“Tolong Doakan Saya.” Rajin Bersedekah Waktu Pregnant, Waktu Bersalin Semuanya Mudah

Share

Setiap ibu hamil pasti akan merasa risau dan gelisah jika membayangkan proses bersalin. Sering tertanya-tanya bagaimana keadaannya nanti ketika dalam proses melahirkan anak. Mudah ke, susah ke. Hari-hari berdoa agar dilancarkan segala urusan.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita, bagaimana amalan bersedekah membantunya untuk mudah bersalin. Ikuti perkongsian ceritanya ini:

Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession ni. Sedikit pengenalan, aku Yang bukan nama sebenar dan baru sahaja melahirkan anak pertama.

Tujuan aku menulis ni selepas terbaca kisah wanita mengandung yang bergaduh dengan runner mcd sebab caj COD. Aku tak nak cerita panjang pasal perkara tu sebab aku tak ada dekat tempat mereka dan aku tak tahu jalan cerita yang sebetulnya.

Berbalik pada cerita, aku disahkan mengandung selepas 2 bulan aku berkahwin. Masa tu aku dah mengandung sebulan. Perjalanan aku mengandung, Alhamdulillah sangat mudah.

Aku tiada alahan, langsung tak ada morning sickness malahan sepanjang mengandung aku tak pernah muntah walau sekali pun. Aku juga tak mengidam apa2 dan aku boleh makan semua yang aku nak.

Aku juga boleh buat kerja seperti sebelum mengandung. Berjalan jauh, naik turun tangga walaupun dah sarat dan macam2 lagi. Mungkin disebabkan hormon, rambut aku juga tak gugur langsung padahal sebelum mengandung rambut gugur macam kena potong.

Suami aku sendiri tegur, rambut aku dah tak gugur sebab dia tak perlu buang rambut aku dalam bilik air dah. Kalau tak, tu la kerja dia dok kutip rambut aku hari2. Haha.

Pengakuan Lain: [“Bukan Calon Pilihan.” Nak Tumpang Kasih, Wanita Ini Usaha Menangi Hati Ibu Mertua]

Selalu orang cakap, kalau masa mengandung senang, masa bersalin susah. Aku memang risau sungguh la. Dah lah anak pertama, tak ada pengalaman langsung bersalin. Tawakal jela. Lagi perit masa PKP ni, hospital dah tak benarkan suami temankan.

Allah, jangan cakaplah perasaan aku masa tu. Tapi nak tak nak kena terima lah. Tak kan nak suruh anak aku duduk dalam rahim sampai habis PKP. Nak jadi cerita, anak aku lahir awal sebulan. Ada pendarahan sikit dan perut aku mengeras.

Jadi aku dan suami buat keputusan pergi hospital walaupun aku belum cukup bulan lagi. Aku sampai hospital pukul 4. Suami aku turunkan aku, nurse bawa aku untuk urusan pendaftaran dan suami aku pergi parking kereta.

Lepas selesai urusan pendaftaran, aku ditolak kedalam untuk diagnosis. Doktor pertama check cakap bukaan dah 6 cm. Doktor kedua pula check untuk confirmation sebab dia ingat Doktor pertama salah diagnosed, aku kan baru 8 bulan plus aku tak ada rasa sakit contraction.

Tapi Dr kedua check cakap bukaan dah 7 cm. Kelam kabut lah nurse2 tolak aku pergi labor room. Sampai saja dekat labor room, bukaan dah 9 cm.

Yang sambut kelahiran anak aku, 3 orang nurse. Seorang depan aku, 2 orang lagi kiri kanan aku. Nurse depan aku pecahkan air ketuban dan bermulalah episod teran meneran.

Bayangkan keadaan aku yang tiada langsung rasa sakit contraction, pergi hospital pun sebab ada pendarahan sikit dengan perut mengeras tiba2 diminta meneran. Nak cakap yang aku punya lah tak ada langsung rasa sakit contraction, sampai aku boleh rasa kena gunting hidup2.

Orang cakap sakit contraction terlalu sakit sampai kena gunting pun tak rasa. Yang aku ni tak ada langsung rasa sakit contraction, bila kena gunting, memang menggigil lah kaki aku.

Nurse minta aku teran, katanya perut aku mengeras lagi, mungkin dia ingat aku tengah contraction, aku pun layankan jela. Tapi bukan anak aku yang keluar, nasi goreng yang suami aku buat sarapan pagi tu yang keluar.

Yela dah suruh teran2, aku pun teran lah sekuat hati sampai perut aku keluarkan balik makanan pagi tu. Dah habis muntah, tiba2 suami aku masuk.

Mula2 aku dah tak sedap hati, elok2 tak ada lelaki, eh tiba2 ada lelaki. Rupanya suami aku. Dalam hati aku, eh bukan ke suami tak boleh teman. Alhamdulillah rezeki aku suami ada masa bersalin.

Pihak hospital masih benarkan suami teman. Elok je suami aku sampai, anak aku pun lahir. Kronologi dia, pukul 4 sampai hospital, pukul 4.15 dah ada dalam labor room dan pukul 4.28 anak aku lahir.

Terlalu cepat, 13 minit je dalam labor, anak aku dah lahir, sampai aku sendiri dah lupa macam mana anak aku keluar. Tak ada sakit contraction, sakit yang ada cuma kena gunting dengan kena jahit je.

Lepas kena jahit, aku terus minta nak mandi. Yela, kau dah muntah, lalu ke nak biar je.

Nurse minta aku rehat sebab aku baru je bersalin, tapi aku langsung tak rasa penat. Aku cuma nak mandi je. Bersihkan muntah. Aku cakap lah, suami aku ada boleh temankan, barulah nurse dengan Doktor benarkan aku mandi.

Dalam labor room tu ada bilik mandi siap air panas. Serius aku cakap, kalau lepas bersalin terus mandi dengan air panas, rasa segar gila2. Dengan labor room yang sejuk, memang best gila mandi.

Pejam celik pejam celik, dah 35 hari aku berpantang. Tiba2 aku terfikir, macam mana urusan aku mengandung dan bersalin, Alhamdulillah sangat mudah. Nak cakap aku baik, rasanya dosa berlambak. Hmmm mungkin doa dari mak abah suami dengan orang sekeliling aku kot.

Pengakuan Lain: [“5 Kali Gugur, Tak Ada Rezeki Nak Ada Anak.” Salah Satu Kehamilan Wanita Ini Adalah Kembar]

Tiba2 aku teringat (tiba2 lagi..haha), masa aku mengandung, entah apa yang merasuki aku, aku suka bersedekah. Ianya berlaku secara spontan.

Bila aku belanja orang ke, tolong belikan barang orang ke atau apa je, bila mereka nak bayar atau belanja balik, mesti aku cakap tak payah cuma doakan aku mudah bersalin. Tu jela yang aku dok ratib. Masa tu tak terfikir pun pasal sedekah ni.

Cuma Allah dorong aku supaya banyak bersedekah. Tak terfikir pun sedekah akan jadi asbab aku mudah bersalin, sebab bagi aku sakit bersalin pun satu anugerah.

Tapi tu lah, sedekah ni yang aku rasa menjadi asbab kenapa proses aku mengandung dan bersalin mudah. Doa2 mereka yang aku dah tolong, Allah angkat. Moral dia, jangan takut bersedekah. Kalau Allah tak balas dekat dunia, dekat akhirat nanti Allah balas.

Maaf lah panjang pula aku bebel. Terima kasih yang sudi baca. Kalau ada masa nanti, aku cerita pula pengalaman aku jadi ummi dan berpantang.

– Yang (Bukan nama sebenar) via IIUM Confessions

Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA

Published by
Emy H