Pesakit hati kronik atau Biliary Atresia (BA), Tuan Nur Raisha Mikayla Tuan Muhammad Shahrul Azlan yang berusia tujuh bulan dijangka berlepas ke India untuk menjalani pembedahan pemindahan hati pada 20 atau selewat-lewatnya 27 Februari ini.

Pembedahan itu sepatutnya dijalankan pada April ini tetapi dipercepatkan berikutan keadaan Tuan Nur Raisha atau lebih mesra dengan panggilan Raisha yang kritikal.

Tolonglah Raisha! Belum Cukup RM160,000. Perlu Segera Ke India Untuk Pemindahan Hati

Bapanya, Tuan Muhammad Shahrul, 27 berkata, dia dan isteri, Siti Nur Amira Ibrahim, 27, diberitahu doktor mengenai perkara itu, petang 7 Februari.

Dana belum cukup untuk pembedahan

Menurut Tuan Muhammad Shahrul, berita itu merisaukannya mereka kerana dana diperlukan untuk membiayai kos pembedahan belum mencukupi.

Tolonglah Raisha! Belum Cukup RM160,000. Perlu Segera Ke India Untuk Pemindahan Hati

Ads

“Memang terkejut selepas dimaklumkan doktor mengenai perkara itu dan rasa seperti cepat sangat kerana ikutkan, Raisha sepatutnya dibedah sebelum April depan di sini (Pusat Perubatan Universiti Malaya) atau China.

“Namun, berlaku perubahan tarikh dan juga tempat atas nasihat doktor memandangkan agak berisiko untuk ke China dalam tempoh terdekat berikutan wabak koronavirus baharu.

“Saya dan isteri tiada masalah, cuma buat masa ini, sumbangan diterima daripada orang ramai baru mencecah RM11,000 sedangkan jumlah diperlukan adalah RM160,000,” katanya.

Tolonglah Raisha! Belum Cukup RM160,000. Perlu Segera Ke India Untuk Pemindahan HatiTuan Muhammad Shahrul berkata, selain tiket penerbangan, dia juga perlu mencari wang bagi mendapatkan visa dan pasport serta perbelanjaan sepanjang dua bulan berada di India.

Ads

Bagaimanapun, tiada persiapan dibuat setakat ini kerana masalah kewangan dihadapinya.

“Kami dijangka berada di India selama dua bulan dan adik ipar, Siti Nur Asyikin, 18, turut serta bagi membantu saya serta isteri.

Tolonglah Raisha! Belum Cukup RM160,000. Perlu Segera Ke India Untuk Pemindahan Hati
Nampak keceriaan di wajah Raisha ketika diperingkat awal dulu berbanding sekarang ini yang semakin lemah

“Tarikh semakin suntuk tetapi tiada persiapan dibuat setakat ini termasuk urusan permohonan pasport dan visa yang membabitkan kos RM370 untuk setiap seorang.

“Itu belum termasuk kos tiket penerbangan yang dianggarkan berjumlah RM8,000 untuk kami berempat. Jadi, saya mohon jasa baik orang ramai untuk membantu kami,” katanya.

Ads

Berkongsi perkembangan terkini Raisha, Tuan Muhammad Shahrul berkata, anaknya masih mendapatkan rawatan di wad Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak (KWKK) PPUM.

“Keadaannya masih sama iaitu minum susu menggunakan tiub tetapi nampak dia seperti tidak berselera,” katanya.

Pada 30 Januari lalu,  kisah Raisha yang kritikal dan perlu menjalani pembedahan segera pernah disiarkan.

Tolonglah Raisha! Belum Cukup RM160,000. Perlu Segera Ke India Untuk Pemindahan Hati
Tenungan mata Raisha yang cukup sayu

Pembedahan di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India itu disyorkan doktor selepas melihat keadaan Raisha yang kronik dan ibunya akan menjadi penderma hati.

Orang ramai yang berhasrat membantu Raisha boleh menghulurkan sumbangan kepada Tabung Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (Metro Prihatin) menerusi akaun Affin Islamic Bank di 1052 8000 4378, Maybank di 5142 7165 5386 atau hubungi Tuan Muhammad Shahrul di talian 014-3999306.

Sumber: Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI