Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul itulah keadaan yang perlu ibu bapa kepada bayi Myo hadapi kini apabila cahaya mata sulungnya disahkan menghidap jangkitan kuman pada paru-paru sejurus selepas dilhirkan.
Bagi yang berkemampuan boleh menghulurkan sumbangan dan doa supaya baby Myo dapat diselamatkan segera. Ikuti perkongsian ini.
Saya dan suami dengan rendah hati ingin meminta bantuan semua yang membaca post ini untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi kami menampung kos perubatan anak pertama kami, Malique Myo bin Khairul Baqi Hakimi yang sekarang ini masih kritikal di KPJ Puteri, Johor Bahru. Jika tidak mampu bantu dari segi kewangan, cukuplah sekadar doa dari kalian, dan bantu share post ini.
Untuk yang bertanya kenapa dgn Myo, Myo tertelan najis semasa dalam perut dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk dalam paru paru nya sehingga mencapai tahap kritikal. Sekarang Myo ditidurkan dan bernafas menggunakan bantuan pernafasan. Minum susu melalui tiub, 20ml setiap 3jam. Bersamaan 5.4oz setiap 24jam.
Total bill sehingga hari ini (11/7/2023-25/7/2023) sudah mencecah RM80,000.000+- dan masih berjalan. Anggaran kos satu hari adalah RM7,000-RM10,000 bergantung kepada keadaan Myo. Doktor estimate Myo perlu warded sekurang kurangnya 2 bulan. RM7,000 x 60 hari = RM420,000.00.
Kami masih belum dapat memindahkan Myo ke hospital kerajaan atas sebab belum ada kekosongan dan keadaan Myo yang kritikal bergantung kepada banyak machines, berisiko tinggi untuk travel.
Ads
Jika anda sudi menghulurkan bantuan, boleh transfer ke kempen bantu Myo di
(2) Yayasan Salam atas bantuan Noh Hujan (nombor akaun di gambar terakhir)
Ads
(3) Sekiranya lebih prefer transfer direct ke kami, boleh pm saya.
Sebarang pertanyaan boleh pm saya atau daddy Hakimi Thr.
Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai.
Ads
Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi. Tabarakallah ♥️🤲🏻
“Suami dah beli pakaian dan kasut raya untuk saya, anak serta ibunya secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah keluarga di Felda Bukit Damar, Lanchang. Tak sangka semua ini adalah kenangan terakhir buat kami,” kongsi Nor Fitrah Ramli, 25, isteri Konstabel Norhalim Tumiran yang maut akibat tertembak oleh rakan sepasukan di rumah sewa.
Suami teruja sediakan keperluan raya
Walaupun arwah tak dapat pulang beraya kerana baru ditugaskan di Sibu, Sarawak, keperluan buat insan tersayang sama sekali tak dilupakan. Suami yang paling teruja setiap kali dimaklumkan barangan tiba. Dia akan membuat panggilan video dan minta kami mengenakan pakaian itu untuk melihat jika kami suka dengan hadiah yang dihantarnya dari jauh.
Pagi hari kejadian, suami juga ada telefon untuk memaklumkan dia sudah menyelesaikan bayaran zakat fitrah buat kami sekeluarga dan ibunya kerana baru mendapat gaji.
Hubungi suami lebih 50 kali
Selepas itu, petang hari kejadian saya menghubungi pula suami tetapi dia tak jawab. Lebih 50 kali jugalah sehingga saya berasa hairan apabila semua panggilan tidak dijawab. Biasanya dia akan jawab walaupun ketika bertugas.
Norhalim, yang bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak ditemukan maut dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah di Taman Permai yang disewa rakannya pada malam Khamis lepas.
Kejadian dipercayai berlaku apabila rakannya, yang juga anggota polis, bergurau sambil mengacukan pistol ke kepala Norhalim, 25, yang difahamkan berkunjung ke rumah tersebut untuk bermain permainan komputer sementara menunggu waktu berbuka.
Arwah memang minat jadi polis
Nor Fitrah, yang berasal dari Felda Lakum, Lanchang berkata, mereka berkahwin pada 19 April 2019 dan sejak itu mengetahui minat suaminya untuk menjadi anggota polis kerana arwah sering ‘mengintai’ iklan pengambilan konstabel.
Arwah, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, sebelum itu bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Petaling Jaya, Selangor dan seingat Nor Fitrah, beliau sudah lima kali menemani suaminya menghadiri temu duga polis.
“Suami akhirnya terpilih mengikuti kursus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat, Johor dan sejak menerima berita itu, arwah bersenam setiap malam termasuk berjoging bagi memastikan kesihatannya berada di tahap terbaik.
“Malah suami juga meminta saya yang semasa itu bekerja di Shah Alam, Selangor untuk berhenti kerja dan kembali ke pangkuan keluarga kerana mahu saya dan anak berada bersamanya apabila dia sudah mendapat tempat bertugas,” katanya.
Suami bercadang untuk bawa tinggal bersama lepas Aidiladha
Nor Fitrah berkata, suaminya juga memaklumkan akan cuba mengambil cuti sempena Aidiladha untuk pulang ke kampung dan membawa mereka ke Sibu kerana telah mendapat rumah di sana selain sudah mula berkira-kira untuk membeli perabot penting dahulu.
Beliau berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah 15 Mac lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mereka sekeluarga menghantar suaminya ke Sibu dan ketika itu sempat membawa tempe goreng dan tat cadbury untuk dijamah arwah.
“Kami lama tidak bertemu kerana tiada lawatan di Pulapol akibat Covid-19 sejak arwah mengikuti latihan pada September 2020.
“Bagaimanapun, arwah sering menghubungi kami menggunakan telefon awam… dari situ, arwah beritahu teringin makan tempe goreng dan saya bawa sebagai kejutan,” katanya.
Mengulas kejadian itu, Nor Fitrah dihubungi rakan arwah pada 8.05 malam bertanya jika beliau ‘tahu apa-apa’, namun individu tersebut enggan mengulas lanjut menyebabkan dia mula berasa tidak sedap hati sebelum mendengar berita sedih mengenai insiden yang menimpa mangsa daripada pegawai atasan polis.
Arwah anak yang baik
Ibu arwah, Jamilah Daman, 63, pula berkata, mangsa yang mesra dipanggil Halim akhirnya berjaya menggapai cita-cita untuk menyarung seragam polis walaupun sekejap dan tidak pernah lupa meminta ‘restu serta doa’ selain menjemputnya untuk sama-sama menemani beliau ke pusat temu duga.
“Semasa menghantarnya ke Pulapol, dua kali dia berpatah balik berlari ke arah saya untuk memeluk dan mencium saya sehingga akhirnya dimarahi kerana semua orang sudah mula masuk ke dalam (pusat latihan).
“(Dia) Seronok sangat kerana akhirnya impian menjadi polis tercapai,” katanya.
Jenazah Norhalim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar jam 10 malam (Sabtu) selepas disembahyangkan di Masjid Felda Bukit Damar.
Kredit: Bernama & Berita Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sherharraz anak sulung kepada Chot dan Isteri, mengalami masalah jantung ketika dilahirkan. Beberapa pembedahan sudah dijalankan namun Allah lebih sayangkanya.
Assalamualaikum..
13 June 2019 2.58 pagi lahir lah anak bertuah kami.. Harini genap setahun umur anak syurga ku MUHAMAD SHER HARRAZ BIN HAZMEER .. SAYANG , selamat hari lahir yang ke setahun buat MUHAMMAD SHER HARRAZ..walaupun dia hanya pinjam kan anak syurga selama 4bulan tapi bagi kami itu sudah cukup bermakna dalam hati ni.. itu saat paling manis dan berharga pada kami selama anak syurga ada ..sekejap sungguh mase berlalu pergi meninggalkan kami.. Rindu nye tiada penghujungnya pada anak syurga mmy d..mmy dd tak kan lupakan anak syurga sampai akhir hayat kami.. semoga rohnya dicucuri rahmat allah swt.. AL FATIHAH
Terima kasih juga padamu ya allah berikan kami pengganti untuk anak syurga.. insyaallah same2 doakan nanti urusan saya dipermudahkan, aminn..
Youtuber terkenal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Selain membuat persiapan dari segi mental dan barangan keperluan bayi, pasangan ini sudah mempunyai perancangan yang cukup besar dan hebat buat anak yang bakal lahir itu.
Beli kereta mewah buat bayi perempuan
Melalui perkongsian di Instagram, Atta dan Aurel telah memuat naik foto sebuah kereta mewah jenis Tesla sebagai hadiah buat bayi perempuan mereka.
Menerusi laporan Suara.com, kereta mewah tersebut telah diubah suai dari segi warnanya. Menurut Atta, mereka mahu memberi nafas baru kepada kereta tersebut dan warna merah jambu sangat signifikan kepada jantina anak mereka.
Ujar Atta lagi, isterinya mahu warna yang sama untuk kereta kegunaan mereka sekarang ini. Di samping itu, Atta memberitahu kereta mewah tersebut sangat sesuai untuk membawa bayi mereka bersiar-siar.
Gaya pintu kereta tersebut boleh dibuka sehingga ke atas dan boleh membuatkan isteri dan anak saya selesa dan senang untuk keluar. Bahkan ia boleh dibuka secara automatik dan sangat menarik.
Terdahulu, Atta pernah berkongsi beberapa foto kereta mewah miliknya. Selain Tesla, Atta turut mempunyai kereta jenis Alphard, Mustang dan Lamborghini.
Mahu yang terbaik untuk isteri dan anak
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Atta seorang suami yang penyayang. Setiap apa yang dilakukan olehnya, sudah pasti dia mahu yang terbaik buat isteri dan anaknya yang bakal lahir kelak.
Di samping itu, netizen mendoakan urusan Aurel untuk bersalin nanti dipermudahkan. Ternyata ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah puteri kepada pasangan tersebut.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.