Nampak tompok-tompok putih pada lidah bayi, biasanya ibu anggap ia mungkin sisa susu. Hati-hati ya ia mungkin salah satu jangkitan candida ‘oral thrush’

Jangkitan ini adalah biasa dialami bayi tapi ibu bapa kena faham dan tahu punca, tanda dan cara rawatan supaya cepat di rawat dan tak menjejaskan kesihatan bayi anda.

Perkongsian info dari Klinik Dr Asmah boleh membantu ibu bapa yang masih keliru antara sisa susu atau jangkitan kandida.

?Tompok putih pada lidah bayi
Anda selalu nampak tompok-tompok putih pada lidah bayi? Hati-hati, ia mungkin kerana jangkitan kandida.

Tompok Putih Di Lidah Bayi Tebal, Gosok Dengan Kain Basah Masih Ada, Mungkin Jangkitan Kandida

?Jangkitan kandida nampak seperti lapisan atau tompok putih pada lidah bayi, tapi bagaimana anda boleh memastikan ia betul-betul jangkitan dan bukan hanya sisa-sisa susu?

Jangan panik, jangkitan ini adalah jangkitan yang biasa dialami oleh bayi. Namun, ibu bapa perlu tahu serba sedikit tentang jangkitan ini seperti punca, tanda-tanda dan cara merawatnya, agar kesihatan si comel anda tidak terjejas.

Tanda-tanda jangkitan kandida mulut

?Jangkitan ini kelihatan seperti krim putih yang bertompok-tompak pada lidah, bahagian dalam pipi atau pada lelangit mulut bayi anda, kata Dr Agarwal.

IKLAN

?Rupa jangkitan kandida tidak sama seperti sisa susu kerana apabila ia digosok, ia tidak akan tertanggal dan mungkin akan berdarah!

?Jangkitan kandida mungkin tidak akan mengganggu sesetengah bayi dan mereka akan berkelakuan normal.

?Tapi, ada juga bayi yang kehilangan selera makan, tidak ingin menyusu dan cepat merengek kerana tidak selesa.

?Bayi mungkin juga akan ada ruam lampin sambil menunjukkan tanda-tanda jangkitan kandida di dalam mulutnya.

?Ruam ini boleh disebabkan oleh kulat yang sama dan perlu dirawat juga.

Rawatan untuk jangkitan kandida.

IKLAN

?Ibu, tidak perlu terlalu bimbang kerana jangkitan ini tidak berbahaya.

?Jangkitan kandida mulut jarang memudaratkan pesakit yang ada sistem imun badan yang sangat lemah sehingga mengakibatkan penyakit sistemik yang melibatkan organ dan tisu.

?Ubat untuk jangkitan ini mungkin dalam bentuk gel antikulat mulut yang boleh disapu pada bahagian dalam mulut.
– Ubat lain termasuk sirap anti kulat yang juga boleh diberi melalui mulut.

Tompok Putih Di Lidah Bayi Tebal, Gosok Dengan Kain Basah Masih Ada, Mungkin Jangkitan Kandida

Langkah-langkah pencegahan

IKLAN

?Sekiranya ibu mengandung terkena jangkitan yis faraj, ibu harus dirawat supaya ia tidak merebak ke bayi semasa melahirkan anak.

?Jika ibu menyusu ada jangkitan kulat di kawasan puting payudara, jangan lengah untuk terima rawatan serentak dengan bayi bagi mengelak jangkitan dari berulang-alik antara ibu dan bayi.

?Jika kanak-kanak perlu ambil ubat antibiotik untuk jangka masa panjang, berikan probiotik yang boleh membantu memulihkan keseimbangan flora bakteria “baik” dalam mulut dan usus anak.

?Basuh tangan anda dengan baik selepas menukar lampin bayi kerana jangkitan kulat boleh merebak melalui sistem pencernaan bayi.

?Jangkitan kandida mulut tidak berbahaya dan ibu-ibu tidak perlu terlalu bimbang.

Jika bayi menunjukkan tanda-tanda jangkitan, atau terdapat jangkitan kulat pada puting payudara, jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan.

Sumber: Klinik Dr Asmah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI