Kemalangan tidak dapat dijangka, berlaku secara tiba-tiba. Meletakkan bayi pada kerusi keselamatan atau car seat adalah wajib. Pengalaman yang dikongsikan ibu perlu dijadikan panduan buat ibu bapa lain.
Perkongsian daripada Puan Norhannie Salleh tentang pengalamannya sendiri terlibat dalam kemalangan benar-benar menyentak sanubari ibu bapa. Info yang dimuatnaik di dalam sebuah kumpulan ibu-ibu di Facebook menerima lebih 8,000 reaksi daripada warganet.
Ia benar-benar membuka mata ibu bapa tentang kepentingan memasang dengan betul dan meletakkan bayi pada kerusi keselamatan (baby car seat) ketika dalam perjalanan menggunakan kenderaan.
LORI DARI ARAH BERTENTANGAN, SEKELIP MATA MEREMPUH
“Maaf sebab saya share gambar kereta, ini kereta kami. Pada hari ke-36 saya berpantang, kami terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Lori masuk laluan bertentangan dan melanggar kereta kami.
DIRI SENDIRI TERCAMPAK KE HADAPAN
“Saya, suami dan baby baru 36 hari (tak habis pantang lagi) dalam perjalanan balik ke rumah.
Ads
“Apa yang saya nak share kat sini berapa penting baby car seat. Masa kejadian saya dan anak berada di tempat duduk belakang kereta. Semasa kemalangan saya tercampak ke depan dekat pemandu.”
CAR SEAT BERALIH DARI KIRI KE KANAN KERETA
NorHannie turut menceritakan detik cemas kemalangan di mana kerusi keselamatan yang diduduki bayinya turut beralih dari kiri ke kanan kenderaan. Bagaimana pun, dia berasa amat bersyukur dan lega, tindakan meletakkan si kecil dalam kerusi keselamatan melindunginya dari kecederaan dan lebih menakutkan lagi kehilangan nyawa!
“Manakala anak pula yang berada dalam baby car seat beralih ke sebelah kiri dari kanan.
Ads
“Andai kata saya riba anak saya waktu tu, anak saya mungkin dah patah atau meninggal. Suami cedera teruk. Saya & anak cedera ringan. Allah lindungi kami.”
JANGAN PEDULIKAN KATA ORANG
Ibu ini juga turut menyarankan para ibu bapa agar melatih anak sejak kecil lagi untuk diletakkan dalam kerusi keselamatan. Kuatkan azam, kata-kata sinis dan komen negatif daripada orang lain seharusnya diabaikan sama sekali.
“Saya mula letak anak dalam baby car seat selepas 1 minggu lepas keluar hospital. Nak pergi ke klinik check kuning pun saya letak dalam baby car seat. Ramai yang tegur
“Baby kecil lagi dah letak dalam car seat”…
Ads
“Nanti baby sakit belakang..”
“Car seat baby pakar dah test beratus kali untuk pastikan keselamatan bayi dalam kenderaan.”
KEJADIAN NAK BERLAKU SEKELIP MATA
NorHannie menyatakan perkongsiannya ini adalah semata-mata untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa lain tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi.
“Kenapa saya share kat sini… Sebab saya yakin ramai ibu-ibu riba anak masa dlam kereta… Ibu-ibu semua, kejadian nak berlaku kejap je.
“Nyawa anak sangat berharga, pakaikanlah baby car seat untk anak-anak kita. Car seat harga RM100 lebih je, nyawa anak bayar 1 juta pun tak mampu pulang kan balik…”
Norhannie ketika dihubungi Pa&Ma turut menyatakan suaminya mengalami patah tulang punggung dalam kemalangan terbabit.
Ibu ini berharap perkongsiannya membuka mata ibu bapa lain untuk memastikan langkah keselamatan diambil oleh ibu bapa kepada si kecil dalam kenderaan dengan meletakkan di dalam kerusi keselamatan atau car seat.
Sungguh menyayat hati! Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat terjatuh dari balkoni di tingkat 18, Blok B, Kondominium PV10, Jalan Danau Saujana 2, Setapak , Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan daripada orang awam yang menemui mangsa sekitar jam 2 pagi.
“Mangsa seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun tinggal di salah satu unit di tingkat 18 kondominium tersebut. Mangsa telah jatuh dari balkoni tingkat 18 bangunan tersebut.
“Siasatan awal mendapati mangsa dibiarkan tidur bersendirian tanpa pengawasan manakala ibunya telah keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, semasa kejadian, penghuni lain di kediaman terbabit sedang tidur di bilik masing-masing dan tidak menyedari mangsa ditinggalkan bersendirian.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan di lokasi kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak).
“Pihak polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular sekeping gambar seorang ibu muda dan bayi yang baru berusia 3 bulan berniaga di tepi jalan mengundang sebak ramai. Kisah ibu muda ini mendapat banyak perhatian daripada masyarakat sekitar Tawau, Sabah.
Menerusi video yang tular beberapa hari lepas, ibu muda ini sekadar mencuba nasib berniaga untuk menambah pendapatan dan terpaksa membawa bayi bersama yang baru berusia 3 bulan.
“Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Akak ini menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau Subhanallah!”
“Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan-kawan semua dengan memborong semua air tebunya. Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi-bagi dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yang diuji dengan sakit lumpuh. Allahu akbar..😢”
Menurut perkongsian di Facebook Vitaminbae, ibu muda ini baru sahaja mencuba nasib dengan menjual air tebu selama 3 hari. Air tebu yang dijual juga semuanya segar dan dibuat sendiri oleh dia dan suaminya. Mereka akan menggiling tebu pada awal pagi untuk dijual pada tengah hari. Air tebu tersebut dibotolkan dan dijual dengan harga RM5 bagi sebotol bersaiz 1.5liter.
Rata-rata warga maya mendoakan agar ibu ini di permudahkan urusan dan di murahkan rezeki. Ada juga turut sebak melihat keadaan ibu serta bayi ini yang terpaksa berpanas demi mencari rezeki.
Razman Razman Semoga murah rezeki akak ni
Che Zakiah Mat Din Mg Allah permudahkan segala urusan 🤲
Lan Pama Ibu yg HEBAT..Smg dimurahkan rezeki dan permudahkan segala ursn..aamiin
Halijah Siti Tak sanggup tengok baby tu 😭😭😭 Moga Allah angkat darjat kamu atas ujian ini. Terus kuat puan.
Semoga ramai yang terinspirasi dengan semangat ibu ini. Semoga urusan ibu ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat beliau dan keluarganya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Polis telah merakam keterangan ibu bapa dua kanak-kanak yang tular di media sosial bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Taman Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat.
“Pasangan tersebut telah dibenarkan pulang malam tadi (Selasa), pegawai penyiasat akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ashari berkata, satu laporan berkaitan kejadian itu dibuat oleh Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
“Hasil siasatan mendapati ibu bapa mangsa berada di dalam rumah namun tidak menyedari kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Pada Selasa, satu video tular berdurasi 11 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun berada di balkoni tingkap kediaman terbabit.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.