyak dan tak rasa stres dan nak letih sapu sampah.

BILIK

Tips Rumah Sentiasa Kemas & Ibu Tak Stres Walau Pun Anak Ramai & Masih Kecil

Pastikan pakai cadar yang senang nak diurus..Saya gunakan cadar patchwork. Bangun pagi tak perlu nak tarik-tarik untuk kemas, sebab katil sentiasa kemas. Anak-anak lompat pun katil masih tak berselerak. Siapa tak pernah pakai cadar ni cuba try..Confirm tak stres dah nak kemas katil pagi-pagi lepas ni?

Sekadar perkongsian

#UmmiAnakRamai #TipsElakkanStress #IbuBekerja #momOf4

Sumber: Puan Nas Adillah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI