Bila tengok anak usia dua atau tiga tahun nak buat sesuatu atau ingin tolong, sebagai mak ayah kita rasa tak perlu. Sebabnya kita anggap mungkin hasilnya tak seperti yang diharapkan.
Jika diikutkan waktu ini baik untuk proses perkembangan anak walaupun apa yang dilakukan tak sempurna. Biar anak belajar sendiri daripada dia susah nak menolong kita bila mereka besar.
Perkongsian dari Dr Taufiq Razif ini sangat-sangat membantu dan menunjukkan apa yang sepatutnya anak seawal usia dua tahun boleh lakukan.
Baru ni geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun tu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi bila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu tu dengan muka yang tak bersalah langsung! Geram je rasa tapi tahan je.
Saya tak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ni. Bila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya tu untuk serap air susu tu sebenarnya.
Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu tu!
Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ni kot. Mujur saya tak larang dia buat ‘ benda pelik ‘ tu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya tu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!
Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ni akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ni cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah.
Umur 2-3 tahun :
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun :
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ni saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas dah buat kerja rumah.
Sumber: Dr Taufiq Razif