
Trend joget sebelum dapat duit raya kelihatan seakan seronok namun ia secara tersirat mengundang ketiadaan adab santun dalam menyambut hari raya.
Cakna mengenai hal itu, Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, mengingatkan wanita Islam agar tidak terpengaruh dengan budaya ‘trend’ berjoget ketika menerima duit raya.
Melalui perkongsian di Facebook, Asma’ mengkritik tindakan segelintir wanita Islam yang seharusnya menunjukkan akhlak yang lebih baik selepas bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena JOGET, pastu rakam dan post, ramai wanita Islam tua muda buat sama.”
”Syawal ibarat mereka yang balik Haji, lepas sebulan Ramadhan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan biasakan.”
Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata menyokong teguran tersebut dan menganggap ‘trend’ yang popular di media sosial itu tidak bermoral serta merendahkan martabat wanita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Assalamualaikum Ayah..” Ramai Tersentuh Tengok Video Anak Singgah Pusara Ayah Lepas Sekolah

Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan seharian apabila kita kehilangan insan yang disayangi. Rindu pasti sentiasa ada, selalu terkenangkan dia yang telah pergi.
Sebuah video di laman Tiktok @omokgendut18 tular hari ini yang memaparkan seorang kanak-kanak yang menziarahi pusara ayahnya. Dia yang dikenali sebagai Omok dilihat berjalan ke arah pusara ayah selepas balik dari sekolah.
Sebelum ke sekolah dia ada bercakap dengan foto ayahnya dan bila tamat sesi persekolahan anak kecil itu terus mengajak ibunya ke pusara arwah untuk melepaskan kerinduan.
“Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dengan gambar ayah dia. ‘Ayah, Omok nak pergi sekolah ni’.
Balik sekolah dia ajak jumpa ayah dia… lepas rindu..”
Baca Juga:
Sedihnya! Status FB Suami Reda Pemergian Isteri Sehari Lepas Bersalin, Meruntun Hati Warganet
Hampir 5 Tahun Kahwin, Pasangan Ini Kekal Positif Untuk TTC Lepas Gugur Anak Pertama Tahun Lepas
Tonton video;
Hati siapalah yang tidak sedih melihat gelagat Omok, jelas kerinduannya pada arwah ayah. Biarpun nampak tenang, kita tahu kanak-kanak ini sangat mengharapkan kehadiran arwah ayah di sisinya.
Antara komen warganet;
Semoga Omok membesar dengan sihat dan dia serta keluarga tabah dengan ujian kehilangan ‘orang kuat’ dalam keluarga. Dengan usianya yang masih kecil, anak kecil ini nampak sangat matang dan tenang. Sama-sama kita doakan agar arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh. Al-Fatihah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Anak Selebriti Teruja Kembali Ke Tadika, Mak Ayah Memang Risau Tapi Percaya Guru & Sekolah Dah Buat Terbaik!

Sejak kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua sekolah, tadika dan pusat asuhan ditutup bagi membendung penularan pandemik Covid-19. Namun setelah 3 bulan berlalu, Malaysia juga sudah menunjukkan perubahan positif dalam menanggani Covid-19, kerajaan bersetuju untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi di negara kita termasuklah membuka semula tadika.
Hari ini semua tadika di Malaysia sudah dibuka semula kepada pelajar dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Mungkin ada yang risau dan bimbang anak-anak yang ke tadika terdedah dengan risiko dijangkiti virus, namun dengan segala SOP yang diikut pastinya ia sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran ibu bapa tentang hal tersebut.
Beberapa selebriti tanah air yang mempunyai anak-anak yang dihantar ke tadika hari ini rata-ratanya berpuas hati dengan SOP yang dilaksanakan oleh tadika masing-masing. Jelas mereka kerisauan yang ada berkurangan apabila melihat sendiri apa yang dipraktikkan oleh tadika tempat anak-anak mereka belajar.
Eksklusif hari in Pa&Ma menemubual beberapa orang ibu ayah selebriti yang anak mereka kembali ke tadika.
Tadika ikut SOP, Kurangkan kerisauan ibu bapa
Sudah lama bercuti pastinya si kecil teruja untuk kembali ke sekolah. Begitu juga dengan anak kedua pasangan selebriti Norman Hakim & Memey Suhaiza, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 tahun. Menurut Memey kerisauan tetap ada tapi dia dan suaminya percaya guru-guru akan memberikan yang terbaik untuk menjaga anak-anak di sekolah.
“Bagi saya nak kata risau sangat tu tak adalah sebab saya percaya cikgu-cikgu memang dah berikan yang terbaik untuk pelajar sebelum bermulanya sesi persekolahan selepas PKP.
“Seminggu sebelum Sekolah dibuka, parents diminta jawab survey untuk hantar anak ke sekolah, mereka hantar SOP yang akan dijalankan memang lengkap dan teratur. Malah semalam pun kami tuurt diingatkan untuk bawa hand sanitizer, penutup muka dan sebagainya sabagai langkah pencegahan.
“Bila hantar anak sekolah pagi tadi pun tengok cikgu-cikgu ikut segala SOP yang ditetapkan hati pun kurang risau dah. Sebelum ni pun saya dah memang pernah bawa anak-anak keluar jadi InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja,” ujar Memey.
Risau tetap ada, puas hati dengan tadika maklum setiap tindakan
Anak kedua Irma Hasmie, Nur Naylie yang berusia 6 tahun merupakan pelajar di tadika Little Caliphs. Menurut Irma tadika anaknya itu juga turut mengemaskini tentang SOP yang dilaksanakan kepada setiap ibu bapa.
“Alhamdulillah, Little Caliphs di tempat saya memang update pada parent setiap SOP yang akan dijalankan. Contoh nya, sesi persekolahan di bahagi kepada dua iaitu waktu pagi dan petang. Selain itu mereka juga turut memberikan senarai barangan yang perlu dibawa sendiri ke sekolah.
“Pendek kata memang well prepared. Alhamdulilah so menyakinkan , terutama untuk melegakan parents yang memang risau kan tentang anak-anak.
“Persediaan dari saya dan suami sendiri sebelum Naylie kembali ke sekolah adalah dengan ikut sahaja arahan yang diberikan dan beri kerjasama. Cara lain memang akan terus beri info and knowledge kat anak-anak tentang Covid-19 juga normal baru kepada mereka. dengan cara itu saya percaya anak-anak tidak kekok dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.”
“Risau tu kena ada as parent, baru ada tindakan ambil berat kan? Setiap usaha untuk pastikan anak-anak selamat tu jangan lupa disusuli dengan doa. Kesimpulannya usaha, doa dan tawakal…sebab setiap yang berlaku atas izin kehendak Allah,” komen Irma.
Anak Happy dapat kembali ke sekolah, tapi percaya cikgu akan jaga anak dengan baik
Anak kedua Asiahtunakma Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Akma AF iaitu Fayyaaz Hamshi yang berusia 5 tahun kini sudah memulakan kembali persekolahan. Menurut Akma dia berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh tadika yang dihadiri anaknya apabila dibuka selepas ditutup akibat pandemik Covid-19.
“ Persediaan tadika anak saya, so far memang saya happy. Mereka memang sudah maklumkan awal-awal tentang apa yang diperlukan apabila sekolah dibuka nanti untuk memastikan anak-anak kita kekal sihat sepanjang persekolahan. Malah mereka juga turut menyediakan senarai apa yang perlu ibu bapa sediakan untuk anak bawa ke sekolah dan sebagainya.
“Sebagai ibu bapa saya dan suami sememangnya risau, maklumlah budak-budak kan umur 5 tahun mana nak tahu social distancing, cuci tangan dengan kerap dan sebagainya. Tapi sebagai ibu bapa saya dan suami selalu ingatkan anak-anak di rumah untuk sentiasa jagaa kebersihan setiap masa.
“Risau tu ada tapi saya percaya cikgu-cikgu di sekolah akan jaga anak kami dengan sebaiknya. InsyaAllah jadi kerisauan tu dah kurang sedikit. Anak-anak pun happy dapat ke sekolah semula setelah lama bercuti,” komennya.
Sekolah dah buat yang terbaik, selain usaha doakan anak-anak sentiasa dilindungi Allah
Seorang lagi selebriti Malaysia yang menghantar anak ke tadika adalah Diana Amir. Anak sulungnya, Khaulah Al Azwar berusia 5 tahun adalah pelajar di salah sebuah tadika swasta. Menurut Diana tadika anaknya sudah melakukan persediaan sebelum beroperasi semula.
“Persediaan yang dilakukan oleh tadika itu sendiri adalah seperti mewajibkan semua guru untuk menjalani ujian saringan Covid-19, bilik-bilik darjah di sanitasi dan juga SOP yang ketat turut dilaksanakan.
“Selain itu pembahagian kelas untuk setiap pelajar juga berbeza-beza. Macam anak Diana seminggu hanya 3 kali sahaja dia perlu ke sekolah dan ada dua sesi supaya tidak terlalu ramai pelajar dalam satu-satu masa.
“Diana dan suami memang sebelum anak memulakan persekolahan sentiasa berpesan kepadanya untuk sentiasa jaga kebersihan, pakai penutup muka dan tidak berkongsi menggunakan stationery atau botol air dengan rakan-rakan sekelas.
“Risau tu memang risau tapi Diana percaya sekolah pun dah buat yang terbaik dan kita pun tahu apa yang berlaku tu dengan izin Allah, Diana percaya anak Diana, Khaulah berada dalam keadaan baik. Banyak berdoa kepada Allah supaya anak-anak kita dilindungi dan dijauhkan daripada wabak penyakit yang merbahaya. Kita dah usaha sehabis baik selebihnya kita berserah kepada Allah,” ujar Diana
Sekolah tak benarkan pelajar bergejala hadir
Berpeluang menghantar sendiri anak ke tadika membuatkan Zeana Ramli, isteri kepada Ezad Lazim berpuas hati dengan SOP yang dibuat ditadika anaknya. Merupakan hari pertama persekolahan buat Putera Muhammad Darwish yang berusia 5 tahun, selepas keluarga Ezad berpindah ke rumah baharu.
“Tadi saya hantar anak ke sekolah, ibu bapa memang tak dibenarkan masuk sama sekali. Pemeriksaan suhu dibuat untuk setiap pelajar yang hadir dan mereka perlu membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.
“Risau memang risau, tapi sebelum pilih tadika yang baharu ni saya dan suami memang survey dahulu. Kami berpuas hati dengan SOP yang dibuat dan mempunyai tidak ramai pelajar. Malah pelajar yang bergejala atau demam memang tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Jadi kami rasakan anak lebih selamat bila belajar dengan tidak ramai pelajar,” ujar Zeana.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Jasad Ayah Ditemui Segera…” Anak Mangsa Pesara Felcra Luah Sebak

Pilu hati apabila mendapat tahu ayah dicampak ke dalam sungai dengan kejam. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan betapa sedihnya dengan sikap kejam!
Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis tentang kejadian yang menimpa bapanya itu.
Menurut laporan Sinar Harian, perbuatan suspek yang mencampak bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, ke dalam sungai dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat disifatkan sangat kejam oleh anak mangsa.
Dakwa anak bongsu mangsa itu, suspek tersebut dipercayai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah bapanya di Baling.

“Tindakan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang ayah dalam sungai.
“Saya difahamkan ayah juga melayan suspek dengan baik,” katanya yang turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini pada Isnin.
Jelas Muhammad Amir Hakimi, mereka sekeluarga mengharapkan agar jasad bapanya ditemui secepat mungkin.
“Saya dan dua kakak juga akan melakukan solat hajat sekali lagi dan berdoa agar jasad ayah ditemui dengan segera,” ujarnya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan misteri kehilangan Sabari di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat suspek, Sabari dikatakan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI