“Tolong La Me Time” Bukan Mengada-Ngada, Ada Sebabnya Kenapa Me Time Perlu Untuk Mak-Mak!

Share

Siapa kata Me Time tak perlu? Bukan mengada-ngada tapi sangat perlu untuk menyembuhkan dan mencari kekuatan diri yang terlampau penat.

Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, me time disarankan kerana perlu untuk recharge semula tubuh yang kepenatan. Barulah kesannya lebih baik pada keluarga.


Bukan saja saja suruh Me Time. Ada sebabnya yang tersendiri.

Me time ni bukan bermaksud kita cuaikan & tak pedulikan anak kita.
Me time ni bermaksud kita ambil masa untuk recharge kembali diri kita supaya kita boleh sayang, jaga, belai dan fokus anak anak kita dengan lebih berkesan dan mendalam

Terima kasih Puan Syahirah Omar atas nasihat ini.

Tolong la me time. Dulu saya tak tahu istilah me time. Dulu tak ramai pun orang kongsi pentingnya me time ni. Akhirnya saya didiagnos mdd dan anxiety.

Tolong belajar sayangi diri sendiri. Saya tak me time bukan sebab risau apa orang kata. Saya memang tak ada ruang bernafas untuk diri sendiri. Sebab support system kita semua tak sama.

Akhirnya memakan diri.

Anak dah 3 barulah saya berkesempatan cari ruang untuk diri sendiri. Waktu anak anak no 1 dan no 2 masih kecil, tak merasa.

Rancanglah dengan pasangan urusan rumahtangga dan anak-anak ni. Jangan sesekali rasa diri kuat atau push diri sendiri sampai tahap maximum.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM