Berat mata memandang, berat lagi ujian yang harus dipikul. Baru sahaja kehilangan ayahanda tersayangnya, Ir Hj. Kamarul Bahrin Bin Mohamad beberapa hari yang lalu disebabkan Covid-19, personaliti media sosial, Dena Baharin turut berdepan ujian yang sama bersama anak-anaknya.

Bukan ujian biasa yang sememangnya mudah untuk kita terima. Namun inilah yang terpaksa dilalui olehnya sekeluarga bersama anak-anak dan suami.

“Tolong Jauhkan Anak-Anak Dari Saya” Terpisah Kerana Covid-19, Dena Bahrin Syukur Dapat Bersatu Semula!

Bukan hanya dirinya, bahkan suami dan dua orang cahaya matanya turut sama disahkan positif Covid-19. Satu ujian yang amat berat namun dilalui dengan sempurna penuh kekuatan oleh keluarga kecil ini.

Berkongsi kisah pertemuan semula selepas semuanya berakhir, video yang dimuat naik Dena di Instagramnya ternyata amat menyentuh hati semua. Berpisah selama 10 hari bersama suami dan anak-anak, inilah detik paling memilukan buatnya.

“Tolong Jauhkan Anak-Anak Dari Saya” Terpisah Kerana Covid-19, Dena Bahrin Syukur Dapat Bersatu Semula!

“Covid ni sebenarnya sangat mendera mental & emosi. Ada yang mintak update. Tak sabar tengok #themochisgang reunite lepas 2 minggu, sebab siapa memang dah lama follow I tahu I selalu ada buat ig stories anak anak sebab 24 jam dengan diorang.

Waktu result I sorang positive tu teruk I menangis sebab tak fikir diri sendiri, risau anak anak. Takut diorang positive and sedih kena pisah.

I still remember I terus capai mask and cakap kat my husband, “ tolong jauhkan budak budak dari saya”, sambil sobbing kuat kemain, bayangkan kena cakap cemtu.

IKLAN

“Tolong Jauhkan Anak-Anak Dari Saya” Terpisah Kerana Covid-19, Dena Bahrin Syukur Dapat Bersatu Semula!

Salman mintak hug I terpaksa said no. Bila tahu Suhayl pun positive lagi nangis teruk sebab risau sangat dia baru 50 hari 😢, ulang ulang sebut “ummi so sorry suhayl ummi so sorry!”

Tapi pujuk diri mungkin Tuhan tanak pisahkan I dengan Suhayl, jadi I boleh menyusukan dia dengan selesa tanpa pakai mask and focus jaga dia. Hari hari takut dia ada symptoms tapi alhamdulillah takde. Ada 1 hari je la dia demam.

Hari ke 5 swab again husband, amaan & salman, unfortunately salman & husband positive covid, amaan je negative alhamdulillah. Lah nangis lagi Dena. Sebab kesian pada Amaan kena kuarantin sorang walaupun negative tapi kena kuarantin juga. Alhamdulillah ada adik I tolong uruskan sekali makan minum dia. Terima kasih adik. hari hari Husband & I chat amaan kat skype. Husband kata rasa macam anak kat asrama pulak. Eh menyempat babah dia ni.

Hari hari I tanya husband, ok tak? Dia and Salman ada symptoms tak. Alhamdulillah diorang sampai hari ke 10 takde. Lega 😭 I dah habis kuarantin dulu. Husband, Amaan, and Salman harini bebas alhamdulillah. Salman asyik sebut nak jumpa “ubba” (abang) yelah diorang tu, melekat hari hari jugak. Amaan pun dah rindu adik adik dia.

IKLAN

“Tolong Jauhkan Anak-Anak Dari Saya” Terpisah Kerana Covid-19, Dena Bahrin Syukur Dapat Bersatu Semula!

Harini Alhamdulillah happy sangat, anak anak ummi reunited. Yang positive pun, I je yang sakit awal awal tu; demam sakit tekak terlampau sakit kepala dan sakit badan. Tapi cuba kuat la nak jaga Suhayl sorang.

Husband and anak anak sihat walafiat. You really don’t want to go through this, sebab tersangatlah mendera emosi & mental. Sungguh. Kalau diuji sakit fizikal juga lagi la. So please.

Thank you Allah atas rezeki kesihatan & dapat sama sama dengan kesayangan semula,” kongsinya panjang lebar.

Syukur pada Allah akhirnya keluarga kecil ini dapat bersatu kembali setelah berpisah lama selama 10 hari bagi menjalani kuarantin kendiri.

IKLAN

Sememangnya perpisahan terasa amat berat bukan sahaja kita orang dewasa bahkan pada anak-anak kecil yang turut terasa kesannya.

Menarik: Kakak Show Off Adik Kat Member, Bawa Adik Masuk Kelas Online, Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya

“Tolong Jauhkan Anak-Anak Dari Saya” Terpisah Kerana Covid-19, Dena Bahrin Syukur Dapat Bersatu Semula!

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @denabahrin

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI