
Bila jumpa mak yang ada anak kecik cakap sakit pinggang, sakit kaki, lenguh badan, sakit tangan, sakit kepala tolang jangan judge dia lembik, lemah, lemau. Elehhhh baru dua orang dah lembik.
Sebenarnya dia sangat kuat. SANGATTTTT KUAT. Sebab kita tak tahu betapa struggle dia jaga anak-anak kecik.
Betapa struggle nak urus rumah, kerja, bisnes, masak, layan suami. Betapa dia push badan dia untuk bekerja 24 jam. Sampai diri sendiri pun macam hantu kak limah.
Jaga kata-kata dan jangan bandingkan dulu dengan sekarang. Kita jangan cakap orang dulu-dulu kuat je anak berderet pun. Lagi satu jangan bebel haaaa ni sebab tak makan jamu, tak jaga pantang.
Kadang-kadang kita tak lalui apa yang dia lalui, kita tak rasa apa yang dia rasa dan tak duduk kat tempat dia pun.
Tolong jangan jadi munafik. Ye betul. Kita jangan suka judge orang. Allah Maha Tahu. Nanti kita dapat karma nanti. Percayalah cakap akak ni.
Don’t judge. Be emphaty. Cuba bayangkan kita duduk tempat dia. Cuba dengar apa yang dia nak luah. Cuba tanya apa yang dia perlukan.
Jangan cakap sabarlah. Jangan cakap kuatlah sikit. Jangan sakarstik. Jangan perli. Kalau kita tak tahu cara nak empati, baik kita diam dan doakan dia sihat dan kuat.
Sumber: Masturah Abu Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Hebat, Dia Tak Susahkan Isteri. Boleh Jaga Anak, Buat Kerja Rumah Dah Bagus

Berapa ramai bapa mithali zaman ini. Kita lelaki dan perempuan tiada yang sempurna kecuali Junjungan Mulia Nabi SAW. Tetapi berusahalah menjadi yang terbaik sebagai ibu dan bapa.
Zaman ini, peranan bapa sudah berubah sudah tidak seperti dahulu, balik kerja tunggu makan, dan hanya letak pinggan di sinki. Bapa Melayu kita sudah jauh berubah.
Perkongsian dari Yasmin Hanani Mohd Safian yang jelas menunjukkan suami bukan hanya sebagai hero keluarga tetapi dia jugalah seorang lelaki hebat jika pandai urus anak dan rumah tangga.
Saya pernah jumpa seorang bapa menyantuni dua anak kecil di KL sentral usai hantar ibu mereka bertugas di luar kawasan ke KLIA.
Semalam, saya rasa dekat 10 kali suami berulang sehingga ke malam untuk hantar ambil anak-anak tuisyen dan training sehingga ke malam. Pagi ni lepas subuh, suami buat sarapan untuk Nukman dan hantar Nukman pula untuk ke pertandingan. Beginilah tidak pernah ada makna cuti pada hari minggu walaupun tugasan dan laptop sentiasa menanti di atas meja.
Minggu lepas suami ke Kuala Terengganu, turun kapal terbang sebelum sampai rumah, singgah ke pasar dan balik terus memasak. Sampai emak saya kata, suami pun tak sempat nak rehat balik terus siang ikan. Esok awal paginya terus ambil saya di Pahang dengan anak-anak dan emak.
Bila malam saya dapat lihat lelah nya dia kepenatan tapi dia tak pernah merungut, berbanding saya kalau penat memang terus pengsan. Dalam masa yang sama dia menggalas tanggungjawab dia yang besar di tempat kerja. Malam tidurnya penat sekali, bangun pagi lebih awal dari saya.
Saya doakan semua bapa di luar sana juga sentiasa kuat demi Islam dan anak-anak.
Nak berkeluarga tak mudah dan tak senang, yang penting jihad. Nak anak ramai, suami kena turun padang dan isteri hargailah pengorbanan suami.
Wanita, jika suami tidak pernah meninggikan suara pada kita itu pun sudah satu rahmat yang besar sangat, bersyukurlah.
Sumber: Yasmin Hanani Mohd Safian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sejuk Perut Ibu Mengandung, Usia 2 Tahun Sudah Hafal 42 Surah, Ibu Ini Kongsi Cara Didikan Yang Boleh jadi Panduan Buat Ibu Ayah Lain

Isi Kandungan
ToggleSetiap ibu bapa tentunya mahukan anak-anak membesar menjadi insan yang baik dan berbudi pekerti mulia disamping mempunyai ilmu agama dan akademik yang tinggi dan baik. Rupanya itu semua perlu disematkan dalam jiwa ibu bapa sebelum mempunyai cahaya mata lagi.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh Siti Asmida Mokhtar tentang cara didikan Puan Shahida Lukman iaitu ummi kepada Ziyyad yang pernah tular sebelum ini kerana dalam usia dua tahun, anak kecil ini sudah berjaya menghafal 42 surah.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat olehnya:
Perkongsian Cara Didikan Ziyyad sehingga mampu menghafal 42 Surah pada usia 2 Tahun
Alhamdulilah direzekikan berjumpa dengan Puan Shahida Lukman iaitu ummi kepada Ziyyad dan Hawa dalam suasana yang santai tetapi penuh terinspirasi, kagum dan bersemangat serta aura – aura positifnya melekat kepada kami.
Alhamdulilah.
Ceritanya bermula dengan niat yang terpahat dihatinya, Sebelum berkahwin lagi sudah memasang cita – cita untuk mempuayai anak – anak yang hafal Al Quran serta boleh membawa agama islam.
Demi mencapai cita – cita tersebut, beliau mula mencari ilmu dengan membaca pelbagai tip – tips dalam mendidik anak mengenal Al Quran.
Dengarkan Alunan Al Quran Untuk Anak Dalam Kandungan
Alhamdulilah, setelah berkahwin dan mengalami fasa kehamilan yang sangat memenatkan kerana alahan yang kuat sehingga terbatas untuk membaca Al Quran dalam kuantiti yang banyak.
Akhirnya tekadkan diri hanya memperdengarkan alunan Al Quran untuk anak dalam kandungan. 10 Surah ibu mengandung menjadi pilihannya dalam suasana yang santai iaitu anak dengar, ibu dengar dan dalam masa yang sama mengikuti bacaan tersebut.
Alhamdulilah, hari pertama Ziyyad dilahirkan hanya tidur tetapi hari kedua sudah mula meragam dan menangis seperti mencari – cari dimana alunan yang selama ini didengarinya.
Bermula saat itu, Ayat Al Quran menjadi penenang paling mujarab untuk ziyyad. Bermula dengan Juzuk Amma diulang demi diulang.
Usia setahun dah mampu ingat 32 Surah
Pada usia 1 tahun 7 bulan, ummi ziyyad mula menyedari bahawanya anaknya sudah mampu mengingati 32 Surah Juzuk Amma mengikut susunan surah.
Masya Allah. kami yang mendengar sangat kagum sambil – sambil menoleh pandangan dekat ziyyad yang sedang khusuk menulis ayat Al Quran.
Kejayaan demi kejayaan yang tidak terjangka dan pastinya Ianya datang dari Allah yang Maha Hebat. Usia 2 tahun 8 bulan ziyyad menambah hafalannya kepada 42 surah.
Aktiviti-aktiviti yang digunakan untuk mendidik Ziyyad
Antara aktiviti – aktiviti yang dikongsi oleh Puan Shahida dalam mendidik Ziyyad.
Fokus utama beliau ialah santai bersama Al Quran.
👉 Pasang alunan Al Quran dirumah, dalam kereta, samaada anak sedang bermain atau tidur. Just pasang.
👉 Sambil masak didapur boleh main teki – teki berkaitan dengan Al Quran.
Contoh : Yadd, Surah Al Kahfi ada berapa ayat ?
👉 Hidangkan permainan berasaskan Al Quran seperti
📌 Al Quran yang berwarna warni.
📌 Susun silang kata potongan ayat Al Quran.
📌 Isi tempat kosong ayat Al Quran.
👉 Ziyyad kurang berminat kepada ultraman atau kebiasaan permainan anak lelaki terapi beliau sangat “ulat buku”.
Itu lah permainan ziyyad.
👉 Sangat sukakan nombor @ angka sehingga boleh kaitakan dengan Al Quran. Cara hafalannya juga berserta nombor ayat.
👉Dalam kereta, mereka sekeluarga lebih suka pasangkan Al Quran atau “main” sambung – sambung Al Quran.
Kadang – kadang dalam perjalanan jauh seperti kelantan ke kuala lumpur ziyyad mampu menghafal satu surah Al Quran.
Alat Bantu mengajar yang paling berkesan adalah
- White Board.
Pelbagai saiz white board yang disediakan untuk mengajar ziyyad menulis sehingga hari ini tulisan ziyyad tidak ubah seperti Font di laptop.
Cantik dan kemas sangat😀
Aktiviti di white board seperti susun flash card, tulis sendiri ayat Quran perkata, isi tempat kosong dan lain – lain.
Bab kata ummi ziyyad ” White Board memang berjasa sangat – sangat”.
- Maker, Crayon dan pensil
Usia 8 bulan sudah mula ajar pegang maker dan crayon.
🔺Sumber idea untuk aktiviti – aktiviti ziyyad ??
– Search google sahaja. Pelbagai aktiviti yang dapat dijadikan sumber ilham dan diaptasikan dalam betuk islamik iaitu versi Al Quran.
Antara pantang larang atau perkara yang cuba dielakkan ialah:
Pergi ke swimming pool atau taman tema air.Pendedahan aurat serta bercampur ruang mandi wanita dan lelaki. Apabila anak lihat dan menjadi satu kebiasaan ianya bagaikan titik – titik kecil yang akan menjadi hitam.
Karnival atau pasar malam yang ada persembahan atau muzik – muzik yang berbentuk hiburan. Jika terbawa beliau akan dukung ziyyad sambil zikir atau baca Al Quran di telinga ziyyad agar tidak fokus kepada muzik tersebut.
Permainan letak duit syiling dan keluar muzik di beberapa tempat seperti pasaraya.
Antara Nasihat – Nasihat dari Puan Shahida.
👉 Terapkan nilai ” Tak soleh ” kepada anak – anak jika terpandang sesuatu yang tidak elok.
👉 Banyakkan memberi pujian kepada anak. Aktiviti anak kalau boleh record dan bagi dia lihat.
👉 limitkan pengunaan gadget dan jangan bagi anak tengok seorang diri. Ada pengawasan dari ibubapa dan sedikit penerangan dari video – video yang ditonton.
👉 Gunakan kata – kata positif kerana setiap kata adalah doa.
👉 Berpegang kepada doa ibu sangat mustajab maka berdoalah.
👉 Jangan letak target anak cepat pandai tapi ansur maju.
👉 Manfaatkan setiap masa anak – anak kerana mereka bagaikan ” span” yang menyerap apa sahaja yang diajar oleh ibu bapa.
👉 Jangan kedekut atau berkira untuk membeli permainan atau buku kepada anak – anak jika ianya memberi manfaat.
Semoga dengan kisah kejayaan ziyyad ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada kita sebagai ibubapa agar terus berusaha mendidik anak – anak dalam melahirkan generasi huffaz Al Quran.
Aamiin.
Sumber: Siti Asmida Mokhtar & Shahida Lukman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Puji Walaupun Popular Tapi Mahu Anak Jadi Pejuang Agama. Cara Saharul Ini Patut Dicontohi!

Didik anak cinta Allah adalah keinginan terbesar buat Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir untuk permata hatinya iaitu Muhammad Luth Ali.
Perkongsian melalui instagram Saharul dan Deena, memang jelas mereka berdua begitu menitikberatkan soal agama dalam diri Ali walaupun bukan secara formal.
Paling mengagumkan, Saharul yang kini sedang mengikuti kelas mengaji al-Quran turut membawa Ali bersama-samanya dengan tujuan membiasakan Ali mendengar bacaan ayat suci al-Quran dari awal.
A post shared by SaharulRidzwan DeenaEmir (@deenasaharul) on
Cara didikan Saharul ini wajar dipuji dan tak mustahil impiannya dan isteri untuk melihat Ali menjadi seorang pejuang agama tercapai.
Saharul juga berpendapat, tiada apa yang lagi penting untuknya melainkan mencari ilmu akhirat terlebih dahulu kerana selepas itu dunia akan datang dengan sendirinya.
Perkataan Pertama Anak Sebut ALLAH
Menariknya juga baru-baru ini, Saharul telah menunjukkan perkembangan Ali yang sudah mula pandai menyebut Allah dan bersyukur Allah memakbulkan doanya sejak Deena mengandungkan Ali.
Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah.
Selain itu, menariknya tentang didikan Saharul pada Ali adalah bahan bacaan awal anaknya adalah buku-buku yang berkisarkan keagamaan dan pembelajaran awal huruf Jawi. Hebatkan!
Hero drama popular Kau Aku Kita ini sebolehnya nak Ali seimbang akademik dan agama. Semoga apa yang diusahakan Saharul dan isteri sejak dari awal akan dipermudahkan.
Sementara itu, keletah Ali juga selalu mendapat reaksi positif dari peminat baba dan ibunya.
Walaupun belum mencecah umur setahun, sudah nampak kecerdikan Ali meniru pelbagai aksi yang orang dewasa dan dia juga pandai bermain emosi setiap kali diusik oleh babanya.
Sumber: instagram saharulridzwan & deenasaharul
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI