Bila tengok anak usia dua atau tiga tahun nak buat sesuatu atau ingin tolong, sebagai mak ayah kita rasa tak perlu. Sebabnya kita anggap mungkin hasilnya tak seperti yang diharapkan.
Jika diikutkan waktu ini baik untuk proses perkembangan anak walaupun apa yang dilakukan tak sempurna. Biar anak belajar sendiri daripada dia susah nak menolong kita bila mereka besar.
Perkongsian dari Dr Taufiq Razif ini sangat-sangat membantu dan menunjukkan apa yang sepatutnya anak seawal usia dua tahun boleh lakukan.
Baru ni geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun tu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi bila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu tu dengan muka yang tak bersalah langsung! Geram je rasa tapi tahan je.
Saya tak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ni. Bila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya tu untuk serap air susu tu sebenarnya.
Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu tu!
Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ni kot. Mujur saya tak larang dia buat ‘ benda pelik ‘ tu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya tu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!
Ads
Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ni akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ni cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah.
Umur 2-3 tahun :
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
Ads
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun :
Ads
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ni saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas dah buat kerja rumah.
Geramnya rasa bila anak tunjuk perangai tak baik dan biadap. Mungkin ibu bapa tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca-puncanya.
Menggunakan perkataan kasar dan negatif, berkelakuan ganas, tidak hormat peraturan, tidak menghormati orang lain dan tiada adab termasuk dalam kategori kurang adab atau biadap.
Mungkin sesetengah ibu bapa merasakan didikan yang baik sudah diberikan tetapi kenapa perkara nenatif tetap berlaku. Wajar bagi anda ‘membedah siasat’ apa yang telah didedahkan kepada si kecil tanpa sedar yang menjadi punca dia biadap.
Dr Taufiq Razif berkongsi 5 punca yang perlu dilihat semula ibu bapa. Sama ada ia didedahkan tanpa sedar atau
Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Anak Jadi Biadap
#1 – Bagi gajet tanpa batasan
Saya perasan anak-anak zaman sekarang ni bukan biadap sebab mereka jahat tapi mereka biadap kerana kurang Interpersonal Skills.
Tiap hari anak kita duk hadap skrin smartphone dan kawan alam maya sampai skill mereka melayan orang luar jadi tumpul
Tu yang mereka nampak biadap, padahal bukan sebab mereka jahat tapi mereka tak reti nak bergaul ( interpersonal skills lemah )
#2 – Bergaduh depan anak
Bila tengah emosi, kadang kita lupa ada mata yang memerhati
Kita lupa anak kita ni CCTV terhebat dunia. Dia akan rakam semua yang dia lihat dan sampai masanya dia akan praktik apa yang dia lihat
#3 – Kita Selalu Abai Anak
Antara penyebab anak jadi biadap ni adalah kerana dia kurang ’emotional connection’ dengan kita
Yela, walaupun mungkin kita berada 1 meter je daripada anak kita tapi fikiran kita menerawang beratus ratus kilometer daripada anak kita
Merasa nak rasa didengari, diperhati, disayangi baru lah perlahan lahan sifat empati dalam diri mereka akan berkembang sempurna
Anak yang tinggi sifat empati ni takkan sanggup biadap pada mak ayahnya sendiri.
#4 – Marah anak secara melampau
Anak umur 0-1 ni ada fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust Vs Mistrust
Masa ni la dia belajar untuk percayakan mak ayahnya. Kalau masa tu pun kita dah ‘break trust’ diorang dengan marah melampau lampau tanpa kawalan emosi, rosak lah perkembangan anak kita
Akhirnya anak jadi perengus, suka melenting, sensitif dan keras kepala.
#5 – Kita cuma fokus IQ anak sampai lupa nak asah EQ anak
Kita terkadang fokus sangat nak anak kita cerdik otak ( IQ ) dengan skor exam tapi terlepas pandang pula nak anak cerdik pada emosinya ( EQ )
Maka lahirlah anak anak yang bijak otaknya tapi miskin budi pekerti, keras hati, tak bertimbangrasa, biadap dan tak memahami!
Saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye
Memang menjadi trend ibu bapa memberikan anak-anak gadget sebagai hiburan dan peneman namun kesan gadget jika tidak dikawal akan memberikan kesan buruk kepada anak-anak yang masih kecil. Ketagih kepada gadget sesuatu yang amat membinmbangkan. Perkongsian daripada Dr.Taufiq boleh dijadikan iktibar buat ibu bapa diluar sana.
Sedih saya bila nampak ramai kanak-kanak duk main handfon masa imam tengah khutbah tadi. Paling sedih bila nampak 3 orang kanak-kanak yang duduk dalam satu barisan saf dengan penuh khusyuk mengadap skrin henfon masing-masing tanpa pedulikan saya yang menjeling mereka.
Rasanya mereka tengah berlawan sesama sendiri dalam game tu kot! Ye, semasa khutbah jumaat sedang berlangsung! Ada juga di belakang saf sana ada anak anak yang main game sambil tunggu khutbah jumaat selesai.
Benda ni dah jadi trend baru ke? Hilangkan bosan dengar khutbah dengan main game?
Sebak saya. Kenapa bagi anak anak yang belum ada self control yang matang bawa smartfon ke masjid? Dah la tengah khutbah jumaat tu. Anak anak kita ni dah la jarang dapat ‘sentuhan rohani’ di rumah. Sekurang kurangnya bagi la mereka peluang untuk dapatkan pengisian rohani tu di masjid tiap jumaat. Kosong anak kita tu nanti kalau hati dan rohaninya tak diisi!
“Aduh! Saya nak buat macam mana. Anak saya macam dah ketagih dah dengan henfon”
Allahu..wahai ayah..wahai ibu..Memang henfon ni boleh membuatkan anak anak kita ketagih. Dopamine dalam otak mereka akan meningkat. Mereka akan jadi enjoy dan rasa tenang.
Masalahnya, lama kelamaan mereka akan terperangkap dalam Dopamine Loop. Mereka jadi craving! Mereka nak lebih lagi. Bagi seminit, nak sejam. Bagi sejam nak sehari!
Sebab tu la tugas kita untuk bantu mereka kawal kemahuan mereka tu! Tu la kenapa mak ayah kena jadi LEADER kepada anak.
Mereka perlukan bimbingan kita. Mereka perlukan keputusan kita. Mereka perlukan ketegasan kita.
Ini je saya nak pesan..
“Jom tunjukkan kasih sayang kita dengan tak mengikut semua kemahuan anak kita Kita batasi kerana cinta. Kita batasi kerana kita taknak mereka binasa!”
p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif
Gembira hati apabila melihat anak sudah mulai makan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui cara betul untuk mendidik anak makan dengan betul mengikut usianya. Bagi anak yang sedang membesar iaitu pada usia satu hingga dua tahun karektornya lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Ikuti selanjutnya Do & Don’s aspek pemakanan anak usia satu hingga dua tahun.
DO & DONT’S pemakanan si manja usia 1 hingga 2 tahun
Do
Berikan makanan yang lembut iaitu buah-buahan yang lembut, telur kuning, ikan, pasta, dan nasi adalah contoh makanan yang bagus untuk disarankan
Sediakan makanan yang boleh dipegang oleh anak anda. Potong makanan bersaiz duit syiling, memanjang atau nipis supaya bayi anda senang untuk pegang
Pastikan kandungan nutrisi iaitu makanan yang disediakan mestilah lengkap mengandungi kalori yang mencukupi, protein, lemak yang baik, zat besi, mineral dan vitamin.
Makan bersama dengan memastikan anda membenarkan si manja makan bersama pada waktu makan. Cara ini dapat mengekalkan tabiat pemakanan yang baik untuk si manja anda. Berikan makanan yang sama seperti anda untuk si manja anda makan sendiri tetapi perlu diawasi.
Biarkan anak anda makan sendiri. Ibu bapa harus bersedia dengan tumpahan makanan di lantai. Ini merupakan salah satu proses pembelajaran bayi anak untuk mengenali jenis dan tekstur makanan.
Donts’
Waktu makan ketika anak anda letih atau sedang menangis iaitu waktu ini bayi anda akan lebih banyak menolak.
Memberi makanan yang mudah tercekik iaitu kacang dan kekacang, jagung, buah-buahan kering, makanan yang licin seperti sebiji anggur, gula-gula dan kepingan daging atau ayam yang besar merupakan contoh yang berpotensi menyebabkan anak anda tercekik.
Memberi air atau susu sebelum makan iaitu memberi air sebelum waktu makan hanya akan menyebabkan bayi anda kenyang dan akan menolak untuk makan
Memaksa anak makan dengan memberi waktu luang untuk anak anda habiskan makanan sekurang-kurangnya 10 hingga 15minit.
Berputus asa iaitu sesetengah anak mengambil masa untuk makan sendiri dan menerima makanan baru yang diperkenalkan kepadanya. Ibu bapa kena bersabar dengan kerenah anak kecil anda.
Kepentingan anak makan sendiri
Setelah anak boleh memegang makanan dengan sempurna, biarkan anak makan sendiri. Walaupun meja anda bersepah dengan sisa makanan, ia penting untuk perkembangan anak anda.
Ia melibatkan beberapa perkembangan buat anak iaitu perkembangan “oral motor, refleks gag, deria rasa, dan kemahiran “fine motor”.
Perkembangan “oral motor”: Menguatkan perkembangan rahang dan juga pergerakan lidah bayi ada (ke depan, ke belakang, ke sisi, menghisap).
Perkembangan refleks gag: Anak anda akan lebih sensitive dengan penerimaan makanan
Perkembangan deria: Ia termasuk deria rasa, penglihatan, sentuhan, pergerakan, bau, pendengaran, dan kebolehan duduk sendiri.
Kemahiran “fine motor”: Ia lebih kepada kemahiran untuk makan sendiri. Mengambil dan menyuap makanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...