TMJ, Isteri Rai Birthday Puteri Sulung. Sambut Sederhana & Meriah Dengan Sebiji Kek!

Share

Sambutan ulang tahun kelahiran puteri sulung, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, mendapat pujian ramai apabila disambut secara sederhana.

Hanya sebiji kek princess dan ciuman daripada babah, mama serta adik-adik menunjukkan kasih sayang yang erat buat keluarga diraja ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Tunku Ismail menzahirkan rasa kasih sayang dan mendoakan anakanda baginda yang mesra dipanggil Lili agar sentiasa diberkati Allah SWT.

“Happy birthday to my beloved daughter, Khalsom. Semoga Allah sentiasa memberkati Lili always. Babah and mama love you very-very much,” kata Tunku Ismail.

Momen sambutan hari lahir anakanda Tunku Ismail itu memaparkan beberapa keping foto baginda sekeluarga kelihatan gembira selain dengan sebiji kek yang comel untuk Tunku Khalsom yang mencecah usia lima tahun.

Perkongsian di Facebook Tunku Ismail telah meraih lebih 37 ribu tanda suka dan semuanya mendoakan kesejahteraan buat anakanda baginda.

Sementara itu, menerusi Instagram, isteri kepada TMJ iaitu Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut berkongsi detik istimewa ini dengan menitipkan ucapan buat puteri kesayangan mereka.

“Happy birthday to my 1st born. One day you will be able to read this message Lili and I want you to know that mama love you very much. Since the day you were born, you have been such a great delight,” katanya.

Kagum sikap sederhana keluarga TMJ

“Suka tengok kebahagiaan keluarga Diraja ni… So Sweet”

“Simple celebration sambutan yg sederhana..kagum walaupun mereka keluarga DiRaja”

“Sambutan Ulangtahun yang sederhana dari keluarga DiRaja. Saya amat kagum dgn cara dan peradaban ini. Masyallah.”

Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda yang berkahwin pada 2014 turut dikurniakan dua orang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim serta seorang lagi puteri, Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Kredit: Facebook HRH Crown Prince of Johor & IG YAM Che’ Puan Besar Khaleeda

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Published by
Wan Amy