
Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima hadiah berbentuk wang tunai daripada peminat ciliknya menerusi satu kiriman surat berserta dompet yang berisi wang sebanyak RM5.50.
@aqilzulkiflee
Tolong la jangan bagi Aqil duit tau Aqil dah kaya la 😭
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Menerusi perkongsian video di TikTok, Aqil mendedahkan hadiah tersebut diberikan oleh dua orang peminat bernama Dayana dan Danish. Walaupun niat mereka amat murni dan menyentuh hati, Aqil berpendapat bahawa hadiah sebegitu tidak wajar diterima kerana bimbang akan membebankan mereka.
“Ada peminat beri hadiah nama dia Dayana dan Danish. Mereka beri dompet tetapi dalam dompet ada duit sekali. Ibu bapa awak bagi duit untuk belanja di sekolah dan kalau ada duit lebih boleh simpan,” jelasnya dalam video tersebut.

Aqil menjelaskan bahawa dia lebih selesa jika peminat hadir sekadar untuk bertemu atau menyokong tanpa membawa apa-apa hadiah, apatah lagi dalam bentuk kewangan. Katanya lagi, dia tidak memerlukan hadiah wang kerana sudah mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
“Sila mesej (DM) saya sebab nak pulangkan duit yang awak beri. Saya akan pulangkan dua kali ganda dari wang yang awak beri tu,” ujarnya sambil berseloroh.

Tindakan Aqil yang berpegang kepada nilai empati dan keprihatinan ini meraih pujian ramai netizen yang turut tersentuh dengan keikhlasan peminat-peminat kecil tersebut. Dalam dunia digital yang serba pantas dan materialistik ini, momen seperti ini menjadi peringatan tentang nilai kasih sayang dan penghargaan yang tulus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri Tag Suami Di Socmed Tu Bersebab. Berat Sangat Ke Nak Like & Komen Di Situ?

Sudah menjadi kebiasaan, jika ada posting di media sosial yang berkait dengan soal rumah tangga atau pengurusan anak-anak, isteri cenderung untuk tag nama suami. Bukan apa, mahu berkongsi maklumat. Supaya sama-sama tahu dan menambah pengetahuan.
Jarang sekali kita lihat suami komen panjang pada tag si isteri. Paling tidak hanya beri tanda like atau komen noted sahaja. Sekurang-kurangnya suami begini masih ada inisiatif untuk respon kepada si isteri. Walaupun mungkin isteri tetap tidak berpuas hati kerana hanya meninggalkan tanda like dan noted sahaja, tetapi ia lebih baik dari si suami berdiam sahaja tanpa respon.
Artikel Menarik: [Keracunan Walaupun Hanya Minum Susu Ibu. Bila Periksa Rupanya Botol Bercalar]

Sebagai seorang suami, pengguna laman Facebook, Najmi Nawawi, berkongsi pendapatnya tentang hal ini. Katanya, dia memahami yang golongan lelaki memerlukan masa untuk membaca dan hadamkan sesuatu maklumat. Lelaki suka fikir betul-betul dan kaji setiap post yang dikongsikan, cuma katanya lagi sebagai suami harus lebih pantas untuk absorb info-info penting begini.
Jika isteri suka tag kita dekat post-post di FB. Itu tanda isteri sayang pada kita. Lagi banyak dia tag, lagi bagus. Dia rasa post-post tu bermanfaat, jadi dia nak ‘share’ dengan kita agar sama-sama dapat manfaat.

Kalau boleh, paling tidak pun, kita komen la sikit. Kalau rasa susah nak komen, belajar mulakan dengan bagi like dulu. Apa susah, click sahaja tanda ‘thumbs up’ tu.
“Abang ni bukan baca pun, tekan like je.”
Sebab itu kalau boleh kita kena komen juga sikit. Tahu-tahu sahajalah perempuan ini detail. Dan mereka ini jenis suka dengan kesungguhan orang lelaki. Jadi komenlah sikit, paling kurang tulis noted.
Artikel Menarik: [Anak Suka Tarik Rambut Sendiri Bila Menangis Ada Sebab!]
“Setakat noted, bukan baca pun tu.”
Oh lupa, kenalah komen panjang sikit. Kalau pendek-pendek macam tu, nampak kurang kesungguhan. Apa salahnya luangkan beberapa saat tambahan untuk panjangkan komen setidaknya satu ayat.
“Tengok tu, post tentang lain, komen tak ada kaitan. Tak baca la tu.”
Ha. Sebab itulah janganlah terus laju komen, baca tu wajib. Jangan nak selamat je. Isteri nak berkongsi manfaat post berkenaan dengan kita. Bacalah dengan hati yang ikhlas, percayalah komen kau pasti disukai nanti.

“Abang ni, dah lama tag. Bukan nak balas cepat. Orang lain punya post laju pulak komen.”
Ya, aku tahu, kita ini orang lelaki kalau nak baca dan hadam, memang ambil masa. Kita nak fikir betul-betul dan kaji post berkenaan. Tetapi kita kena belajar untuk ‘absorb’ info penting dengan pantas. Kalau boleh, respond-lah tag isteri kurang dari 30 minit pertama dengan komen paling bernas. Biar nampak bijak.

p/s : Kesimpulannya, balas tag dengan like dan komen dengan huraian berkaitan post, ditambah dengan hujah sokongan yang bernas.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Najmi Nawawi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awalnya Main-main Je…’ – Kini Aneesa Bakal Main Boling Di SUKMA.

Bakat Tidak Lahir Sendiri, Ia Disemai Dengan Sokongan
Setiap anak datang ke dunia dengan potensi yang luar biasa — ada yang bijak dalam akademik, ada pula yang menyerlah dalam bidang sukan atau seni. Namun potensi ini ibarat benih, dan hanya akan tumbuh menjadi pohon yang subur jika disiram dengan kasih sayang, kepercayaan, dan sokongan. Kisah adik Aneesa, pemain boling muda dari Akademi Syaidatul Afifah, membuktikan bahawa minat seorang anak, jika disokong oleh ibu bapa, mampu menjadi laluan kejayaan yang sebenar. Bukan kerana dia dilahirkan hebat, tetapi kerana dia diberi peluang untuk menjadi hebat.
Asal Mula: Bila Minat Bermula Dari Rumah
Aneesa tidak terus menyertai sukan boling sebagai satu impian — ia bermula secara sederhana, seperti yang dikongsikannya:
“Awalnya dari ibu saya, di mana saya hanya bermain saja-saja. Selepas itu akademi saya mencari pemain baharu, jadi saya minta ibu saya UNTUK TURUT SERTA, dan akhirnya saya diterima untuk menjadi salah seorang pemain boling di akademi tersebut.”
Minat yang kecil itu mula tumbuh apabila ibunya, Puan Rafidah, menyedari sesuatu yang lebih mendalam pada diri anaknya:
“Awalnya saya mula hantar Aneesa bila saya nampak minat dia yang lebih mendalam dalam sukan boling ini. Bukan dari itu sahaja, Aneesa juga mula pupuk perasaan minat selepas menonton video-video coachnya iaitu Syaidatul Afifah. Dari situlah saya memupuk perasaan yakin untuk beri sepenuh sokongan kepada Aneesa.”
Komitmen & Disiplin: Bila Anak Bersedia, Ibu Bapa Menyokong
Setiap kejayaan kecil Aneesa bukan dicapai dengan mudah. Ia dibina atas latihan yang berterusan dan kesungguhan yang luar biasa. Bila ditanya tentang latihan harian:
“Saya ambil masa 2 jam setiap kali latihan.”
Di sinilah keajaiban terjadi — apabila ibu bapa tidak hanya melihat latihan sebagai aktiviti sampingan, tetapi sebagai satu jalan untuk membina jati diri, disiplin dan daya tahan. Dan Aneesa membuktikan, dengan sokongan, anak-anak mampu mengurus masa, semangat, dan cabaran dengan cara yang luar biasa.
Perspektif Jurulatih: Bila Guru Percaya, Anak Makin Bersinar
Sebagai bekas pemain boling negara dan kini jurulatih kepada Aneesa, Coach Syaidatul Afifah melihat potensi luar biasa dalam diri anak muda ini:
“Aneesa ni seorang pemain yang berbakat, cepat belajar dan sangat konsisten dengan permainan dia sekarang.”
“Untuk umur Aneesa ni, progress dia sangat pantas dan membanggakan, tapi masih ada banyak lagi ilmu dan teknik yang boleh kita tingkatkan.”
Apa yang menjadikan Aneesa istimewa bukan sekadar bakat, tetapi sikap dan semangat yang ada dalam dirinya:
“Dia ada ‘fighting spirit’ yang tinggi dan sentiasa cuba perbaiki diri. Sifat ini patut ada kepada semua orang sebab inilah attitude yang kita inginkan dalam diri seorang atlet.”
Dari Gelanggang Latihan ke Pentas SUKMA
Kisah Aneesa kini bukan lagi sekadar tentang anak kecil yang minat bermain boling — ia sudah berubah menjadi sebuah perjalanan besar. Hasil daripada minat yang disemai, disiplin yang dibina, dan sokongan tanpa syarat daripada ibu bapanya, Aneesa kini telah berjaya mencatat sejarah peribadi apabila secara rasmi terpilih sebagai atlet untuk SUKMA 2026.
Akademi Syaidatul Afifah sendiri menyatakan dalam satu ucapan rasmi:
“Tahniah setulus hati kepada pelajar kami di Akademi Syaidatul Afifah (ASA), Aneesa Sofea kerana telah terpilih dalam senarai panjang untuk SUKMA 2026! Dedikasi anda benar-benar membuahkan hasil, dan kami sangat bangga dengan anda. Ketika anda meneruskan latihan bersama pasukan KL Wipers, ingatlah bahawa ini hanyalah permulaan perjalanan anda. Teruskan percaya pada diri sendiri dan jangan berhenti berusaha — tiada had kepada apa yang anda boleh capai.”
Kejayaan ini bukan semata-mata pencapaian peribadi Aneesa — ia adalah simbol kekuatan hubungan antara anak dan ibu bapa, dan bukti bahawa apabila keluarga hadir sebagai penyokong utama, langit bukan lagi hadnya.
Mungkin anda tidak tahu ke mana minat anak akan membawa mereka. Tapi cukup dengan satu kepercayaan, satu dorongan, dan satu ruang untuk mencuba — mereka mungkin akan berdiri di pentas seperti Aneesa hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Terlampau Kuat Merajuk, Jangan Label Negatif Tapi Ada Trik Pulihkannya!

Ibu ayah yang mempunyai anak 1 hingga 2 tahun pasti berdepan dengan masalah anak yang kuat merajuk. Baik anak lelaki, lebih-lebih lagi anak perempuan, merajuk umpama aktiviti harian tetap mereka.
Puas juga melayan rajukan, malah ada kalanya ibu ayah ketawa sendiri melihat gelagat anak mereka. Merajuk bukan main. Mulut makin lama, makin muncung.
Tapi inilah emosi yang mampu ditunjukkan oleh anak sekecil ini. Puan Aisyah Kassim, Patologis Pertuturan-Bahasa mengungkap hal ini. Ada perkara dan teknik yang boleh ibu ayah lakukan untuk selesaikan masalah ini.

Menurut teori perkembangan kognitif (kemahiran berfikir) Piaget, kanak-kanak berusia 0-2 tahun berada dalam tahap perkembangan sensorimotor di mana mereka belajar dengan cara melihat, mendengar, merasa, menggenggam dan menghisap.
Mereka mula meneroka dan belajar melalui kaitan sebab dan akibat. Di mana mereka akan cuba memanipulasi sebab untuk melihat akibat perbuatan mereka. Sebagai contoh, mereka menangis untuk mendapatkan sesuatu seperti mainan dan sebagainya.
Mengikut Dr. Robert Marvin, Pakar Psikiatri kanak-kanak, kanak-kanak 2 tahun sudah boleh merasai pengalaman emosi yang menyeluruh. Jadi pada usia ini, mereka baru mula untuk belajar memahami dan mengawal emosi-emosi tersebut. Ini menyebabkan emosi kanak-kanak sentiasa berubah dengan cepat.

Jadi, tak hairanlah pada usia 1-2 tahun ini kanak-kanak akan mencuba pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan dan orang-orang sekeliling mereka termasuklah merajuk. Mereka akan menangis, merengek, menjerit atau memukul sebagai tanda proses.
Faktor Dan Kesan Emosi
- Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun mempunyai kosa kata yang sedikit. Hal ini buat mereka sukar nak sampaikan kehendak dan emosi mereka secara verbal. Jadi cara terbaik adalah dengan merajuk.
- Ibu ayah pula gagal untuk untuk fahami dan ekspresikan emosi mereka dengan betul. Maka akan berterusan dan semakin lama makin sukar untuk ditangani.
- Anak kecil seawal 1-2 tahun juga mempunyai daya berfikir yang terhad. Mereka tak punya altenatif lain untuk mengekpresikan emosi mereka. Merajuk adalah salah satu jalannya.
- Ingat bahawa kanak-kanak merajuk disebabkan oleh keinginan mereka untuk mendapatkan perhatian dari orang dewasa. Bagi mereka, semua perhatian dari orang dewasa adalah perlu.
Jadi apa ibu ayah perlu buat?
- Ibubapa boleh menggunakan cara mengalihkan perhatian mereka pada sesuatu yang lain. Dengan cara ini, mereka akan belajar adanya alternatif lain untuk mereka lakukan dan pastinya lebih menyeronokkan.

- Cara ini juga membolehkan mereka untuk belajar mengawal emosi.
- Ibubapa perlu belajar untuk membezakan jenis rajukan anak supaya mengelakkan ia berterusan hingga meningkat usia.
- Kanak-kanak 1-2 tahun memang masih kecil dan comel, tapi jangan terpedaya kerana mereka juga boleh menjadi sangat manipulatif. Mereka akan cuba memanipulasi keadaan untuk mendapatkan keinginan mereka.
- Ibu ayah perlu respond bila anak merajuk supaya sikap ini tidak terbawa-bawa hingga besar.
- Ingat bahawa rajuk adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk membentuk emosi dan tingkah laku mereka.
- Ajar anak untuk melabel emosi mereka. Ibubapa tak boleh mengharapkan anak-anak memberitahu emosi mereka sedih, gembira, dan sebagainya kerana mereka masih lagi tidak memahami kosa kata tersebut. Tapi anda boleh mengajar mereka dengan melabel emosi tersebut.

- Contoh “adik marah ke” atau adik sedih ya” dan sebagainya mengikut situasi yang sesuai. Cara ini kanak-kanak boleh belajar bahawa ada perkataan yang boleh mereka gunakan untuk sampaikan perasaan mereka.
- Apabila usia anak menghampiri 3 tahun, mereka sudah mulai faham perkataan tersebut dan mereka akan meluahkannya melalui perkataan yang mana ianya lebih sesuai.
Ingat pengajaran ini bukan sekadar belajar tentang perasaan, tetapi ianya pembelajaran awal untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat, menguruskan kemarahan, memahami perasaan dan bergaul dengan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!







