Kisah penderitaan Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farhan, 4 bulan yang disahkan penghidap kanser otak (Medullastoma) tahap 4 dan ketumbuhan buah pinggang selepas 21 dilahirkan ternyata mendapat perhatian ramai.

Nishka disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya yang agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Artikel berkaitan:[ Tiap Hari Menangis Tengok Nishka Dicucuk, Bayi Derita Kanser Otak Bakal Dibedah Kali Ke-4 ]

Penderitaan Nishka turut mendapat perhatian beberapa selebriti terkenal tanah air termasuklah penyanyi nombor satu Negara, Dato Sri Siti Norhaliza dan juga Usahawan selebriti terkenal Mawar Karim.

Dato Siti dalam posting nya yang dibuat baru-baru ini mendoakan kesejahteraan Nishka, dalam doanya Dato Siti memohon supaya Allah memberikan segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.

“Ya Allah berilah segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.. aaminn.. Doa adalah senjata ..Marilah kita ambil sedikit masa untuk mendoakan malaikat kecil ini.. Besar & hebat dugaan ibu ayah mu nak… tapi Besar juga hikmah Allah SWT berikan”

“Mohon share agar semua boleh doa utk Nishka….Allahuakbar…Allahuakbar..
ya Allah sembuhkn Nishka..Selamatkan Nishka”

IKLAN

Perkongsian yang mendapat lebih daripada sejuta tontonan itu turut disusuli dengan lebih empat ribu komen yang turut sama mendoakan baby Nishka.

Mawar Karim Melawat Baby Nishka di Kelantan

Dalam perkongsian Mawar Karim yang berkesempatan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang semalam, dia sempat ke HUSM untuk melihat sendiri perkembangan terbaru Nishka.

Dalam postingnya itu, ibu kepada Maryam ini mendoakan agar Allah memberikan kesembuhan kepada Nishka. Menurutnya lagi ujian yang diberi kepada ibu Nishka ini memang hebat, dia sendiri tidak mampu melihat bayi secomel Nishka menanggung derita kesakitan, tapi ibunya masih mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya menyimpan seribu duka.

IKLAN

Tok Ti, Mawar Karim Mohon Warga Net Doakan Kesembuhan Nishka, Bantu Apa Yang Boleh!

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, Mawar Karim turut memaparkan nombor akaun bank milik ibu Nishka; Khairiah Kamarudin bagi memudahkan orang ramai yang ingin membuat sumbangan.

“Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan dan lawan segala sakit. Ya Allah baby Nishka sangat cute strong girl.Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik-baik rancang Allah tentukan. Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang saya terus datang melawat.”

IKLAN

“Setiap ujian di hadapi berbeza-beza. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka. Saya sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan.”

Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. ( No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin )”

View this post on Instagram

Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan n lawan segala sakit. Ya Allah baby Nishka sangat cute ??,strong girl.Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik2 rancang Allah tentukan. Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang sy terus datang melawat. – Setiap ujian di hadapi berbeza2. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka. Sy sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan. – Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. ( No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin ) – (#pleaseshareforbabynishka #prayforbabynishka )

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Marilah kita semua sama-sama mendoakan semoga semua urusan rawatan Niska dipermudahkan dan anak kecil ini disembuhkan daripada segala penyakit yang ada. Bagi yang ingin membantu boleh buat demikian dengan menyalurkan bantuan anda ke akaun bank milik ibu Nishka.

Sumber/foto: Instagram CTDK, MAWAR KARIM

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI