Tol percuma sempena Deepavali, 29 dan 30 Oktober – Menteri Kerja Raya. Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari bersempena dengan Hari Deepavali 2024, iaitu pada 29 dan 30 Oktober 2024.
Tol Percuma Sempena Deepavali, 29 & 30 Oktober – Menteri Kerja Raya
Sempena sambutan perayaan Deepavali, pengguna lebuh raya akan menikmati tol percuma bermula 29 Oktober hingga 30 Oktober ini. Pemberian tol pecuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam, 29 Oktober 2024 (Selasa), sehingga jam 11.59 malam, 30 Oktober (Rabu).
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, tol percuma ini bakal dilaksana di semua lebuh raya di seluruh negara.
Ia akan bermula tepat jam 12.01 tengah malam pada 29 Oktober, dan berakhir pada 11.59 malam, 30 Oktober (Rabu).
“Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta itu akan ditanggung oleh Kerajaan Madani dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.
“Pengecualian tol akan diberikan hanya kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim.
“Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya agar memanfaatkan kemudahan ini dengan bijak dan merancang perjalanan dengan rapi bagi memastikan kelancaran trafik.
Ads
“Pada masa sama, saya mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan semua syarikat konsesi lebuh raya memohon supaya semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
“Berehatlah jika keletihan dan mengantuk. Bersama-samalah kita semua bekerjasama dalam menjadikan lebuh raya kita selamat, bersih dan selesa serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya Malaysia,” tambahnya lagi.
Jangan marah kalau isteri kuat makan atau suka sangat kirim makanan pada suami. Ada masanya selera makan itu datang tanpa dipinta. Mungkin sebab letih sangat dan mahu kurangkan stres, makan adalah cara yang terbaik.
Sesekali cuba suami duduk di rumah dan ambil alih tugas harian isteri. Itulah yang dilakukan oleh suami ini, Mohd Khairul Azuan. Katanya letih buat kerja suri rumah dan mengasuh anak seorang. Fahamlah dia kenapa seronok sangat bila isteri bila dibelikan makanan oleh suami.
Puas Hati Tengok Isteri Bawa Balik Makanan!
Penat jadi suri rumah. Saya baru jaga Umar sorang pun dah penat habis.
Tapi penat semua hilang bila wife balik kerja bawak balik makanan yang banyak. Nasi beriani takde dalam gambar 😂 Pastu dah balik rumah siap hidang lagi kat kita.
Begini rupanya perasaan isteri yang jadi suri rumah bila suami bawa balik makanan atau bawa makan luar. Hilang penat. Bukan penat jaga anak atau rumah sebenarnya tapi penat hadap dalaman rumah je seharian.
Sebab tu lah kadang-kadang ada wanita yang sampai kena refer psychiatrist sebab tekanan hidup. Anak 4-5 orang kecik-kecik. Suami ingat senang kot jaga. Try sehari dua.
Dah seharian saya jaga sorang anak kat rumah ni baru tahu penatnya suri rumah. Saya rela kerja penat siang malam cari duit dari teruskan kerja ni.
Mulia kerja suri rumah. Dan tak pelik isteri yang kita kahwini dulu lembut suara lembut macam Nora Danish, sekarang dah jadi Bandi Amuk.
Sekian. Nak makan jap.
Biar isteri mahupun suami, sebenarnya kedua-duanya mempunyai tanggung jawab yang berat. Setiap seorangnya mempunyai peranan tersendiri untuk memastikan hidup berkeluarga kekal harmoni berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemurahan hati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memang sudah diketahui ramai. Bukan sahaja ketika PKP dilaksanakan malah sebelum ini pendakwah ini memang sering kali dilihat bermurah hati menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak mengira bangsa, agama dan status kehidupan.
Sepanjang PKP yang berjalan lebih kurang 18 hari ini pula Ustaz Ebit Lew turut memberikan sumbangan berupa barangan keperluan yang diperlukan oleh frontliners yang bertugas dalam merawat pesakit-pesakit Covid-19.
Terbaru dalam Facebooknya, Ustaz Ebit Lew mengunjungi tapak pembinaan yang rata-ratanya dihuni oleh pekerja-pekerja tapak pembinaan yang merupakan warga asing. Mereka semua dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran PKP yang berlangsung.
Dalam perkongsiannya itu, Ustaz Ebit Lew menyatakan ada yang sampai sudah putus asa dengan hidup kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran mendapat gaji hari dari majikan.
Agihkan Beras dan Makanan Lain
Pekerja-pekerja pembinaan yang terdiri daripada warganegara Indonesia dan Bangladesh dilihat begitu susah kerana ada yang mempunyai bayi kecil serta hidup bersesak di tapak pembinaan tersebut.
Melihat kesempitan hidup yang dialami, Ustaz Ebit Lew mengagihkan puluhan kampit beras serta set makanan dan keperluan lain untuk warga asing di sana teruskan kehidupan.
Turut menyumbang kepada warga tempatan
Ternyata usaha murni Ustaz Ebit Lew adalah untuk semua orang. Dalam perkongsian yang sama, dia juga turut menyumbangkan kepada warga tempatan yang merupakan golongan asnaf dan juga orang tua. Jika ada yang ingin membuat sumbangan melalui Ustaz Ebit Lew boleh menyalurkan ia ke akaun CIMB milik Pertubuhan Kasih Umat Manusia.
Menangis bila dengar 30 keluarga lapar dah putus bekalan makanan. Ada dengar seorang keluarga putus asa dan rasa macam nak mati cuba buat benda bukan-bukan.. Sedih. Sebab mereka semua dah tiada gaji. Gaji hari kerja semua stop. Jadi dah tiada duit lagi. Kosong. Duit sebelum ni hantar balik kampung. Ada baby pampers dah habis. Takde duit dah nak beli. Ya Allah walau mereka dari jauh-jauh. Duduk di tapak pembinaan. Menangis tengok baby comel tu.
Saudara saya yang saya kasihi susah dari Indonesia dan Bangladesh. 16 keluarga dari Indonesia. Kerja buruh kasar begini. Syukur dapat hantar 30 kampit beras dan 30 set barang dapur beserta mask untuk mereka. Ada seorang nama yayan sebak kerana katanya selalu dengar ceramah saya dari Indonesia lagi. Sebak dapat jumpa hari ini.
Ya Allah tuhanku. Sebak rasa hari ini. Hari ini 30 grab motor dan kereta hantar ke madrasah yang perlukan 100 kg beras seminggu ,rumah orang tua, dan juga rumah asnaf-asnaf. Dah habis bekalan kami dalam 3hari. InsyaAllah akan topup 1 lori 10 tan lagi. Doakan yer. Allahu. Ya Allah maafkanlah kami ya Allah..tak dapat bantu semua.
Tak tahu apa yang terlintas di fikiran suami ini saat memukul dan bertindak kejam pada isterinya. Rakaman video yang tular semalam itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Kejadian yang dirakam oleh seorang individu sebelum memuat naik di media sosial itu telah memudahkan pihak polis untuk buat siasatan lanjut setelah laporan polis dibuat.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan adalah bekas suami penyanyi dangdut popular yang bertindak kejam apabila membelasah wanita dipercayai isteri baharunya.
Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular semalam.
Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.
Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.
Mangsa mengalami trauma
Sementara itu, individu yang memuat naik video berkenaan berkata, laporan polis sudah dibuat dan mangsa kini mengalami trauma.
“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.
“Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut di bantai (pukul) lelaki terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.
“Kami sudah terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan lanjut sedang diambil,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.