Akhir-akhir ini, banyak diperkatakan tentang me-time bagi seorang ibu. Namun, ramai pula yang memandang ibu-ibu yang perlukan me-time sebagai ibu yang tak sayangkan suami & anak dan pentingkan diri sendiri. Ibu ini mengutarakan pandangannya.

Me-time ialah masa khas untuk ibu melepaskan sebentar tugas & beban. Ia boleh jadi keluar sendirian atau dengan rakan, keluar dengan pasangan atau sekadar menonton wayang dan membeli belah sendirian. Ia adalah ruang waktu untuk ibu memikirkan tentang dirinya sendiri! Amat penting me-time ini bagi ibu-ibu untuk mengelakkan tekanan perasaan dan emosi.

Tolong Jangan Judge Ibu-Ibu Yang Perlukan Me-Time. Bukan Bermakna Tak Sayangkan Suami & Anak

Puan Intan Jaliah memberikan reaksi kepada sesetengah kaum ibu yang tidak memperlekehkan ibu-ibu yang memerlukan me-time setelah berhempas pulas melaksanakan tugas sebagai seorang ibu.

Katanya, lain ibu lain caranya untuk recharge diri. Jangan hanya kerana diri sendiri tidak boleh langsung berpisah dengan anak, kita terus menghakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.

Berikut ialah perkongsian beliau;

Me-time – Is that too much to ask for?

IKLAN

Just because you don’t need ‘me-time’ doesn’t mean other mothers don’t need it too.

Lain anak, lain ragam.
Lain ibu, lain keperluan.
Lain orang, lain cara untuk mereka ‘recharge’ diri mereka.

TAK BERMAKNA IBU PENTINGKAN DIRI & TIDAK SABAR

Ibu yang minta ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka pentingkan diri.

Ibu yang perlukan ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka tidak sabar.

IKLAN

Ibu yang perlukan ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka tak sayangkan suami dan anak-anak mereka.

Tolong Jangan Judge Ibu-Ibu Yang Perlukan Me-Time. Bukan Bermakna Tak Sayangkan Suami & Anak

JANGAN TERUS MENGHAKIMI

Hanya kerana kita tak boleh langsung berpisah dengan anak, janganlah hakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.

IKLAN

Dengan keadaan betapa ramai nya ibu yang depresi dari hari ke hari, sungguh saya rasa posting tentang ‘tak perlunya me time’ tu teramatlah tak perlu.

ME-TIME AMAT PERLU UNTUK MENGELAK DEPRESI DI KALANGAN IBU

Jika seorang ibu itu nampak begitu penat, kurang terurus, mudah lupa dan cepat marah-marah dengan anak, ketahuilah dia sedang diambang depresi. Dia perlukan rehat yang cukup untuk dia bertenaga kembali untuk dirinya, untuk suami dan anak-anak. Kerana dia amat sayangkan keluargalah, dia minta Me Time itu untuk dia re-charge.

Tolong Jangan Judge Ibu-Ibu Yang Perlukan Me-Time. Bukan Bermakna Tak Sayangkan Suami & Anak

Trust me, some of us need occasional ‘me time’ just to stay sane.

Let’s try to be understanding rather than being judgmental, okay!

Tolong Jangan Judge Ibu-Ibu Yang Perlukan Me-Time. Bukan Bermakna Tak Sayangkan Suami & Anakp/s: Sesekali minta me time, tidaklah ku rasakan keterlaluan.

Sumber: Puan Intan Jaliah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI