Cuba ibu ayah perhatikan ada tak anak-anak kita, gigi dah penuh tapi nampak tompok-tompok putih. Jika keadaan ini berterusan, lama kelamaan boleh jadi karies gigi atau gigi berlubang.
Seperti yang dikongsikan oleh Pegawai Pergigian, Dr Nurul Anisah Abdul Rahman wajar diberi perhatian oleh ibu bapa dan jangan ambil sikap acuh tak acuh.
Berikut perkongsiannya
Siapa perasan sesuatu tak normal pada gigi ni? Ini gigi kanak-kanak.
Yes, gigi ni masih berwarna putih, tak ada hitam, tak nampak lubang. Cuba tengok betul-betul.
Dapat detect tak warna putih, yang putihnya lain dari warna asal gigi. Dekat permukaan gigi berdekatan gusi.
Nampak tak? Saya saja tak nak letak anak panah, nak latih skill anda detect early caries lesion.
Yes, early caries lesion. Itu tanda awal karies ya. Walaupun warna putih, tidak coklat, tidak hitam.
Bila dah naik tanda awal ni, dia bagi sign untuk anda bertindak dengan lebih aktif jaga gigi anak anda.
Kalau dibiarkan putih tu akan bertukar ke kuning coklat, maka jadilah lubang karies lepas tu.
Mesti Cegah Dari Awal
Risau! Ya ramai risau lepas tengok gambar white spot pada gigi. Baru perasan yang anak masing-masing ada white spot tu.
Dah tu nak buat apa ni doktor?
Takut dibiarkan jadi lubang nanti!
Yang pertama, kena cari punca. Punca kenapa gigi tu dah mula rosak
1. Gosok gigi sekurangnya 2 kali sehari cukup tak? Yang paling penting SEBELUM TIDUR. Bukan gosok lepas mandi waktu petang, then malam tak mau gosok dah
2. Ubat gigi tu ada fluorida tak? Kalau dah naik white spot tu jangan bertangguh, degil nak pakai juga non-fluoridated
3. Pemakanan anak macam mana? Kerap bagi gula-gula? Kerap makan manis? Ala nenek dia yang dok suap, saya memang tak bagi dah. Tak kan nak suruh doktor gigi yang pi bagitahu nenek dia.. Awak kan mak ayah dia
4. Botol susu. Susu tepung memang banyak kandungan gula. Lepas menyusu kena lap gigi tu, atau suruh anak berkumur.
Kalau anak kerap minum susu, lebih lagi la
5. No no no menggonggong botol susu ke sana ke mari. Lebih kurang macam duk hisap lolipop lama-lama. Habiskan susu baru pi main balik
6. Breastfeed. Sama, lepas menyusu lepaskan susu. Kemudian cuci gigi selepas menyusu
7. Bawa jumpa Dr. gigi. Untuk check kesihatan mulut keseluruhan kalau ada kerosakan yang kita tak perasan. Dan untuk sapu fluoride varnish (yang ni hanya boleh dibuat oleh dental professional)
Bawa jumpa dr gigi, discuss semula plan terbaik untuk jaga gigi anak anda.
Sumber: Dr Nurul Anisah Abdul Rahman