Sejak berkahwin pada Januari tahun lalu, penyanyi Hazama dan isterinya Genervie Kam masih belum ada rezeki dikurniakan czuriat apabila isterinya mengalami keguguran pada Mac lalu.

Bagaimanapun, Hazama tetap reda dengan ketentuan Illahi dan menganggap belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Hazama mengakui dirinya cemburu melihat pasangan lain yang sudah dikurniakan anak.

Tiub Fallopio Sebelah Kiri Isteri Perlu Dibuang. Hazama Tak Bagi Tekanan Pada Isteri Dapat Anak

Percaya percaturan dari Allah

Apabila melihat orang lain yang kahwin lambat daripada saya, tetapi sudah ada anak, saya akui agak cemburu. Saya selalu bertanya pada diri bila pula giliran saya. Saya gembira untuk mereka. Mungkin belum rezeki saya dan isteri.

Memang sedih, tapi saya sudah dimaklumkan mengenai keadaan isteri apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.

IKLAN

Hazama mempercayai hikmah yang berlaku terhadap diri dan isteri ketika ini. Malah, dia belajar untuk memahami masalah wanita dan juga belajar untuk menjaga perasaan isterinya.

Tiub Fallopio Sebelah Kiri Isteri Perlu Dibuang. Hazama Tak Bagi Tekanan Pada Isteri Dapat Anak

Ada hikmahnya juga perkara ini berlaku kerana saya jadi faham masalah wanita. Apatah lagi perkara sebegini sangat penting. Pada masa sama, saya tak nak berikan tekanan kepada isteri. Saya faham, dia paling terasa, apatah lagi sudah berusia 38 tahun. Dia memang inginkan anak.

IKLAN

Bagi menjaga dan menyenangkan hati isteri, saya selalu cakap Allah sengaja tidak berikan anak lagi kerana inginkan kita ada kualiti masa bersama sebagai suami isteri.

Isteri memang nak sangat anak

Memang ada cara lain untuk dapatkan anak seperti teknik IVF, tetapi saya tak nak ke arah itu dulu. Kalau boleh nak cuba cara normal juga. Lagi satu, saya beranggapan sudah tiba masanya kena betulkan diri dulu. Mungkin baru ada rezeki.

IKLAN

Tiub Fallopio Sebelah Kiri Isteri Perlu Dibuang. Hazama Tak Bagi Tekanan Pada Isteri Dapat Anak

Hazama bersyukur kerana keluarganya tidak mendesak dalam soal memiliki anak. Malah, keluarga dua belah pihak sentiasa memberi sokongan positif buat mereka.

Keluarga tidak pernah mendesak. Masing-masing faham situasi berlaku. Malah mereka berkongsi kasih sayang. Macam abang saya, dia ada tiga anak. Jadi, saya dan isteri berkongsi kasih sayang dengan anak saudara.

Perkara ini tidak memberikan tekanan untuk saya. Cuma, sesekali saya perasan isteri terasa terutama setiap kali dia datang bulan. Dia memang nak sangat anak. Saya selalu pesan kena banyakkan bersabar.

Sumber: metro online dan Instagram MrHazama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI