“Tolong Doakan.” Kritikal Selepas Termakan Racun, Ibu Harap Khayla Kuat!

Share

Sesuatu perkara kalau nak jadi sekelip mata saja. Anak yang sihat tiba-tiba boleh sakit memang buatkan semua ibu bapa rasa terduduk seketika. Tambah pula sebelum itu lihat anak bermain dengan gembira.

Situasi ini berlaku kepada seorang ibu, Puan Nurhidayah Azman apabila anak keduanya yang berusia dua tahun, Ku Nur Khayla Binti Ku Muhammad Shukri, setahun kini sedang kritikal setelah termakan racun ketika balik bercuti raya di rumah neneknya.

Sebagai ibu dia memohon doa orang ramai mendoakan Khayla dapat kembali sembuh dan kesan racun itu tidak memberi sebarang kemudaratan pada dirinya.

Belum dapat kenalpasti jenis racun

Assalamualaikum,

Dengan rendah hati Dayah nak minta jasa baik semua untuk doakan anak Dayah (Ku Nur Khayla) yang sedang kritikal kat ICU, sebab termakan racun yang tak dapat dikenalpasti.

Dayah merayu sangat-sangat, tolong sama-sama doakan kesembuhan anak Dayah sekarang ni yang tengah berjuang untuk kembali sihat.

Semoga ada doa antara kita yang Allah angkat dan makbulkan.

Tolong share kat kawan-kawan facebook, Dayah nak minta DOA saja dari kalian. Allahuakbar 😭

“Sedar-sedar dah ada bekas tertumpah serbuk..”

Berkongsi lanjut mengenai kejadian tersebut, Nurhidayah memberitahu kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari (11 Mei).

Khayla dipercayai termakan serbuk ini yang mengandungi racun.

“Saya balik beraya di Kedah rumah mak saya. Saya pun tak perasan bekas racun tu kat mana, tengok-tengok dah ada bekas tertumpah serbuk.

“Kurang dari 10 minit dia terus lemah. Terus bawa Khayla ke hospital berdekatan. Doktor terpaksa tidurkan dia untuk proses buang racun.

“Keadaan Khayla sekarang masih kritikal. Saya dan suami tak dapat tunggu di hospital. Doktor suruh balik dulu dan akan call dari semasa ke semasa untuk update terkini,” katanya kepada Pa&Ma.

Kredit: Nurhidayah Azman

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy