Inilah nilai sebuah persahabatan bila mana sanggup membantu insan istimewa lain di saat amat memerlukan bantuan.
Tindakan dua sahabat kepada anak istimewa ini seharusnya diberikan pujian bila mana membantu rakan istimewa lain dengan ikhlas ketika anak kecil itu ingin ke tandas.
Perkongsian Sylvester yang memuat naik dua keping gambar anak-anak kecil ini menjentik hati kita. Betapa mulianya kasih sayang dan erti persahabatan anak-anak kita.
Erti sebuah persahabatan. Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan 3 sahabat ini ( Murid tahun 1).
2 orang rakannya tengah membantu untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.
Murid “J” ini sememang nya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri.
Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (Agak slow).
Tapi yang membuatkan saya bangga dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengan dia.
Bahkan kadang-kadang kawan-kawan dia sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah.
Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain.
Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepada dia walaupun mereka masih di usia 7 tahun.
Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dah siap.
Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Sylvester